Wednesday, 16 December 2009

Tampal Border dan Bilik Jahit

Macamana nak tampal border ek? Aku ada tanya gak kat budak yang aku beli border tuh. Dia kata, sapu gam kat border dan tampal. As simple as that eh?

Merujuk pada pengalaman bil yang pernah buat kat umah ngah, dia kata sapu gam kat dinding, baru senang. Mana satu nak ikut ek?

So, kami buat try and error. Kiter mulakan dari atas dulu. Kalo buruk ke haper, takde lah nampak sangat. Kalo kat bawah, kang time nak menjahit tu ternampak, terus demotivated nak menjahit.

Amoi kedai tu jugak suh aku beli gam yang siap bancuh punyer, senang, takyah nak bancuh2. Sekali encik hairul terbeli yang serbuk. Maknanya kena bancuh sendiri lah, kan? Nak bancuh tahap mana? Cair macam air gula, kerrr pekat macam gam tiub yang kiter pakai masa sekolah tadika dulu tuh? Hentam jek lah. Bancuh pon ngan air kan. Maknanya air tu akan mengering. Kalau pekat, cepat kering. Kalau cair, lambat kering.

Part yang kritikal sikit ialah selekoh. Untuk selekoh pertama memang terkial2 la aku. Dah yang kedua ketiga tu pejam mata pon boleh. Ada orang, kalo kerja2 cenggini, serah je kat laki. Tak pon, upah je lah orang. Aku? Bukan la kedekut. Cuma nak dapatkan experience tu sendiri. Seperti yang aku katakan, masa ni lah kiter leh kenal hati budi pasangan hehehe. Gado2 tu kira dah wajib ar kalo buat sesama nih. Dah dua2 nak menang jek ngehngehngeh. Takpe, sedangkan lidah lagikan tergigit.

Okeh, kiter tengok dulu gambar sebelum diborder. Tak suka boleh blah!

Pasni memang sudin takleh carik makan arrr. Siapa sudin? Kawan encik hairul. Aritu dia ada datang bawak katalog wall paper. Konon nak pilih border kat situ la. Tapi takde bunga english. Sekali lagi. Eh, ada tak aku citer yang aku ada pegi satu kedai ID kat jb ni. Biler aku cakap aku nak border yang ada bunga2 ala english style, dia leh, What? Apa tuh? Aku cakap laaa, alaa english style, ada roses. Oh, I don't know. Boleh? Ke, orang ID sebut lain hah?

Ok tak ok tak? Tu lah selekoh yang sempit yang aku citer masa angkut kabinet buku tuh.



Sampai kat sini, gam abis pulak. Terpaksa bersambung ari isnin pulak.

Tak sabar2 nak letak mesin kat situ, walopon lum siap.







Tak tau nak letak caption apa. Layannn...

Close up sket. Ni lah dia border yang aku kecoh2 kan tu. Hek elehhh takde la cantik mana ek?

3 komen:

yana said...

emmm tgk ko bertungkus lumus menghias + men deko umah...aku plak yg teruja hahahaha....bukan kata nak menghias....
umah aku dah macam kapal karam...lom terkemas lagi sepanjang cuti nih..huhu...
nantila aku spend duit utk umah..
Border yg kat umah aku tu,aku pasang 5 thn lepas...kul 5 pagi wat sensorang...selepas mengecat sepanjang malam...gilossh!!..nak umah cantik punye pasal...

AyunasiA said...

umah ko dah lawo dah... takyah hias lagi pon takpe. eh, tp sebelum ko ubah deko umah ko, kasik la aku tgk dulu umah ko yg sekarang nih. tingin nak terjah.

Cik Ton said...

Cantiknya rumah awak..berkenan saya tengok