Aku tak cuti ari jumaat. Yeay! Kena berfikiran positif. Dah 2 tahun aku keje kat johor dan tak cuti pada tahun baru masihi. :( Alah, bukannya nak buat apa2 pon tahun baru. Dah dewasa2 ni, tak kuasa de nak countdown kat dataran. Macam la kat umah takde jam. Kat tangan pon ada satu. Dalam jamban pon leh kira menurun. Masa muda belia remaja dulu lain la. Tahun baru, merdeka, boleh2 nak tengok bunga api depan mata. Sampai sisa bunga api tu nyaris jatuh atas kepala pon ada. Konsert malam merdeka pon aku layan tau. Teringat ada sekali tu sambutan merdeka kat shah alam, tengah2 tam spider tu nyanyi lagu kasih latipah, karen plak takde. Terus konsert abis begitu saje kehkehkeh. Dulu.
Eh, aku ni sebenarnya nak imbas kembali isu2 pada tahun 2009 nih. Serta pencapaian aku dalam hidup, jika ada.
Antara perkara besar ialah:
1. Kempen boikot israeli. Lebih spesifik, mekdi. Ni aku kira satu pencapaian terhebat aku tahun ini. Mula2 memang ler aku memberontak. Tapi selepas diturnover sedikit demi sedikit, akhirnya, setahun jugak aku tak masuk mekdi. Wow! Mula2 encik suami cakap, fikiran aku telah dipengaruhi melalui makanan. Padahal, tak mati pon kalo tak makan mekdi. Lama2, aku lak yang terpengaruh ngan encik suami. Ada la beberapa kali aku cakap nak pergi. Dia kata, pergi lah, tapi bukan dengan dia. Pergi lah sendiri bagi bom kat israeli tuh. Tanggung sendiri. Uhuksss. Terus aku tak jadi nak durhaka. Sampai sekarang, asal ada je niat nak menerai prosperiti berger tuh, aku sendiri boleh rasa bersalah. Tapiiiiiiiiii jauh di sudut hati ku, teringinnnnnnnnnn sangat nak makan huuuuuuuuuuu. Budus punyer zionis!
2. Dari sudut kerjaya, tak banyak peningkatan. Cuma aku dah komfem je lah. Tahun depan baru nak ambik ptk. Eh, lupa nak cerita, pasal ptk encik hairul. Aritu, sebelum gi langkawi, dia bawak balik sampul surat besar. Rupanya result ptk yang diambil pada bulan 6 ke 7 tah. Sikit punyer lama ke baru dapat result. Biler tengok result tu, wowwwi! Dah lulus lor. Aku bukan apa, sepanjang 2 minggu dia ambik ptk tu, punyer la seksa aku menengok nyer. Siap ambik cuti 'basuh baju' lagik hihihi. Macam budak ambik spm je kekdahnya. Pastu time public speaking, aku lah yang tukang jadi juri, bagi komen bagai. Pastu, lain yang diprektis, lain plak yang dicakap. Time nak exam pulak, siap berstudy group bagai, balik lewat malam. Haihhh lulus jugak dia. Aku yang berdebar, tiap2 bulan aku tanya, biler nak dapat result. Ni dah lulus, takde plak kata nak belanja ke aper hehe. Bukan lulus tahap naik gaji pon...
3. Rancangan membuat loteng telah terealisasi akhirnya. Buat keputusan pun ala2 tiba2 gitu. Sebabnya, ingat kos nya akan memakan 5-6 riban. Rupanya tak sampai. So, sebelum wakjoe pandai demand lebey, baik aku cecepat suh dia buat. Gitu. Now tengah berbelah bagi samada nak cat railing tangga tu pulak. Kalo cat putih memang cantik, tapi dah tak nampak la urat2 kayu tu kan. Sayang ler pulak. Nak cat kaler dark brown, rasa macam baru sangat. Eh, sebenarnya bukan berbelah bagi nak pilih kaler ek? Sebab sayang baru sangat dah nak tukar. Ok ok, ambik masa la, fikir dulu.
4. HoneNone! Big issue gak la kan penyakit ni. Sampai sekarang masih ada, tapi lite2 gitu. Dari ba alip ba ya, ke influenza A, ke ba alip ba ya, sampai la ke influenza A balik, macam2 perkara berlaku sepanjang tempoh tuh. Tak payah lah aku ulang tayang cerita.
5. Erkkk dah kot.
Selamat Datang 2010!
Thursday, 31 December 2009
Menjelang 2010
Hasil karya AyunasiA pada 4:40 pm
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 komen:
salam..
slmt thun bru..
moga ape yg di azam kn akan trtunai..
salam. selamat juga. amin.
Post a Comment