Hari Ahad dah boleh jalan2. Bersedia je lah dengan energy full bar. Lepas sarapan, kami terus memulakan misi roda2 kotaraya.
Terus menuju ke cable car. Ooo dah banyak stesen minyak sekarang. Keyhepsi pon ada on the way ke sini.
Manusia punya lah ramai. Tapi kaunter, lengang. Rupanya, kereta tak jalan. Angin kuat sangat. > 70km/j.
Sibbaik laaa aku pernah naik cable car ni dulu. Kalo tak, harus aku bertunggu tangga kat situ menantikan angin berenti rehat.
Muka ceria walo di hati terluka. Bukan luka haper, penat la weiii panjat tangga 400 meter. Serik ler. Akibatnya, kaki aku sakit sampai la balik ke rumah. Asid laktik dah terkumpul di betis ku uuuuuuuuuu
Sempat la encikhairul menerjun tiruk kan dirinya ke dalam telaga tujuh pertama itu. Best nyer... macam sejuk je tengok air tuh
Ambik gambar platform cable car dari jauh je lah. Kat sini pon jumpa kawan yang jumpa kat cable car tadik. Derang nak tengok kalo2 kereta dah mula jalan, nak patah balik ke sana.
Ni baru separuh jalan ke telaga tu tadi. Nak turun, rasa rugi, dah separuh dah. Nak naik, mak oiii hongeh lerrr
Selesai mandi manda, kami teruskan perjalanan mengelilingi pulau. Kali ni nak cross ke belah kanan pulau. Tengok kat peta macam takde pape. Rupanya banyak kampung kat kiri kanan jalan. Takde la ngeri sangat nak lalu situ. Gambar ni dah dekat2 kompleks kraf. Cantik nyer air laut nih.
Aku rasa kalo kompleks ni letaknya dekat ngan umah aku, takde maknanya aku nak pegi. Tapi dah nama pon pelancong, kan, maka aku pergi la jugak.
Selepas itu, kami terus cari makan. Tengahari. Tapi dah pukul 3pm. Terjumpa pantai pasir hitam. Wah, sini pon tempat membakar duit nih.
Lepas makan, teruskan lagi ke kolam air hangat. Ker sebelum makan ek? Tah lah. Alahaiii air panas sungai gersik pon lagi panas dan besh la. Derang tengah wat bilik2 jakuzi kat sini. Mesti sok kena bayar singgit kalo nak masuk tuh.
Kendian, kami ke galeria perdana pula. Kat sini takde gambar sebab aku adalah kedekut nak bayar 2 hengget untuk bawak masuk kemre. Masuk pon kena bayar, ambik gambar pon kena bayar gak. Ingat aku tak bayar duti dan cukai eksais ke beli kemre tu?
Aku pun satu, jujur sangat, cakap ada kemre. Dahhh kena tinggal kat pintu masuk. Aku cakap, kemre tu betri dah nak kong, camne nak ambik gambar? Memang dah kelip2 dah. Ponnn dia suh tinggal kan jugak. Siap cakap tu, tu boleh idop lagi. Dusy!
Akhir sekali, kami singgah idaman suri. Tengok2 dulu. Akhir akhir sekali, singgah di kuah. Komfemkan bilik yang dibooking esok. Dan survey barang lagi. Beli ceklat dan sudu sesikit. Akhir akhir akhir sekali, makan mee rebus yang, rasa macam mee bandung, rupa macam rojak.
Eh, tak akhir lagi ler. Balik tu singgah beli gamat.
Esok, sambung jalan2 dan shopping.
0 komen:
Post a Comment