Hoho banyak aktiviti di hujung2 bulan nih. 27hb cuti deepavali. Esoknya perhimpunan bulanan staf anjuran bahagian aku. Yang jadi macam sibuk tu sebenarnya sebab KB aku takde pada hari tersebut, menjadikan aku paling kanan dalam bahagian. Nak dijadikan cerita, aku juga yang kena bagi public speaking. Uwaaaaaa nak cakap apa ar? Kalo tengok sebelum2 ni punya, ada cakap pasal nikmat, pasal stress. Aku nak cakap pasal blog boley? Hahaha entah la. Yang ada dalam kepala aku sekarang ialah 'bakat vs kemahiran'. Ada kena mengena sket ngan keje kan. Tapi apa yang aku nak cakap ek? Idea? Idea? Idea?
Tak habis di situ, 30hb plak, aku akan gi kursus induksi. Aik? Bape kali da? Aritu induksi umum. Ni khusus pulak. Place to be? Regency PD. Alerrr dekat nyer. Tak best tul. Tu pon nasib baik dah boleh gak buat kat resort kan. Cuba la bawak gi jejauh sket. KB ker, penang ker, langkawi ker (hehehe sebab aku nak sangat cuti2 kat situ). Sibbaik 4 ari jek. Khamis sampai ahad. Pegi ngan kete jabatan kot, sebab ada 4 orang yang gi jugak. Tengok lah nanti. Lum ada plan lagi. Nak plan ngan abang, masih merajuk lagik. Hihihi naper arrr suami ku ini tak geti pujuk? Bengang betul la.
Selain itu, semalam aku pegi open house dalam waktu keje. Alerrr dalam kawasan jugak. Kat kuarters jek. Makan soto dan nasi lemak. Nyum nyum sedap sekali. Pegi makan tu kul 10am. Konon leh tahan sampai petang. Sekali, tengahari dah lapo. Nak beli nasi, komfem dah abis la kalo dah kul 1pm tu kan. Lupa pulak nak bawak kuih raya. Kuih yang lebih2 open opis aritu pun dah langsai. Huhuhu time bulan pose boleh jek tahan ek. Sebagai balasannya, aku puasa arinih. Yeay!
Wednesday, 15 October 2008
Pack
Hasil karya AyunasiA pada 11:33 am
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komen:
Post a Comment