Korang melatah tak? Apa perkataan yang kuar time melatah? tak yah melatah la. Kalo terkejut sikit2 je pon boleh. Selalunya kiter dengar orang melatah menyebut kemaluan sendiri atau jantina lawan (hahaha sopan tak aku?). Kalau jenis yang sopan sikit, tersebut opocot. Tak pon, opocot malikut terkentut(kihkihkih). Tu kira sopan lagik la kot.
Macamana dengan aku? Aku melatah la sesikit. Tapi bukan la melatah jenis meleret2 sampai hilang kawalan tuh. Cuba teka, agak2, apa yang aku sebut biler melatah? Aku kalau boleh biarlah kalo melatah tu sebut sesuatu yang comel, seperti erm erk mmm oh teddy bear! Atau oh mummy! Tak pon oh kucing parsi mata biru! Comel ker? Tah?
Alaaa malu la nak bagitau. Tapi, dah terlanjur terlepas citer nih, aku bagitau lah jugak. Kata sporting kan. Kalo korang terdengar orang melatah kuar perkataan ni, maybe aku lah tu. Sebab, aku rasa, jarang ada orang melatah sopan lagi islamik macam aku huhuhu. Korang jangan gelak ok hihi.
Eh, sebelum tuh. Sejarah, bagaimana aku boleh terlatah sedemikian mungkin kerana pertama kali aku melatah ialah semasa hujan petir kilat sabuung menyabung kot.
Jadi, perkataan nya ialah...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
A'uzubillahiminassyaitonirrajim bismillaahirrahmaanirrahim...
Mungkin sebab dah terbiasa, jadi aku lancar je menyebutnya dengan laju. Hihihi
Amacam? Sopan tak?
Tuesday, 8 December 2009
Latah
Hasil karya AyunasiA pada 9:00 am
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 komen:
usah biasakan latah tu. nanti addicted. silap2 berjangkit.
ko melatah kuar silat tak? hehe ada member aku latah2 siap bersilat. melampau..
tak biasakan pon. dia berasal dari terkejut sebab petir. now, terkejut sebab lain pon kuar gak yang sama.
aku takde la sampai bersilat. xde movement pon.
kawal diri...insyaAllah x terkeluar sume2 tu....
Post a Comment