Tuesday 13 November 2012

Masak Kek Coklat Selepas Kali Terakhir Ialah Pada Hari Raya 2010


Hari ni (as in hari ahad lepas) aku masak kek coklat kukus yang lembap. Dah lama sangat tak masak kek coklat. Aku tak suka makan kek, tapi setakat dua tiga potong tu boleh lah. Maka, aku tugaskan encik suami untuk menghabiskannya besok. Nasib ah! Kali ni aku pakai resepi yang SIL bagi masa raya haji tu ari. Baik aku tulis kat sini supaya senang aku nak refer lenkali. Aku suka resepi ni sebab tak payah kuarkan penimbang. Kalau dah kuarkan tu, harus bersepah2 dapur aku.

Kek Coklat Kukus (tak pasti kalau bakar jadi yang sama ke tak)

Ayak bersama :

1 3/4 cawan tepung gandum
1 cawan coklat
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat

Pukul :

3 biji telur
1 cawan gula halus (lenkali aku nak letak 3/4 cawan jek. takmo manis sangat)

Cairkan :

1/3 buku mentega (sebuku saiz 250g)
1 cawan minyak masak
1/2 tin susu cair
1/2 tin susu pekat (kalau nak taruk topping better kurangkan susu atau gula. kalau takde topping takpe)

Kekdahnya :

1. Pukul telur sampai kembang
2. Masukkan gula, pukul sebati
3. Masukkan benda yang dah dicairkan. Gaul sebati guna senduk
4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sampai abis. Gaul jek guna senduk.
5. Untuk effect lebih coklat campakkan segenggam cip coklat. Best sebab nanti ada rasa coklat cair gitu.
6. Kukus selama 3-4 jam. Tutup dengan aluminium foil untuk elak air menitis atas kek.

Selamat mencuba!




0 komen: