Pada hari khamis, 16 jun, tiba lah harinya kami kembali ke mesia. Awal2 lagi kami diingatkan agar melakukan tawaf wida' selepas zuhur kerana pukul 2 petang bas akan bertolak ke jeddah. Dan selepas melakukannya, kita dilarang soping lagi dah. Jadi, malam sebelum tu, lepas isyak, kami singgah sekejap di safwah untuk mencari benda yang boleh dijadikan souvenir. Masa di mesia lagi aku pernah cakap, kalau nak beli souvenir pun, kita beli masa hari last je lah. Betul lah, apa yang kita niat, itu lah yang berlaku. Ekceli aku tak tau nak beli apa. Kalau benda2 makan tu memang dah beli kat madinah lagi. Tak beli langsung, rasa macam kedekut sangat la pulak kan. Last2 aku beli sejadah beg je lah. Relevan lah jugak dengan mekah dan umrah kot. Dan tengahari tu, sebelum membuat tawaf wida' tu, encik hairul pegi sekejap beli madu. Tambahan. Macam tak cukup pulak.
So, pukul 2 petang, kami pun check out dan terus dibawa ke jeddah. Sepanjang perjalanan memang ustaz akan bagi tazkirah. Pandai ustaz tu bercakap. Dan banyak kali dia sebut, ibu ibu bapak bapak yang dirahmati lagi disayangi Allah sekalian.
Sampai di jeddah, kami singgah di masjid tepi laut merah. Alamak, lupa lak apa nama masjid ni. Tak bawak lak buku nota. Kami solat asar di sini. Sebelum ke epot.
Rasanya waktu balik ni agak kelam kabut. Mungkin sebab baru je jemaah umrah menggunakan terminal haji ni. Lama la jugak kami berada di sini. Bayangkan, dari selepas asar, lebih kurang jam 5 petang, sampai lah boarding jam 9.25 malam. Itu pun kami masuk last minute. Dari urusan mengangkat air zam2 dan beg, kalut semacam. Ermmm no comment. Bila diingat balik, macam serik nak berurusan dengan andalusia lagi. Tapi, mana ada travel agent yang perfect kan. Tapi, isy entah lah.
Urusan luggage dah settle, kami pun makan bekalan 'nasi box' yang diberi. Sama sebijik sebijon menunya dengan menu masa datang itu ari. Tapi aku suka fish fillet tu. Rasa ikan keli. Lepas makan, solat dan kami pun beratur. Masa ni memang la... kena sabar tahap tinggi. Sebenarnya dah lama kena sabar, tapi kali ni kira sabar sabar sabar, sekejap lagi sampai mesia tak jumpa dah derang. Kalau jumpa pon sedara mara derang la yang melambak2 kat mesia ni hahaha. Kat paghitraja pun banyak gak. Adalah sejam lebih kot kami beratur tu.
Dan seterusnya, perjalanan pulang kami berjalan lancar. Cuma kurang selesa sikit dari bahrain ke kl sebab orang belakang kami kekwat tahan kusi kami, tak kasi baring sikit. Dia boleh pulak baring. Maka tido tegak je lah aku. Tu yang mabuk tu.
Selalu kita rasa pergi lama, balik sekejap kan. Ni terbalik lak aku rasa. Maybe sebab aku asik terjaga je kot. Tiba mesia dah petang dah. Dan kami selamat mendarat jam 3.30 petang.
Settle segala, in dah menunggu. Sebelum balik, singgah pulak di payaindahwetland. Aku dah puyeng dah ni. Sedar2 dah nak sampai rumah derang dah. Kami balik ke bp pada petang besoknya. Ada masa 3 hari lagi untuk memulihkan jetleg. Senoneng kepala otak aku. Puyeng!!!
Habis dah kot entry umrah aku. Fuh! Lega.
0 komen:
Post a Comment