Tuesday, 6 November 2012

Konvokesyen

Rasa nak menceceh tapi takde cerita. Ada cerita, tapi tak boleh diceritakan. Aktiviti harian tak banyak perbezaan. Hujung minggu lah kot kalau nak berbeza pun. Weekend lepas aku tak keluar ke mana2 pada hari sabtu. Hujan lebat. Tapi bukan sebab tu aku tak keluar. Sebab encik suami kena kerja. Memang kalau ada konvo derang wajib kerja tapi boleh book off la besok2.

Oh haaa aku dah agak dah. Kalau tak tulis ni memang takde cerita. Bila dah tulis seperenggan baru lah ada cerita hehe. Gini. Konvo yang encik suami pergi kali ni ada students beliau. Ingat lagi yang aku pergi kuantan 3 minggu berturut2 bulan april yang lalu? Haaa students tu la yang konvonya pun. Kisahnya pada hari pertama kelas di kuantan tu, aku tengok senarai nama students tu. Lorrr ada classmate aku masa dip dan degree rupanya. Sebaya. Dia keje kat ikip. Pernah lah aku contact dia thru' fb sebab kami ada beberapa persamaan. Satu, masa kerja kontrak kat uitm dulu, aku tercampak ke dungun dan dia tercampak ke miri. Dua, kami dedua tak dapat scholarship tpm hukhukhuk. Dan ketiga, kami sesama kulaan hehehe.

Bila dah tau student encik suami adalah kawan ku sendiri, aku suh encik suami jangan cakap apa2. Buat macam biasa dan be professional. Aku pun tak pernah cakap apa2 ngan dia. Dan kemarin masa konvo tu, mereka akhirnya mendedahkan bahawa mereka sama2 tau hahaha. Ye lah, ikut logik pun, kalau dah sebaya tu, mesti pernah bertembung kat school. Lagi lah masa kau uitm, di mana ada aku di situ ada encik suami kan. Cuma mungkin mamat tu tak tau nama lah kot.


Sekarang ni makin ramai opismate aku yang buat master kat yuthm. Tapi aku masih tak isi borang permohonan pun. Aik? Kata aritu kalau dah ada program part-time nak sambung belajar? Alahai... memang lah teringin nak sambung, tapi ada kekangan yang tak boleh dielakkan. Kekangan yang sama dengan jawapan kepada soalan, kenapa aku tak beli kereta baru, kenapa aku tak pakai berokben, kenapa aku tak buat rumah lagi dan kenapa aku tak boleh tukar estrobiyon (boleh?)? Semuanya atas alasan yang sama. Tak kisah lah. Dalam hidup ni, kita tak boleh dapat semua. Aku redha. Tiba2 rasa melankolik.

Dan pagi ni pulak, aku ada sesi lawatan sambil belajar ke library yuthm. Aku bawak student aku. Dah habis lawatan, sempat lah aku ke festivalkonvo derang. Kenapa aku rasa bulan ni semua orang konvo eh? Tak kira lah uni, kolej, institut, pusat, malah tadika pon! Kaya lah tokei bunga dan photographer/kedai gambar yea...

Rombongan kami

Dah.




0 komen: