Test Kali Ketiga
Masa berlalu dan aku pon dah bersedia untuk mengetest lagi. Bersedia kerrr??? Boleh ker ambik test selepas lama tak memandu? Boleh kot. Kalau tak, bila lagi? Sebelum cuti midsem, aku call uncle untuk booking tarikh. Dan seperti biasa, dia suh datang awal untuk training. Satu yang best ngan sekolah memandu ni ialah, dia tak charge untuk belajar semula. Cuma bayar rm20 untuk ujian jpj jek. Ni memang setiap kali test kena bayar kot.
Tiba hari yang dinantikan, aku pon pergi ke tangkak. Masa tu dah nak abis cuti dah. Aku datang dari kota. Terjumpa ngan kawan aku si miah. Dia tengah praktikal kat jpj muo katanya. Ek miah? Ke ko tengah wat research untuk final project kat situ? Tak kisah lah.
Tiba hari ujian, seperti sebelum2nya juga, aku masih dapat nombor banyak. Tapi kali ni tak banyak sangat kot. Belas2 gitu rasanya. Tapi tetap mengneveskan.
Tiba giliran aku, cam biasa ar, check2 sumer, aku pon jalan. Ok, nampak macam ok jek. Baru jek aku jalan 10 meter, pegawai jpj tu cakap,
Awak lupa pakai seat belt.
Erk??? Alamak, camne nih? (abis lahhh kantoi lagik)
Takper, bagi signal, berenti sekejap, pakai.
Ok ok (aik? keajaiban dunia nampaknya? boleh teruskan???)
Aku pon tanpa berfikir panjang, bagi signal dan berenti beberapa meter dari pintu pagar tapak tersebut.
Baru aku nak pakai seat belt, dia cakap lagi,
Awak berenti kat garisan kuning nih.
Erk???
Awak boleh keluar.
Erkkk???
Dan, buat kesekian kalinya, aku tidak terampil lagi. Kali ni sebabnya ialah berhenti di garisan kuning (double line kuning yang salu ada kat tepi2 jalan tu, tanda takleh berenti dan parking). Sajerrr je kan? Baru aku nak puji kebaikhatian dia sebab bagi peluang walo pon aku lupa pakai seat belt. Terus tak jadik. Betul tak aku cakap? Kali ni lebih tragis. Memula sempat jalan jauh. Kali kedua sempat kuar pagar. Kali ketiga langsung tak sempat keluar pagar huahuahua.
Kali ketiga ni juga aku rasa dah putus asa. Hopeless. Dah malas nak ambik lesen dah. Dah lah kakak ku dah tak keje kat muo lagi. Aku datang tangkak tu pon menumpang umah kawan kakak ku. Dah pikir nak belajar tempat lain dah.
Test Kali Keempat
Habis semester kedua, aku pon balik bercuti panjang. Nak ambik test lagi tak? Ermmm. Selepas ditimbang sukat beberapa perkara, aku pon mengambil keputusan untuk mengambil uijan buat kali terakhir di muo. Ni last kopek. Kalo fail lagi, aku tukar sekolah negeri lain ler.
Ujian kali ni aku pergi ngan encik hairul. Dia hantar aku kat umah kak zura, dan dia tido kat masjid pekan rawang (yang depan simpang pantai layang tu). Esok pagi dia hantar aku ke tapak ujian. Uncle cakap, kali ni dia ambik nombor awal2 untuk aku. Dia pon tau kot aku ni neves. Nombor 5. Kira first round la. Kete kan ada banyak.
Kali ni, aku lebih bersedia. Dah siap prektis ngan kete kancil encik hairul dah. Lepas belok kat simpang hospital tangkak, pegawai jpj tu terus tanda right banyak2 kat borang penilaian aku. Aku pon jeling2 tengok dia dah tulis 'lulus'. Feh! Lega.
Lepas tu, aku dah tak ingat apa berlaku.
Oh, kan lesen L laku untuk 3 bulan je kan? Sempat la aku renew lesen L sebelum ambik test terakhir tuh. Membazir jek. Masa tu dah mula sistem lesen L berasingan untuk motor dan kete. Aku punyer kete jek. Tu pon dah serik dah. Takmo aku ambik lesen motor. Yang penting, aku dah dapat lesen memandu kelas D hehehe.
Monday, 28 December 2009
Pengalaman Belajar Memandu Part 5
Hasil karya AyunasiA pada 3:00 pm
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 komen:
Salam
teringat pengalaman saya , ujian kali ke 3 baru lulus. saya tak sabar nak abis P 2 tahun tu. Nak dapat penuh. Tak nak ambil lagi.
irtiyah: takde mende la penuh ke tak penuh. janji boleh drive.
Post a Comment