Wednesday, 27 July 2011

Ke Melake Kite



Dua minggu yang lepas, aku telah pergi ke melaka. Pergi hari jumaat, balik hari ahad. Asalnya program tu dirancangkan untuk diadakan pada 27hb mei yang lalu, seminggu sebelum kami berangkat ke makkah. Siap dah plan, hari ahadnya tu nak pergi kursus kat cawangan melaka. Sekali last minute derang postpone ke 17hb jun, hari kami balik semula ke mesia. So, tak dapat lah pergi. Tetiba, dapat tau derang postpone jugak lagi ke minggu yang aku pergi ganu tu. Tapi, venue nya pulak ditukar ke rompin. Tukar pulak plan, dari ganu kami terus ke rompin. Pastu derang postpone lagi sekali. Ha ni baru betul. 2 minggu lepas dan venue jugak dah balik ke melaka. So, plan lagi, pergi hari jumaat lepas kerja. Tiba2 hari selasa tu aku dapat kalendar baru. Ada kelas ganti hari sabtu tu untuk cuti hari raya nanti. Tak jadik pulak aku ikut. Eh, lupa nak cakap, program tu encik hairul yang attend. Aku follow jek hihi. Dah bengang2 tu, besoknya dapat pulak email, eh eh semalam tersalah hantar attachment. Laaa salah kalendar la pulak. Rupanya takde pun kelas ganti. Akhirnya, aku pun dapat mengikut. Huh! Punya lah komplikated.

So, hari jumaat seperti biasa lah, encik hairul hantar aku pegi kerja. Balik kerja kami terus pergi ke melaka. Ikut jalan biasa jer. Dapat singgah makan kat muo. Seperti biasa, kami makan mee bandung abang sayang. Ya, gambarnya di atas itu.

In case ada orang tak pernah tengok rupa mee bandung

Sampai di sana, mandi2 dan encik hairul pun terus pergi buat kerja. Entah, dia buat pemurnian haper tah. R&R. Sementara tu, aku pun menjahit. Puas hati sebab dapat menjahit sepenuh masa. Ya lah, takyah pikir nak kemas rumah ke haper kan. Hari ahad, kami pun balik. Aik? Itu je? A'ah. Takde idea.

Nah, ni aku tepek gambar bilik hotel tu. Kot2 ada yang mencari hotel yang sederhana di melaka, boleh lah ke sini. Sila search Everly Res0rt (dulu riviera kot nama dia). Dekat sangat dengan pantai. Dan yang penting kolam dia luas. Korang suka, kan?

Oh, baru teringat. Ada satu cerita. Gini, masa kat dalam lif, aku ternampak la derang tulis, ada wifi percuma di bilik mengadap pool. Bila dah sampai tu, aku pun on la laptop. Ada signal dan dah connect, tapi dia mintak login dan password. So, aku pun call la reception. Orang tu mintak nombor bilik, aku pun bagi. Dan, dia cakap, bilik tu takde signal. Erkkk???

Aku siap bangun dan menjenguk ke luar beranda lagi tau, nak pastikan yang benda kaler biru2 kat bawah tu ialah pool. Dan aku check kat laptop aku untuk pastikan yang benda ala2 bar tu menunjukkan kekuatan isyarat gelombang elektromagnet. Kalau takde signal, dah tentu2 lah aku takleh connect, kan? Dusy dusy! Lalu aku pun menyalahkan diri sendiri sebab tak geti nak menjawab. Huh! Besok tu encik hairul gi reception dan dapat login dan password. Apa pulak signal? (apa kaitan signal dengan password?) Cer citer cer citer?



Ada tingkap pulak dalam bilik



Ngeri je kalau dalam rumah ada tingkap cenggini. Takut ternampak sesuatu di 'luar'




Satu je lah drawback dia. Tv tu duduk kat luar bilik tido.

0 komen: