Amaran : Jangan baca kalau ada niat nak tengok citer ni. Kalau memang takmo tengok takper.
Tak sengaja, memakai baju mengikut tema warna poster pula |
Tak pernah aku pergi tengok wayang dan membuat perangai jakun di pawagam. Siap bergambar2 dengan poster pulak. Tak dapat bayangkan kalau aku dapat pergi tengok preview dan menonton bersama pelakon2nya sekali. Mesti terkinja2 semacam. Sebab tu tak dapat kot. Eh, tapi apa tujuan dia buat poster2 tu kalau bukan untuk kita mengambil gambar dengannya? Kan?
Selepas Taken 2 dan James Bond Skyfall, filem ketiga untuk tahun ini yang berlatar lokasi di istanbul. Sejak menjak ter'fatih' nih, sensitif betul bila dengar istanbul/turki. Bercakap tentang fatih, selepas dengar ceramah al-fatih dulu, aku telah meng'add ustaz tu dalam fb. Di situ aku melihat betapa beliau gigih memfatihkan segenap pelusuk masyarakat. Tak cukup dengan itu, anak beliau pun difatihkan juga. Nama anak beliau ialah 'Fatihah Wajihah!' Tu pun sebab anak pempuan, kalau anak lelaki, komfem dia kasi nama muhammad al-fatih.
Okeh, kita teruskan ke filem IAD ini. Sebelum menonton, aku takde lah expect cerita ni hebat sangat. Tapi aku suka sangat sangat filem gol&gincu (errr ke suka sangat sangat ngan bet0?). Maknanya, mungkin cerita ni aku akan suka juga. Apatah lagi pelakonnya ialah bet0, kan. Rupanya ramai juga yang sependapat dengan aku (dari bacaan di forum) bahawa sesiapa je heroin yang berlakon di samping bet0 akan terjangkit aura dia, walau pun pada asalnya kita tak suka lakonan heroin itu selama ni. Maksudnya nampak syerasyi la. Macam lisasurirumah ni, aku tak pernah lagi tersuka dengan lakonan dia. Ok lah, pelat dia tu memang tak boleh buat apa lah kan. Tapi aku rasa dia berlakon agak kayu lorrr. Tapi berbeza dengan cerita IAD ni. Dalam filem ni kita boleh lihat yang lisa ni takde lah cantik sangat kalau dilihat dari dekat hahaha. Tapi tetap comel la. Maybe mekap dia kot.
Sebelum filem ni keluar, dah kuar isu. Katanya citer ni menggalakkan bersekedudukan. Tapi, hey! Abis citer2 yang gangster2 tu, yang bohsia2 tu, yang rempit2 tu, yang hantu2 santau2 khurafat2 tu tak menggalakkan apa2 lah? Aku pun tahu, syarat untuk cerita2 berunsur sedemikian untuk ditayangkan di mesia ni ialah lasttt dia mesti ada unsur insaf, menyesal dan yang sewaktu dengannya. Itu syarat tapisan. Tapi rasanya takyah tengok cerita ni lah kalau nak bersekedudukan pun, kot.
Pertama-tamanya aku nak komplen pasal subtitle dia. Bukan pasal dia salah translate ke, (tapi memang ada pun yang macam kelakar seperti gay = lelaki ria? wth!) tapi sebab aku rasa subtitle tu telah mengganggu konsentrasi aku pada citer tu. Entah kenapa aku asik nak baca subtitle jek. Akibatnya aku tak dapat tengok citer tu sepenuhnya. Mencik!
Okeh, mengenai ceritanya pulak, rasanya orang dah tau kot. Ia berkenaan dian yang pergi ke istanbul, membuat kursus pendek bahasa turki selama 3 bulan dengan hasrat, by the time dia nak balik mesia nanti azad telah pun propose dia.
Cerita ni dimulakan macam novel. Ada prolog. Dan disudahi dengan epilog. Macam novel, aku tak suka baca prolog sebab aku tak suka kalau aku dah tau camne akhir cerita tu. Tapi dalam filem ni tak boleh lah pulak nak elak, kan. Hmmm. Memula tu kiranya dian ni tengah dalam flight nak pergi berwedding photoshoot di istanbul. Kiranya masa tu dia dah kawin lah. Tapi dengan siapa? Huh! Aku tak sempat tangkap suara yang bercakap dengan dia masa dalam flight tu sebab tak sangka akan ada suara lelaki tu. Tapi kalau dah dengar tu komfem dah tau siapa yang dia kawen, kan? Tapi jugak, alahhh belum tengok citer ni pun aku dah tau dah dia akhirnya kawen dengan saper. Cuma kalau dapat kenal suara dalam flight tu kan lagi nampak peka. Eh? Seperti komen ramai orang, cerita ni adalah PREDICTABLE. Tapi ramai orang nak tengok jugak sebab ramai yang minat lisasurirumah dan ramaiii juga yang minat bet0. Oh! Cuba letak pelakon tu iqramdinzly ker, komfem aku tak teringin nak tengok.
Okeh sambung balik. Selepas sampai di istanbul, dia terus ke rumah azad. Dalam rumah tu ada 2 orang lagi kawan dia yakni aizat (lupa nama watak dia) dan entah tak ingat nama pelakon tu, apatah lagi nama watak dia hahaha. Memula tu ok lah, dia tumpang sekejap kat rumah tu. Tapi kemudian azad suruh dian cari rumah lain.
Yang comelnya citer ni ialah, dian ni seorang blogger. So, banyak lah kuar alaaa apa nama benda alah tu eh? Macam katun2 gitu. Siap ada suara lagi untuk komen entry dia. Ada orang cakap salah seorang dari pengomen tu macam suara fazura hihi. Tak perasan pulak aku. Dan ada orang cakap jugak, mulanya watak dian tu dioffer pada fazura, tapi dia tolak. Dia kan fevret bernard? Gol&gincu, pisaucukur. Wallahua'lam.
Seterusnya dian pun mencari rumah sewa lain. Dan dia berjumpa dengan sorang mamat turki ni. Mamat ni yang mula2 tolong dia angkat beg ke rumah azad masa baru sampai tu. Dan mamat ni offer rumah bapak dia kot, lupa. Ke pakcik dia eh? Tapi mr. suleyman la nama landlord tu. Dan dian telah membayar sewa rumah tu 3 bulan terus.
Tiba2 masa dian tengah mandi kot, masuk lah si bet0 (watak dia nama harris tapi aku tulis kat sini bet0 je lah ek?). Maka bermula lah episod gaduh2 manja antara mereka. Dian takmo keluar sebab dia dah takde duit nak sewa rumah lain. Bet0 tak nak keluar sebab memang dia yang duk rumah tu dulu. Derang nak settle ngan landlord, mr suleyman tu pulak pergi bercuti ke mana tah. Dian pulak takut nak bagitau kat azad. So, mereka duduk lah satu rumah seminggu kot. Azad nak datang tengok rumah dian, tapi dian tak bagi sebab dia kata housemate dia minah arab yang strict. Satu hari dian tejumpa aizat. Dian cerita kat aizat yang dia ada masalah dengan anak jiran dia. Dan si aizat pulak cerita kat azad. Errr pastu apa jadi eh? Lupa la..
Satu hari azad hantar dian balik, tapi sebelum sampai rumah tu, dia terjumpa bet0. Kat situ bet0 tau yang dian takut ngan kucing. So, bet0 bawak kucing beberapa ekor ke rumah dia dengan niat nanti dian keluar lah kot. Tapi tak berjaya jugak. Ekceli ada beberapa scene comel2 yang kalau aku tulis dia jadi tak comel. So, kena tengok lah sendiri.
Satu hari lagi, azad nak datang rumah dian. Masa tu bet0 pun ada, tapi dia tengah melukis kat rooftop kot. Oh, lupa citer. Bet0 ni sebenarnya seorang pelukis animasi. Dia tengah melukis watak sinbad dengan sorang mamat turki ni. Satu hari tu, dian ternampak mamat ni dengan bet0. Terus dian ingat bet0 ni gay. So, masa azad nak datang tu, dian call bet0 menyamar jadi siapa tah dan nak jumpa bet0. Nak suruh bet0 keluar lah. Si mamat sinbad tu pulak gi tukar baju dulu kat dalam bilik. So, masa azad sampai dia terserempak dengan mamat sinbad yang tengah menyarungkan bajunya di dalam rumah itu. Maka bergaduh2 lah mereka di situ. Bet0 pun balik masa tu. Lagi lah. Kelakar lah.
Bet0 pun rasa bersalah dan dia ajak dian gi jumpa azad untuk explain. Derang pun pergi rumah azad. Belum pun bet0 explain, azad dah menghina dian dengan bermacam2 hinaan. Bet0 dah panas jek dengar. Lalu, azad dan bet0 pun bertumbuk, dan aizat ngan sorang lagi housemate tu pakat tengok jek. Aku suka scene masa ni. Masa tu pulak muncul sorang awek turki ni mengaku sebagai awek azad. Terus jadi situasi jadi awkward. Hah! Dian pulak bergasak ngan awek turki tu hingga dian di tertumpahkan aiskrim atas rambut dia. Selepas tu bet0 dan dian pun balik. Sedih jek. Tapi tiba2 ada scene lawak tengah sedih2 tu. Nak tau apa, kena lah tengok sendiri hihi. Comel. Lepas tu, dian pun berkemas2 nak balik mesia. Kira mission dia gagal lah. Tak sempat pun belajar bahasa turki huhuhu.
Sehari sebelum balik tu, azad ajak dian keluar ronda2 istanbul buat kali terakhir. Kira masa ni lah kot derang kuch kuch hota hai. Dan akhirnya malam tu azad datang pujuk dian balik. Dia dah clash ngan awek turki dan ajak dian balik mesia terus dan kawen. Boleh pulak tengah2 study balik terus, sambung kat mesia je pulak. Mula2 bet0 tak kasi dian jumpa azad. Ye lah, selepas penghinaan yang dilemparkan ke atas dian, memang tak patut dia balik pada azad. Tapi dian termakan pujuk rayu azad dan setuju balik mesia sesama.
Besok pagi tu, azad jemput dian dengan teksi untuk ke epot. Bet0 pun kejar. Dan bla bla bla. Memang cerita ni boleh diagak, tapi elemen2 comel yang menjadikan cerita ni best. Akhirnya, habis je cerita ni, aku rasa ramai yang balik dan makan megi asam laksa hehehe.
Kesimpulannya, cerita ni takde lah romantik sangat. Komedi pun ringan2 jek. Keseluruhannya simple, santai, ringan tapi masih berbaloi untuk ditonton. Takde ke orang nak belanja aku tengok lagi citer ni???
4 komen:
alamak cam best jugak
aku pun minat beto tapi bukan kipas susah mati tu.hehe
emm nak tgk d cetak rampok je buleh tak?hehe
haip! biaseee dia...
Salam...
Lepas bace review ni... rase dah tak payah tgk cite ni sebab dah boleh imagine dah...tapi boleh gak tgk nanti kat youtube...hehe..
speechless...
Post a Comment