Zaman sekarang ni sumber bacaan terlalu banyak, online dan offline. Tak cukup bloglist sendiri, baca bloglist orang. Tapi tetap tak sama dengan membaca buku, kan? Feel dia lain. Macam baca sotkabo online dengan sotkabo betul jugak. Kalau aku, suka sangat beli buku, tapi nak membacanya, jenuh. Bukan tak suka, cuma banyak gangguan2 kecil. Internet dan tv lah antara gangguannya tu. Buku ni sedapnya baca sekaligus dari mula sampai habis. Kalau bersambung2 pun feel dia lain dah. Ada takde, sekarang ni, masa aku membaca buku atau majalah ialah pada pukul 7.50-8.05 pagi setiap hari. Lepas punch card dan park kereta. 15 minit tu je kot masa yang betul2 rileks dan takde sesiapa ganggu. Walau pun 15 minit, lama2 nak habis jugak aku baca buku dr M tu tau. Cuma belum habis lagi lah hehe. Dah 2 tahun kot hahaha. Tu pun berselang seli dengan buku2 lain. Bagi aku membaca buku ni sama macam menjahit jugak. Susah nak start, tapi susah pula nak berenti.
Semalam, tiba2 angin apatah yang melanda, aku telah membalut semua buku2 ku. Dulu memang aku rajin menyampul buku, tapi tengah jalan malas pulak. So aku bawak turun semua buku2 lama dan yang baru beli dan terus menyampul sambil tengok tivi. Seronok pulak kerja menyampul buku ni ek?
Dan sekarang aku sedang bersemangat untuk kembali membaca. Rasanya sejak raya kot aku takde membaca. Kalau majalah solusi tu, dah masuk 4 isu lah yang aku belum baca. Beli je tetiap bulan. Impiana pun sekarang aku beli, tengok gambar, dah. Sayang jek. Chaiyok asia!
|
Inilah senarai menunggu yang belum aku habiskan. Ada yang belum baca langsung, ada yang baru baca sikit, ada yang lagi sikit nak habis. |
|
Masa duduk kat mersing dulu, aku ada banyak masa terluang. Masa tu lah aku mula mengumpul novel. Buku ni kira novel terakhir yang aku beli sebelum meninggalkan mersing. Dah 2 kali aku cuba baca. Memula dah baca sikit. Lama... baru aku sambung balik, tapi dah lupa macamana mulanya. So, aku baca semula dari mula. Pun tak sempat nak habis jugak. Nampak gayanya kalau aku nak baca lagi buku ni, kena baca dari mula balik la kot. Dulu aku suka buku2 tulisan ramliawangmursyid, norhayatiberahim dan maleechuswan. Sekarang creativeenterprise macam dah takde kot ek? Banyak buku keluaran alaf21 jek. |
|
Selepas khatam ketika cinta bertasbih, aku beli buku ni. Tapi, pun sama macam buku di atas. Dah 2 kali percubaan yang gagal dah. Entah bila nak habis baca buku ni. Buku ni berkisar kisah di Rusia. |
|
Buku yang baru ku beli minggu lepas. Kisah 'perawan tua' di negeri China. Baru baca 2 chapter. |
|
Ni pun buku yang baru ku beli minggu lepas. Aku memang pengumpul buku2 dato'jalil nih. |
|
Koleksi buku tulisan beliau. Ekceli buku2 ni merupakan kompilasi tulisan beliau dalam majalah wanita kot. Mula2 aku kenal buku asam garam gula kopi tu masa tengok wanita hari ini masa zaman2 nurfarahinjamsari dulu. Sekitar tahun 2003, 2004 gitu. Ada sekali tu nurfarahin tu promote buku ni. Terus aku berazam nak beli. Tapi aku tak beli masa tu jugak. Rasanya 5 tahun kemudian kot baru aku beli. Masa tu dah keluar yang teh tarik kurang manis dan kopi o tanpa gula tu. Terus aku beli 3-3. Baca buku2 ni macam baca blog jugak. Tapi benda yang ditulis tu selalunya memang kena dengan diri kita. Dan aku selalu berkata di dalam hati, 'a'ah ek? Betul jugak?' bila membaca buku ini. Tapi buku yang terbaru tu macam banyak pengulangan pulak. Ermmm... Boleh pulak, aritu masa encik suami gi lawatan ke karangraf, dato'jalil ni yang entertain, tapi encik suami adalah tak kenal dan buat tak tau jek. Cis! |
|
Buku ni aku beli selepas dengan ceramah motivasi pasal al-fatih bulan 7 yang lalu. Gigih aku membaca buku ni tau, walau pun dalam bahasa ind0n. Buat2 faham jek. Tapi buku ni memang detail lah menceritakan tentang peristiwa pembukaan kota konstantinopel. Lepas baca buku ni terus rasa macam nak kumpul duit, nak pergi turki hehehe. Tapi bila fikirkan kos nya yang bersamaan dengan kos umrah, macam berbelah bahagi pulak nak pergi ke tak. Tah pape. |
|
Hahaha gila pemalas baca buku bahasa oramputih. Sanggup beli yang dah ditranslate. Memula baca memang lah aku rasa termotivate, lelama baca, aik? Semua kisah pasal orang sakit kronik yang kuat semangat lalu sembuh. Boring... Last2 aku tinggalkan jek. Entah bila nak sambung tah. |
|
Buku ni aku dah baca hampir 75% kot. Sikit je lagi, tapi malas baca sebab berat sangat buku ni. Bila baca tu, letak atas perut, mengah la pulak. Tah pape alasan :P |
|
Aku dah ada semua siri travelog ni. Bermula dari travelog cinta abadi kot (yang kulit merah ros tu). Tapi, yang itu lah juga yang aku dah habis baca. Yang di atas ni semua belum habis baca lagi, padahal belinya dah berzaman, sebelum beliau pindah ke madinah lagik. |
|
Yang ni pulak koleksi buku habiburrahman. Ada satu lagi, ketika cinta bertasbih, selain yang kat atas tu tadi. Di atas sajadah cinta tu pun aku belum habis baca. Last aku baca pada tahun 2009, masa musim h1n1. Pergh! Giler lama. Aku ingat sebab aku baca tu masa tengah buat soalan exam kat sepang. |
Nampaknya itu je lah buku yang perlu aku habiskan dalam waktu terdekat nih. Kena tunggu dua masa untuk membacanya. Satu, time line streamyx ada masalah. Dua, time hujan (estro takde signal) hehehe.
5 komen:
aku ada 3 dari koleksi Abd Jalil Ali tp yg cendol tu lum abis baca. Buku Pn Roza semua dh abis baca..dan oh ko pun minat Chicken Soup for The Soul rupanya.aku selalu g Borders,sbb nak tumpang baca je.nak beli, x mampu .huhu.dan aku nak usahakan jugak beli yg English Version sbb bila baca yg malay version x rasa tersentuh mcm baca yg BI.bkn nak eksyen tp itulah yg ku rasa.. :P
dan oh ya. marilah membaca buku prof mohd kamil'Bersyukur Saat Diuji'...terkesan. lain2 buku yg baru aku beli baru ni 'Anakku Brain Tumor' (kisah anak Che Amran Raihan) dan Padanya Ada Hikmah (Dr Muhaya).
lama dah aku x beli novel,paling tensen sekotak novek aku dah hilang
salah letak mana pun x tau
lub: tak beli lagi buku prof kamil tu. asik membeli je, baca nya liat sungguh. skrg ni tgh exam amali, baru lah dapat baca buku sambil2 menjaga tu. habis jugak baca buku pn roza tu.
irfa: sayangnyaaa hilanggg. kalau novel2 lama lagi lah sayang sebab susah nak jumpa lagi.
Post a Comment