Hari sabtu ialah hari makan nasi minyak. Lepas siap pasang karpet, kami terus bersiap2 untuk pergi ke kenduri kawen. Memula gi umah huda kat parit lapis erkkk apa ek? Semarang kot? Huda is kawan sekerja encik hairul, merangkap classmate masa master dulu. Selain itu, beliau juga ialah kawan seinterview ngan aku masa kat kutkm dan ito. Juga junior kat uitm. Sementara suami huda ni pula ialah classmate aku semasa di semejay dulu. Alaaa kawan kepohchi2 dulu. Jadi, aku kenal la kedua2 mempelai ini.
Sambil makan, pengantin pon sampai. Takde kompang2 bagai. Mungkin menghormati kembalinya ke Rahmatullah, ayah kepada huda, beberapa hari sebelum masjlis ini. Derang dah nikah minggu sebelum ayah beliau meninggal. Selesai makan, kami terus ke bp pulak. Sempat la nasi minyak tu turun. Hujan.
Tempat kedua ialah majlis perkawinan adik kepada kawan sekerja encik hairul. Kat kampung bintang peserai. Sampai pon dah agak lewat. Rombongan pengantin pon dah nak balik. Kat sini, makan nasi beriani. Kambing. Yang best nyer, siap ada gear box lagi huahuahua. Dengan selamba, aku pon ketuk2 tulang itu untuk mengeluarkan sum2 nya ngehngehngeh. Lantak ler. Malu=lapar. Fuh! Kenyang sungguh. Ni baru 2 rumah. Kalo sekali 8 rumah, tak tau lah nak bawak perut guna kren ke apa. Saper suh makan banyak, kan?
Kedua2 majlis ini menggunakan khidmat katering.
Balik dari peserai, kami terus kan misi ke k4. Kena kasi bakar itu minyak. Dah puas berkongsi rezeki ngan k4 dan mr nagoyamatsumoto, pergi pasar malam sat. Kendian terus balik.
Belah malam, teruskan operasi mengangkat kabinet buku. Cuba bayangkan, tangga tu lebarnya lebih kurang 2 kaki setengah. Kat selekoh nya ada lantai loteng, tinggi <6 kaki. Tinggi kabinet = 6 kaki. Cemana nak kasi angkat itu kabinet atas? Untuk kabinet pertama, terpaksa 3 kali turun naik kat selekoh tuh. Memula terlampau berat. Tanggalkan pintu kaca. Kedua, sangkut kat tengah. Ketiga, terbalik kan, baru boleh naik. Tu pon seluruh tenaga dan usaha kami ar baru sampai ke atas. Huh! Abis semua tenaga dari kambing2. Untuk kabinet kedua, dah dapat skill. So, sekejap je dah naik. Tapi, tetappp berat okeh. Sampai ari ni tak hilang lagi sakit tangan kaki aku ni hah. Sambil menunggu encik hairul pasang pintu kaca semula, aku pasang langsir. Alaaa langsir lama ni je. Saje buat penyeri kat atas nih.
Gitu lah keadaan kabinet itu semasa diangkat.
Tengok memang la nampak ringan dan mudah. Cuba, buat? Ok, orang laki tak aci lah. Aku maksudkan pempuan. Tu tak kira kena marah sebab tak kuat angkat huhuhu. Takpe, aktiviti cenggini lah masa untuk mengenal hati budi pasangan anda hahaha.
Ok, sekarang, sehsuai tak lampu tu dok kat sini?
Ahad pagi baru siap susun2 buku nih. Ada keajaiban dunia no 8 berlaku pada hari ahad itu. Aku adalah terus bangun lepas subuh. Ajaib tak? Wowwiii!
Lantak la aku letak gambar berulang2. Malas nak edit2 dah.
Selepas ini, border.
Wednesday, 16 December 2009
Bilik Bacaan Rumah No. 6
Hasil karya AyunasiA pada 8:05 am
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 komen:
wahhhhh cantik
wahhhhh kembang semangkuk
Post a Comment