Tuesday, 26 July 2011

Best Nyer!!!


Sabtu lepas aku pergi menjenguk tanah. Sekali tengok ada binaan ini di lot pertama. Terus rasa teruja. Bestnya buat rumah!!! Mula la aku nak berangan ni. Aku dah bayangkan dah. Nanti rumah aku ada pintu kayu kaler putih kat depannya. Pastu ada driveway macam tajmahal. wtf? Maksudnya ada ala2 kolam ar kat depan tu. Kolamnya memanjang kat tengah pastu ada roundabout kat hujungnya. Pastu macam ada drive-thru ar. Macam kat opis ni. Tetiba aku terbayang ada driver datang jemput aku kat situ hahaha. Pastu pastu kat roundabout tu ada taman bunga. Standard ar, roundabout kan mesti ada lanskap menarik yang ditukar setiap 6 bulan. Pastu rumah tu mesti lah ada tangga naik dalam 3-4 step gitu. Eh, pendek kata macam opis aku lah entrance nya. Pastu ada beranda kat kiri/kanan. Ok. Cukup setakat itu dulu.

Dan aku juga terlihat ada seekor lembu. Patut lah dah tak semak sangat dah jalan tu. Ada industri penternakan dan pertanian di salah satu lot di situ rupanya. Eceh. Industri apa nya kalo setakat seekor lembu. Tapi ada banyak pokok pisang tinggi2. Haaa kan, pertanian adalah perniagaan. Perniagaan = industri. ???


3 komen:

Luna said...

ko ni nak buat umah ke nak buat opis..?

shue said...

apa kata ko bwk pindah jek opis ko kat sana..hehehe

AyunasiA said...

lub: opis dalam rumah kot. senang takyah pergi keje jejauh.

shue: boleh, tapi nak tukar pengarahnya dulu hahaha.