Tak tau lah apa punyer pe'el tah aku nih. Yang pastinya pe'el ni memang negatif. Aku tak suka arrr kalau pergi jenjalan ke mana2, femli sumer dihangkut sama. Ada 2 situasi yang aku tak suka.
Satu
Femli dia pergi ke mana2, aku dipaksa ikut sekali. Huaaaaaaa tak suka laaa. Tau tak aku nak berehat di hujung minggu? Nak pegi, pegi je lah. Tak ajak aku pon aku tak kisah la adoiii. Contohnya kalipertama, masa derang nak pegi kenduri kawen 3 pupu mil kat sabak bernam tahun lepas. Masa tu pon aku dah serikkk. Kali kedua, 2 minggu lepas. Derang nak pegi kenduri kawen adik kepada biras aku. Kira umah besan pil la. Ponnn kena pergi jugak. Bukan kena pergi sebenarnya, suami ku memang suka volunteer jadi dreber. Padahal boleh je pil tu pegi sendiri. Tapi oleh kerana kami duduk di 'on the way' ke tempat tersebut, otomatik kami pon terpaksa pergi. Tak suka tak suka tak sukaaaaaaa! Maka aku dipaksa ikut. 2 kali aku turun kl bulan lepas tau. Kaya kan suamiku? Siap lalu hi way lagi tau. Biar duit dia abis. Kang duit banyak2, susah pulak. Aku suka je suamiku sengkek hahaha. Aku nak ikut tu pon kira baik.
Dua
Suami ku ajak pegi mana2, tapi ajak femli dia sekali. Contoh kejadian, masa dia ada lawatan budak praktikal kat terengganu. Dah dekat2 nak pegi tu, dia ajak mak dia pulakkk. Dah la mil tu takleh ajak2 ayam. Mesti dia nak ikut punyer lah. Terusss aku cancel cuti dan tak ikut hahaha. Alasan, tak dapat cuti. Boleh? Eeeee tensen ar cenggini. Lenkali, kalo nak ajak sanak saudara sumer, takyah la ajak aku. Aku lagi rela la tak pergi daripada pergi beramai2 cenggitu.
Dan sekarang ni, aku sedang berbelah bagi. Hujung bulan ni, dia ajak pegi langkawi. Dah lama dah dia ajak. Kira sempat ler aku plan nak soping apa kat sana hehe. Ada conference kat sana. Aku pon, teruja la kan. Bukan senang nak cuti2 berbayar cenggitu kan. Dah 3 tahun tak jejak kaki ke sana. Mesti best sebab masa first time pegi tu, aku tak kerja (baca: tak berduit). Sekarang dah ada lah sikit. So, memang plan nak soping moping la kononnya. Siap takmo soping gaji bulan ni lagi sebab nak simpan untuk ke sana. Kalau dulu tak sempat pergi tempat bersejarah tu sumer, kali ni mesti nak pergi. Yeay!
Aku dah apply cuti, tapi belum approved lagi. Maybe sebab time tu betul2 budak baru abis exam. So, kena tanda paper dan sediakan markah sumer tu lah. Tapi, kawan aku yang ambik cuti pada hari yang sama dah approved pulak. So, takde masalah kot untuk cuti. Masalah dikira selesai.
Masalahnya sekarang, balik cuti aritu, dengan ringan mulutnya, encik hairul tu dah ajak mak dia ikut. Boleh? Boleh takkk???
Adoiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Dengan ini saya mengumumkan bahawa, cuti saya ditarik balik. Huh!
Kenapa aku bersikap sedemikian???
1. Selain mak, mesti adik beradik sumer ikut sebab derang tengah cuti dan menganggur kannn.
2. Aku kan nak soping moping kan. Harus lah tak patut kalo soping untuk diri sendiri jek, kan?
3. Kos akan meningkat; makan minum
4. Camne nak gaduh2 dalam kete? huahuahua jauh tau perjalanan tu.
5. Aku memang tak suka la... takde sebab sebenarnya. 4 sebab di atas cuma alasan belaka.
Yang baik nyer ialah, derang tak ikut sampai langkawi. Cuma sampai yan je. Derang akan ditinggalkan di rumah ipar dan biras ku di sana.
Tu sebabnya aku serba salah samada nak mempertahankan ego ku, atau pon sebaliknya, tak kisah la... bukan derang ikut sampai langkawi pon, kan? Boleh je jenjalan soping moping kat langkawi tu sampai pengsan. Poyo ker keliru dengan perkara sebegini? Tapi, tetap la pergi balik tu bersama2 kan?
Tuesday, 1 December 2009
Ketepikan Keegoan Mu
Hasil karya AyunasiA pada 2:45 pm
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 komen:
huhu..
huih.. keras sunggoh post ko kali ni puan asiah!
kecik ati hasben ko klu bace nih.
err.. hasben ko anak mak ke?
alalala.. mcm aku jugak. hehehe
"mmg indah jadi org bujang, ke sanak ke mari tiadak yg larang"
dia dah baca, tapi buat2 tak paham jugak hahaha. elok ler tu, sama2 keras kepalak.
bukan anak mak, anak mithali la hihihi.
Post a Comment