BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, 27 November 2012

T3chRural La Pulak


Jagung lagi!

Sekali lagi aku membawak mesin jagung ke pertandingan inovasi. Inovasi kerrr? Tahun ni je dah 4 pertandingan aku pergi, tapi yang paling berbaloi pergi ke yutp tu ari lah. Sebab apa? Sebab dapat hadiah duit hehehe (walau pun bayang cheque nya masih belum kelihatan lagik). Tapi kalau ikut kan hadiah yang ditawarkan, yang kat polijb tu yang paling best. RM5k geran tu beb. Boleh aku modify mesin aku tu guna stainless steel. Tapi takde rezeki aku kat situ. 

Daripada 4 pertandingan tu juga, aku telah mengumpul pingat2 hehehe. Kalau boleh gadai, kan dah kaya ek? Teringat aku zaman sekolah dulu. Pingat2 ni atlit je yang dapat. Kiter budak2 hustler (ya ampunnn perasan nyerrr) ni dapat piala je hujung2 tahun. Tak pun dapat buku. Selain botol air dan tapewer. Memang tak pernah lah aku dapat pingat. 

So, pertandingan kali ni dibuat di yuthm. Tu je lah kebestan nya pun. Takyah pergi kerja jauh2. Bermula dari hari sabtu, aku dah bersiap2 dan mengangkut mesin itu. Hari ahad full day aku duduk kat situ. Hari isnin ada masjlis perasmian. Sepatutnya menteri yang rasmi, tapi timbalan yang wakil. Tak pernah dengar pun nama timbalan menteri ni? Muka pun tak kenal. Ko kenal???

Lupa lak apa nama dia. Nak tau gi la gugel nama timbalanmenteriluarbandar. Sempat jugak tu berkempen BiEn di situ. memang tak laku lah kan.

Bersama nc, tnc, adun dan dekan mereka.

Simple jek gimmick dia.

Bergambar bersama pemenang pingat emas utama.

Hari selasa takde buat apa. Dok congok je kat situ. Hari rabu petang baru penutup. Kali ni aku dapat pingat emas! Yeay! Semua projek @dtec dapat emas.

Wakil dari @dtec.

Peace!

Ok, dah tak tau nak citer apa.

p/s abang, tengok ni, entry ilmiah ok. bukan asik entry hiburan jek  :P

2 komen:

Irfa said...

hahaha.pesanan yg last tu x menahan

AyunasiA said...

beliau sudah komplen lorrr...