Friday 29 August 2008

Dapur Lagi, Api dan Air

Alhamdulillah, kerja membuat table top telah berakhir semalam. Bermakna, kerja membasuh rumah sudah boleh dimulakan beransur2. Sebab apa beransur2? Sebab air belum masuk lagi. Terpaksa la angkut air dalam tong naik kete. Kes tak penyabo. Secara keseluruhannya, kerja senibina ah seng arrr dan adik2 itu sangat memuaskan hati. Boleh suh dia buat 'rumah' pulak lepas nih.

Api pulak, rumah kami lum ada lagi. Rumah belakang dan blok sebelah dah ada. Masalahnya sekarang ni, tnb dah pasang meter, tapi kontraktor api lum pasang DB. Tu yang dia bergerak dari rumah belakang. Rasanya arini sampai la ke rumah kami. Kalo dah ada api, boleh la kami bekerja di malam hari.

Semalam sepatutnya orang kitchen cabinet tu dah datang ukur, tapi dia busy ya ampun la pulak. Terpaksa lah aku balik tengahari ni. Isy, aku ni, semuanya buat secara terpaksa. Itu je perkataan yang sesuai. Aritu yang dia ukur tu untuk dapatkan quotation. Lum betul2 ikut saiz table top. Tengok pada gayanya, akan ada pengurangan sebab dia kira aritu pintu dengan frame. Tapi kami dah siap2 buat frame ngan ah seng arrr ni. Memang patut dia yang pasang frame pun. Lagi cantik la bila frame tu tertanam sekali ngan table top tuh. Lagi pon ah seng arrr pakai frame aluminium, sebaliknya ah liew pakai frame kayu. Risiko terhadap serangan anai2 adalah tinggi di situ. Dia pon dah dimaklumkam tentang pertukaran tu.

Air pulak belum nampak bayang nak dapat dalam minggu nih. Kalo tengok pada point tu, macam makan 2-3 hari gak nak memasang meter. Lempun jugak keje syarikat swasta ni ek. Maknanya jugak, belum nampak bayang la kami akan berpindah minggu nih. Huaaa!!! Penat ler nak pindah time puasa kan. Takpe, aku dah plan nak cuti ari Khamis dan Jumaat untuk settle kan semua urusan pindah tuh. Sibbaik ada 2 hari yang takde kelas. Kalo tak, nak kena cari pengganti la pulak. Tapi, Khamis dan Jumaat biler pon tak tau lagi heheheh...

Hari ni pembentangan bajet 2009. Tahun lepas aku dengar bajet dalam kete. Abis bentang, aku on the way balik bp dari jb. Nak kata terlepas dengar, tidak. Tapi memang langsung takde sebut pasal bonus. Tapi, masa tu aku baru je keje. Kalo ada bonus sebulan gaji pon, aku cuma dapat separuh sebab aku masuk keje bulan 5. Masuk2 je keje, terus dapat kenaikan. Sempat rasa gaji lama selama sebulan. Langkah kanan.

Tahun ni, pun tak nampak gaya cam ada bonus. Kalo nak kira penjimatan subsidi minyak, rasanya dah boleh cover bonus kami kot hehehe. Tak tau lah kalo dia dah beli bas dan lrt. Kata nak guna subsidi tu untuk improve sistem pengangkutan awam. Harga minyak aku dengar semalam 118 setong. Ye ker? Ntah, ke aku salah dengar. Kiter sambut je lah Ramadhan dengan kenaikan atau penurunan harga minyak. Bulan pose kena banyak bersabar, ye tak?

Ooo aku baru teringat, aku ada dapat email pasal subsidi. Jap aku carik, leh post kat sini. Sebelum tu, sape2 nak baca tu, harap pegang pen dan kertas. Kalo ada kalkulator pun bleh letak kat sebelah. Pastu, kira2 dan pikir la sendiri, Assalamualaikum...

The story about Subsidy

A man called Che Dot owns a farm which can produce 10 apples every day.

He has 5 workers to operate the farm.

Each of them eats 1 apple daily and it is enough to keep them operating the farm normally.

The remaining 4 apples, the landlord sells them at RM10 each and he earns RM40.

He uses the RM25 to improve the farm operation and facilities.

He gives RM2.00 to each of his workers and he keeps the remaining RM5.00 as profit.

Day by day, the farm is well developed and all of the 5 workers are happy with the money they can save.

When Che Dot passed away and there is a new landlord, PokLeh comes to continue the farm operation.

He says to the workers: "We need to improve the farm quality and redefine our way of thinking.
From now on all of you only need to pay RM1.00 for each apple you eat. It is very cheap as the price is RM10 each outside the farm."

The workers have no choice but to pay RM1.00 for the apple they eat daily.

Their earning decrease from RM2.00 to RM1.00 per person.

As usual, PokLeh sells the 4 apples and he gets RM40.

He uses RM25 for farm improvement and pays RM10 to his 5 workers.

He gets RM5.00 as profit. On top of that, he gets another RM5.00 from the apples that he sells to his workers.

In total, he gets RM10 as profit every day.

Soon, the apple price increases to RM20 each.

The new landlord gets a higher profit as he gets RM80 for the 4 apples he sells daily.

Then, he decides to give the farming improvement contract to one of his close friend, Samy..

Samy says:"Apple cost naik, improvement cost also misti naik."

So, the farm improvement cost increases from RM25 to RM50.

In actual, the improvement only cost RM30.

The remaining RM20, PokLeh and Samy share evenly among themselves.

Let's calculate how much PokLeh gets daily:

RM10 (from farm improvement cost)
RM20 (Net profit by selling 4 apples: [Gross profit, RM80] ?
[Improvement cost, RM50] ? [Wages RM10] = RM20)
RM5 (from selling apples to his workers)

In total, PokLeh gets RM35 daily compare to RM10 initially when he takes over the farm from Che Dot.

His profit increases RM25 and the workers are still getting RM1.00 daily per person.

The greedy PokLeh does not want to stop there.

One day, he says to his fellow workers:" You see ah, the current market price for one apple is RM20 and you are only paying RM1. See how lucky you are! I have to SUBSIDY RM19.00 for each of the apple you buy and total I need to SUBSIDY RM95.00.
This will greatly burden the farm and we might get bankrupt if we continue like this. In order to avoid bankruptcy, I need to increase the apple price that you buy from RM1.00 to RM1.50 and I will bare the remaining RM18.50 per apple as my subsidy to you all. "

So, greedy PokLeh adds RM2.50 to his current profit and the number becomes RM37.50.

After you have read the story, I am sure you have already understood the meaning of a 'SUBSIDY' given by the Pokleh.

The RM95 subsidy was never existed in the first place and so was the RM52 billion fuel subsidy generously 'given' by 'Pokleh'...

Cutting fuel subsidy is actually just a reason to steal money from your pocket. Are you gonna stand there and let them rob you???

Thursday 28 August 2008

Cepat Nyer...

Aku macam tak sangka yang dapur aku akan siap dalam masa 4 hari sahaja. Aku ingat sampai 2-3 minggu gitu. Dah, ah seng ar buat 4 orang. Memang ar siap cepat. Ah Seng ni kan jenis cina yang jujur tau. Kalo rumah lain, kontraktor malay pon, selamba je curik api, tapi dia tak berani. Terpaksa la kami refill petrol untuk generator untuk dia dapatkan api. Sibbaik petrol dah 'murah' (banyak la ko punyer murah kekekeke). Tak habis kat situ. Bila generator tak cukup power, dia mintak plak kami kuarkan soket dari rumah sewa kami, dia bawak extention paaaaaaaanjang tarik lalu rumah orang sampai rumah kami, semata2 takmo curik api. Sangat bagus, kan? Tapi memang patut cenggitu pon kan? Memang sejuk la rumah aku nanti hehehe.

Kerja2 major dah siap. Tinggal final touch up (asah tiles kat table top) ngan tepek tiles kat belah dalam. Alamakkk tak cukup 2 keping la pulak tiles putih tu. Alang kepalang betul la. Dah lah tiles tu jenis kena order dulu (kedai tu takde simpan stok sendiri, kalo jenis waithaos dia banyak la). Nak beli 2 keping je pulak tu. Jadi, mungkin kami beli jenis lain kot, janji kaler putih dan sama saiz. Kalo 2 keping tu, sorok kat tempat letak gas ke, kat corner ke, orang tak perasan kot. Ikut kan aku, boleh je tepek lebih2 tiles yang atas table top tu. Aku nampak ada besar jugak part yang dia buang untuk letak sinki ngan hob tu kan. Tapi, dia pon cakap, tak cantik lorrr. Hehehe ye tak ye jugak ek. Buat keje bio semenggah. Karang nyesal pulak. Ok lah kalo cenggitu. Beli lain je lah.

Eh, aku dah tak sedey dan kuciwa ker? Alahai... nak sedey dan kuciwa pon dah tak guna dah. Biar lah aku bersedey, nanti mawi leh nyanyi lagu seroja kat aku, ...mengapa kau bersedey oh akak berhati bingung lalala... Kalau ini yang ditakdirkan untuk ku, aku pasrah. Owh... Over nyer.

Pastu, tiles kat yard ngan porch pon dah siap dipasang dengan cantik nyer. Biler laaa awning aku ni nak siap agaknya. Malam tadi hujan lebat. Lum abis kering lagi simen tu, dah basah balik. Owh, meter dah pasang! Nyaris2 aku nak melompat tengok meter tu dah tertepek kat situ. Tapi, fius2 dan circuit breaker lum pasang pon lagi. Plus tnb pon tak pasang lagi apa benda tah jumper ke ape kat sebelah meter tu. Kalo api masuk arini, esok ke, Sabtu ke, bole la pasang ekon. Sibuk la hoeheng tu tepon, biler nak pasang biler nak pasang. Sabo ler apek. Lu ingat lu je yang tak sabo? Gua lagi la termantul2 tak sabo nyer tau.

Pastu pulak, tokei 497 pun dah tepon jugak. Itu katil sudah siap lor... Biler mau kasi hantar? Minggu depan ek. Okeh, lepas cuti puasa la kot. Syok nyer cuti 2 hari. Boleh la berbuka kat 2-2 rumah. Kalo selalu tu, mesti salah satu kecik ati. Orang cakap kawin dekat2 senang? Huh! Lagi parah sebenarnya. Teori itu sudah layak dinyahkan. Tengok je sekarang ni, aku telah disuspect balik semenchu tak balik AT5. Memang ar pernah buat sekali ke dua kali hehehe, tapi dulu lor... Masa aku tak keje lagi. Masa tu aku nak balik, duit takde. Balik lenggang kangkung tak hulur2 pun orang mengata. Plus, aku fobia la ngan soalan2 cepu emas itu. Sampai2 je mesti tanya, dah ada? Dah gi urut? Dah gi hospital? Huh! Nak membuat pun takde masa, apa lagi nak gi hospital. Sekarang ni, bukan takat AT5, semenchu pon aku jarang balik. Baru je aku pindah betul2 kat BP nih. Nak pindah rumah lagi, tu yang sibuk je weekend2 tuh. Ayat cover la tuh!

Petang semalam juga, 2 orang kawan abang datang. Aku ingat pempuan je kepochi menyibuk2 ni. Rupanya lelaki pon sama hikhikhik. Memula jiran selang 3 buah rumah datang ngan anak. Tengah ronda2, nampak motor abang, tu yang singgah. Satu rumah dia buat site visit tuh hehehe. Pastu datang plak kawan ito. Yang ni datang ngan bini dan anak2. Aku kenal la bini dia tu. Jumpa kat kenduri bertunang anak cik idah jiran selang sebuah arituh. Hah kau... Ngan aku2 sekali melayan derang. Siap tanya detail tuh rege benda2 tuh. Huhuhu. Hari ni apa pulak tah. Macam2.

p/s gambo sengaja takmo tepek. nak kasi suprise...

Macam tak kena jer
Bunting pesta konvo yang kami pergi minggu lepas

Belon ke ni?
Antara tarikan di sana

Photobucket
Manisnya...

Photobucket
Deretan gerai

Photobucket
Kasik hint dulu. Downlight yang aku pilih.

Wednesday 27 August 2008

Huaaa!!! Sedey! Kuciwa!

Sedey laaa. Baru aku happy2 semalam pasal dapur ku yang nak siap. Sekalinya, semalam aku dah sedey. Sinki aku tu dia dah siap tepek. Elok je nampaknya. Kukuh gak gaya rupanya. Yang buat aku sedey tu ialah, sinki tu ter ke kiri sangat la pulak. Dia buat setengah kaki je jarak dari tepi. Salah siapa? Sape lagi kalo bukan encik hairul. Bleh dia lupa bagitau yang aku nak sinki tu ke tengah 18 inci dari tepi. Bukan aku sesaje buat gitu. Aku kan kidal. Pegang span tangan kiri. Jadi tapis pinggan kena lah letak belah kiri So, 18 inci tu tempat aku nak letak tapis tu ngan sabun la. Sekarang, sabun boleh la letak belah kiri. Tapi pinggan kena letak belah kanan la. Huaaa!!! Aku dah nekad nak suh dia alihkan. Pagi ni, diberitakan, kalau alih dan ada leaking, dia takmo bertanggungjawab. Siap kasi 90% risiko untuk leaking tu. Sebabnya, dia dah simen keras plus besi 4 hun lagi. Memang la aku sangat puas hati ngan keje dia. Sangat kemas. Tapi, tu lah. Nak buat macamana? Terpaksa lah aku belajar menggunakan tangan kanan. Tapi, satu masalah lagi, sinki tu dekat ngan mesin basuh. Jadinya, keadaan seperti sekarang akan berlaku di mana air dari sinki terpercik2 ke mesin basuh. Tapi, takpe lah. Ada hikmah la tu. Nanti bila jumpa kebaikannya, confirm abang akan cakap, "kan abang dah cakappp". Dah tau dah.

Tapi kan... sebagai denda, abang kena basuh pinggan pas ni. Tapi, kalo aku sensorang, bukan aku kena basuh gak ke???

On the other hand, aku happy la jugak sebab ari ni dah bleh siap. Yeay! Semalam dia dah simen yard ngan porch. Maknanya hari ni tinggal tepek tiles je. Aku sebenarnya paling tak sabar nak tengok tiles table top tu je. Tapi, benda tu jugak yang dia buat last sekali. Okeh. Think positif. Kalo sinki tu sesuai tangan kanan, maknanya aku boleh la suruh adik2 ku membasuh pinggan biler derang datang. Hehehe. Kecuali Ila laaa dia pun kidal jugak. Aku ni saje je exxagerate ek. Padahal selama setahun ni aku silang2 tangan kat sinki, ok jek. Hehehe ngengada.

Tuesday 26 August 2008

Apa Nak Cerita?

Aku sebenarnya tengah nenongnenong sket sebab baru pindah kan. Walau pon perkara mengajar ni bukan benda baru, tapi benda nak kena ajar tu yang agak menyesakkan otak fikiran aku. Bukan la lain benar dari benda yang aku tau, cumanya otak ku agak berkarat lor... Satu subjek ni, aku kena ajar dua kelas. Kelas pertama, agak kurang teratur penerangan aku. Untung lah budakkelas kedua sebab aku dah lepas ajar kelas pertama tu. Jadi aku dah bleh predict soalan2 derang dan lebih tersusun ler ayat power aku. Dari satu sudut, yang aku sedar bahawa aku ni, bila dah mula, berdedai2 je benda yang aku cakap kan. Sampai abis kelas, aku gelak sendiri mengingatkan apa yang aku bebel kan. Dah, aku ajar pasal komponen electronics, derang tanya sampai circuit breaker la, macamana kejadian petir la, sampai melalut2. Gitu lah kalau orang mekanikal masuk dunia elektrikal. Memang blur. Semua benda dia nak visualize kan. Sampai leak current pun derang nak tau dalam bentuk apa. Isy isy isy... Budak2 ni...

Best best best syok nyer nak cite pasal dapur ku dunia ku itu. Semalam, balik keje, aku terus singgah rumah. Wahhh walau pon belum naik pon table top nyer, tapi melihat tiles dah naik, sangat lah cantikkkkkk. Ekekeke puji dapur sendiri nampak. Aku mengaku la... aku perasan dapur tu cantik. Tapi memang cantik apa... Setakat semalam, 60% tiles kat wall dah siap. Ari ni rasanya dia siapkan tiles, kendian dia akan naikkan bata untuk table top. Esok maybe final touch up dan dia akan pasang tiles kat porch dan yard pulak. Aku tengok rumah sebelah tak pakai bata pon table top dia. Dia cetak sendiri guna simen. Eee tak sabar nak tengok table top tu dah siap. Walau pon aku dah tukar konsep dari hitam putih ke coklat putih, rasanya konsep terkini lebih cun sebab lebih kena color tu ngan pintu, tiles dan blind buluh. Hahaha... lagi pon kan zarafi beli tiles itam kan. Aku kenkonon takmo sama la. Lagi lah aritu abang dah nak terbeli tiles yang sebijik sama ngan dia, karang ter compare2 sape punyer table top lagi cantik. Plak tu tukang kami pon lelain. Nanti kalo salah sorang punyer cantik, mesti sorang lagi rasa tak best dan menyesal. Hehehe aku lah tu. Kesimpulannya, aku tak mo sama ngan orang la. Tak mo dikatakan meniru ke kan. Hahaha dasar pendengki. Hihihi jahat nyer. Lantak ler. Aku yang nak duduk ceruk dapur tu, sukati aku la nak wat camne. Kalo orang datang nak complain, suh dia buat rumah dia la. Sape suh masuk dapur aku. Pastu komplen, nape pakai kaler putih kat dapur... nanti cepat kotor. Kotor mana ada cepat ke tidak la. Kalo putih kan nampak kekotoran, dan cecepat la aku bersihkan. Kalo gegelap tak nampak, pastu terlepas pandang, lelama kotor jugak. Sama la jawapan aku biler orang cakap seat kete aku kaler cerah susah nak jaga. Ello!!! Ada aku suruh ko jaga??? Ada? Eh, aku cakap kat sape ni ek? Lu pikir la sendiri... Assalamualaikum.... Tiba2.

Alamak, nak balik! Chow!

Monday 25 August 2008

Macam pekak je telinga aku ni...

Jumaat 22 Ogos 2008

Petang semalam tak terus balik rumah. Nampak motor abang kat belakang rumah, terus singgah. Abang tengah pasang curtain rail. Aiyakkk baru pasang 3 tempat je? Soket yang nak dipindahkan dah ditebuk sikit. Lain2, takde. Sempat ler aku paksa pasang wall lamp. Hihihi sedondon plak ngan grill tingkap. Abang guna drill yang agak power juga. Takler macam dulu, jenuh nak menebuk. Asal kena beam je, langsung takleh tebuk. Generator pulak guna petrol. Selalu jumpa guna diesel. So, senyap la sikit genset tuh. Harga diesel pon dah lebih kurang sama je ngan petrol sekarang. Katanya petang tu nampak tnb lalu. Tapi tak pasang meter pon lagi. Survey je kot. Sibbaik takde yang curik api arinih. Orang yang nak api, tak dapat2. Ada orang tu kat taman lain, lum nak pindah lagi, dah dapat api. Merungut plak kena bayo minimum tiap bulan. Dah tau takmo duduk, potong je lah dulu kan. Sukati lah.

Minggu ni aku dah dapat timetable. Memula dia kasik 3 subjek. Free hari Khamis only.
Alamaksss mati lah nak kena study camnih. Sure kais pagi makan pagi, kais petang makan petang punyer nih. Istilah ni bermaksud pagi study untuk ajo pagi, study petang ajo petang. Kes tak sempat ler tuh. Time aku baru pindah dungun dulu cenggitu lah. Dapat 3 subjek yang tak pernah ngajo. Pulun lah. Sibbaik bujang trang tang tang lagi.

Kelmarin, aku pun memulun la buat slide untuk ajo arinih. Semalam, ada meeting bahagian plak. Aku catit minit. Abis meeting, ada briefing dari KJ untuk kami bertiga yang baru nih. Pagi tadi, KB dah mintak minit semalam. Aiyakkk! Satu apa aku tak taip lagi. Kelibang kelibut aku menaip pepagi. Ada kelas plak kul 10 pagi. Notes dah prepare sesikit. Tepat kul 10 pagi, aku pun kasik minit itu kat KB. Dia bagitau, subjek aku tinggal 2. Satu lagi dia kasik orang baru lagi sorang. Yahooo!!! Aku suka! Sebabnya, subjek yang dia kasik orang tu ialah subjek kul 10 pagi itu. Tak kisah lah aku dah siapkan notes tu kan. Yang penting, sekarang aku free ari Jumaat juga. Yiiihaaa andre andre.

Tapi aku masuk jugak kelas kul 10 pagi tuh untuk kasi tau perubahan. Tetiba melekat pulak, derang tanya macam2. Layannn. Karang aku tinggal kan kelas, derang cabut balik hostel plak. Huh! Rasa lapang fikiran ku ini. 2 subjek lagi tu kira senang la. Tak perlu perah otak sangat. Tapi still kena study dulu sebab dah lupa. Karatzzz.

Pastu, tadi aku gi beli nasik kat cafe. Tetiba sorang mamat nih bagi salam. Rupanya dia nak pastikan bahawa aku ni adik beradik ke ngan Yayu. Hah! Memang ramai yang bertanya demikian. Time aku internship dulu, takde pulak orang nak tanya. Nih dah jadi staf sini baru orang perasan kot. Lagi pon nama abah kan unik. Amat jarang didengari. Tapi ada gak orang tanya aku, ”orang jawa ker?” Hehehe ada bunyik jawa ke nama abah tu? Ke muka aku muka jawa? Ooo nahi nahi. Ada tu, kekadang orang tanya, ”orang sabah ker?” Haiyaaa universal ke pattern muka aku ni? Lantak korang lah. Yang penting aku orang Malaysia. Perpaduan Teras Kejayaan! Tiba2.

Dah dekat nak hari merdeka ni, aku tetiba teringat hari kebangsaan tahun lepas di mana aku masuk perbarisan peringkat daerah mersing. Time kena buat tu, rasa geram je. Orang nak cuti, dia suruh kita berkawad pulak. Kena berlatih pulak tu tiap2 ari tengah2 panas. Tapi bila diingat balik, rasa best pulak. So sweet! Masa tu lah aku berkenal2an ngan warga ilp mersing. Kalo tak tu, tak kenal pon. Masa tu aku hafal lagu Malaysiaku Gemilang. Rasa patriotik sangat. Masa tu je lah. Hehehe. Tahun ni takde e’apa pon. Rasanya kalo perbarisan pon student yang kena. Alamak… tetiba rasa syahdu dan sayang nyer pada negara. Apa2 lah asia oi…

Today

Jumaat petang, balik keje, terus singgah rumah. Abang pon baru jek balik keje, aru nak mulakan keje. Lambat betul nak siap. Harini sempat pasang shower heater. Pasang yang lama punyer kat bilik air luar. Bilik air master nak beli yang baru. Tu pon tak beli lagi sebab lum tau tekanan air. Nak tengok dulu. Kalo kuat, beli yang sama je. Kalo tak, terpaksa beli yang bermotor. Tak minat tul yang motor tu sebab bising kan.

Hari Sabtu, pepagi lagi abang dah gi. Aku pon menyibuk sama. Baru lah nampak perubahan sket. Dah tebuk down light. Rupanya memang takde device yang digunakan untuk tebuk siling tu. Even contractor pon guna kekdah biasa. Tebuk lubang guna drill banyak2, kendian pecahkan. Sangat tak best. Kebetulan student baru je jumpa aku mintak nak jadikan supervisor final project. Terus dapat idea nak suh derang buat penebuk tu. Konsep lebih kurang pembuka tin plus gergaji. Aler, dalam cite MI2 tu kan senang je tom kurus tu tebuk kaca, bulat cantik jek. Cenggitu la aku nak suh derang buat. Hehehe sesuka ati aku jek.

Selesai tebuk siling, patut terus la fitting kan. Tapi tangga pulak tak cukup tinggi. Abang pinjam tangga yang 2 kaki tu je. Dulu ada tangga yang lipat2 tu, bleh sampai bumbung. Dah takde, camno nak panjat tarik wire tu kan. Yang dapat Cuma kat yard ngan stor je. Tu pon sebab bilik tu kecik, so wire pon ada dekat2 situ je.

Hari Ahad pagi abang gi sensorang. Lebih kurang kul 11am, abang balik ajak gi pesta convo. Nak pegi kedai hardware sekali. Selalu ari ahad tutup kedai tu. Ni agaknya dia tau kami tengah sibuk membuat rumah, bukak pulak kedai tu. Settle kat situ baru gi pesta convo. Lunch nasi ayam kat sana. Jenjalan sesikit, pastu balik. Lepas zuhur baru pegi semula. Huhahuha kesimpulannya, penat.

p/s telinga aku ni macam pekak la pulak sebab banyak sangat dengar bunyi kuat dari driller dan grinder. huaaa!!!

Friday 22 August 2008

Sentapzzz!!!

Aku tau dari mana aku warisi tabiat membaling dan melempar time marah. Aku pon dah sedar lama dah bahawa aku telah memiliki tabiat itu. Dan semalam, sekali lagi aku telah menjadikannya satu realiti. Cumanya benda yang aku baling itu bukan kaca dan tidak memudaratkan serta merugikan. Sedar2 benda tu dah melayang ke luar pagar, di tengah jalan, di waktu Maghrib. Dan syaitan pun melompat2 kegembiraan. Goodie bags. It was.

Dia SMS je dah cukup menyakitkan hati, apatah lagi telefon.
Dia telefon je dah cukup memanaskan telinga, apatah lagi datang rumah.
Dia datang rumah je pon dah cukup menaikkan darah, apatah lagi dipelawa masuk, even dengan 2 orang anak mengekor.

It was just over the limit, baby. It was.

p/s 1. Ssms malam tadi, 'lina rindu abang. tak puas jumpa tadi. biasa dapat embrace, tapi tadi...???'
EMBRACE????????????????????????? Biasa??????????????????????What????????????????????????????

Makcik ni imaginasi tinggi tul la...

Thursday 21 August 2008

Perkembangan Tak Baru

Alerrr hari Isnin baru keje dapur boleh mula. Ah Seng sibuk buat keje kat sekolah. Cuti sekolah kan. Tapi dia cakap leh siap dalam 3-4 ari. Maknanya paling cepat leh cuci rumah hari Khamis. Bila nak pindah nyer???

Malam tadi aku dah kemas pakaian. Nampak duduk dalam almari macam sikit. Tapi bila dah lipat2, ber beg beg lah juga. Tak cukup beg lah pulak. Mana aku nak sumbat baju2 ni tah. Berlambak lambak. Dah, takde idea. Enjoy the piccas...

Dari Dalam
Ni kerawang ke reben?

Okke la tuh!
Boleh la kan. Janji melambatkan orang nak pecah masuk rumah.

Bronze dan gold
Aku sendiri dah lupa color yang aku pilih. Tah apa apa.

Sisa
Ni lah hasil tambakan dakum. Bagus dia ni, rajin.

Photobucket
Rumah sebelah. Kesian dia. Besi biasa tapi mahal sket.

Wraught Iron
Pagar fizikal. Kena pagar dengan ayat Kursi juga.

Wednesday 20 August 2008

Terbaru

Ari ni aku tertinggal henfon dan tag gi keje. Akibatnya, kena tulis nama dalam buku. Kesan peninggalan henfon hampir tiada sebab memang henfon aku jarang berbunyi. Ada tiada tak memberi kesan. Sibbaik ada meebo yang membolehkan aku mengadu nasib.

Semalam petang, balik keje, dari jauh aku nampak ramai orang depan rumah. Ermmm ramai orang datang tengok rumah ari nih. Situasi biasa sejak menjak seminggu dua nih. Pastu terpandang depan rumah aku. Eh, cam rumah aku tu. 1, 2, 3, 4, 5, 6, eh ye ke rumah aku? Kira lagi, dan lagi. Ehhh betul laaa. Abang pon ada. Hehehe rumah aku dah pasang grill. Hihihi suka. Suka sebab abang cakap, apa2 hal, pasang grill dulu. Dah boleh buat hal la nih kan. Kebetulan zarafi pon ada ngan his wife. Rumah derang esok kot. Mesti tak sabo gak tuh. Syukur lah dapat buat grill yang agak mantap juga. Kunci dia pon macam kunci lab robotic abang. Pusing dua kali. Dapur punya aku buat simple punya. Semak mata je kalo berkerawang bagai. Belah depan je ada bunga, tu pun sesikit je, tak berwarna-warni. Karang kaler kali orang ingat umah keling pulak. Sambil tengok2 tu, perasan sendiri, cantik jugak! Ehehehe sape nak puji kannn...

Pastu jumpa jugak ngan jiran lain. Jiran sebelah tu memang tiap2 ari datang. Macam aku jugak lah tu hehehe. Boleh pulak mas dakum tu pi gelak kan grill jiran kami tuh. Tak baik tau. Baikkk punyerrr. Aku no comment. Tengok rumah sebelah lagi satu pulak, macam dah siap dapur dia. Sekejap jek. Dia buat pon pendek je. Muat untuk sinki ngan dapor je. Bila pulak la keje kat rumah kami nak mula nih ek? Ah seng arrr tu cakap esok dia bagitau. Suspen betul la apek nih... Semalam abang dah beli pasir, bata, simen, besi bagai. Baru aku tau ada istilah 'hun'. 1 hun = 0.1 inci. Besi 4 hun maknanya diameter besi tu 0.4 inci lah. Mana la aku tau. Aku sekolah terus diajar sistem metrik. Pasir pulak dikira ikut ela. Pastu abang dah suruh mas dakum tambakkan longkang depan. Guna bata orang belakang yang pecah dinding umah dia. Sudah jimat! Siling pulak, ambik yang orang pasang cornice buang. Jimat lagi! Tapi piping pulak kena alih lagi. Kami beli tap yang kuar dari bawah. Saje nak cantik. Lagi pon kalo yang kuar kat dinding tu boleh goyang sebab tap tu berat. So, semalam azli plumbing dah alihkan. Salur air untuk ekon dah tanam siap2 kat longkang. Sok bila tepek tiles kat situ, kuar muncung je lah. Bagus! Banyak progress.

Arini abang kata nak cuti. Nak fitting lampu dan kipas. Kononnya nak buat sama2 ngan zarafi, gilir2 rumah. Jimat banyak lagi! Tapi apakan daya, pagi tadi aku bawak kancil. Drill dan segala peralatan wiring abang ada dalam kancil. So, takde lah lampu dan kipas. Abang cuma dapat angkut tiles je lah. Mesti penat tuh. Aritu kami angkut berdua. Takde troli, guna kerusi beroda sebagai medium penghantaran. Balik ni nak tengok ada benda dalam rumah baru. Yeay!

Tuesday 19 August 2008

Feh!

Berakhirlah sudah kursus yang aku hadiri selama dua minggu yang lepas. Eh, takde bagitau ek? Sebenarnya aku kursus TMD mulai 4hb – 15hb Ogos yang lalu. Masa datang keje pagi 4hb tu aku tak tau pun aku kena gi kursus. Dah pukul 10am gitu, baru diberitau. Dahlah aku baru naik dari cafĂ© beli mee ngan ayam goreng plus neskepe ais. Hihihi rugi ar dah makan, kursus kan makan free hehehe. Takpe, esok2 tu aku kasi perut kosong pepagi. Tu pon Pengarah telefon KJ suh aku join mentara aku masih segar bugar lagi ni kan. Karang dah dibagi keje, susah plak nak gi kursus2 nih. Aku ingat kursus dengar ceramah. Rupanya kena wat keje. Huaaargh!!! Tak ilang lagi ngantuk buat keje tuh. Apa tak nyer, buat keje editor cam time kat ciast dulu. Wat video, powerpoint, photoshop. Pepaham je lah kalo dah masuk bab adobe premiere pro tuh. Naik juling mata merenung laptop. Sampai time makan pon leh miss. Masa first week tu dia bagi teori je. So, tiap kali makan, takde tunggu2, terus menonong gi. Masuk minggu kedua, sampai kena paksa makan baru sumer bangun. Tu pon dalam otak teringat2 lagi. Sambil makan pon sembang pasal benda tu. Siap leh kaitkan topik lain dengan powerpoint nyer animation ngan hyperlink lagi. Ada sekali tu, takde sorang pon kuar minum kul 10am, sampai pengarah sendiri yang panggil. Hihihi... Macam2 pe’el.

Kursus ni anjuran JPK. Masa aku kat JPK arituh pun aku ada update projek nih, tapi tak tau lah pulak adtec yang jalankan. Pesertanya terdiri dari pengajar2 iljtm, ikbn, sekolah teknik dan penjara. Sebenarnya pengajar kat mana2 pon leh masuk, Cuma aku tak pasti camne dia offer. Maybe ada permohonan oleh institut dan derang tunggu queue je. Kot. Tapi, aku masuk sebagai peserta dalaman. Siri sebelum nih derang wat kat hotel Katerina, tapi sejak kes Chuasoilek, derang wat kat dalam jek. Ehehehe takde lah. Bukan sebab tu. Kan sekarang takleh wat kursus kat hotel. Kempen penjimatan. Tapi dengarnya dah ditarik balik arahan tu gara2 industri perhotelan dan pelancongan terjejas terus dengan polisi tersebut. Tak kisah lah. Ada kebaikannya jugak dia wat kat dalam. Senang nak cari pelakon video. Panggil sorang student, sumer video muka dia jer. Sibbaik multi skills. Hihihi...

Cukuplah cite pasal kursus tuh. Banyak benda baru aku belajar dan banyak jugak cite pusing2, balik kat situ jugak. Contohnyer, ada sorang member ni rupanya menantu orang AT5. Pusing2, laaa sedara dia nih, laaa adik dia tu, laaa ko ker yang bla bla bla tu? Dan macam2 lagi. Kesimpulannya, seronok campur penat dan sangat berpuas hati.

Berita terkini yang agak lambat aku war2 kan. Ada pun pada 9 Ogos 2008 yang lalu, aku telah pon mendapat kunci rumah. Yeay! Sebenarnya 8hb tu zarafi bagitau abang, dah bleh ambik kunci. Tapi, oleh kerana malas nak balik tengahari Jumaat semata2 nak ambik kunci, maka kami ambik pada hari Sabtu. Aku yang memang bangun ’awal’ time weekend nih, boleh tak leh tido plak lepas Subuh. Punya lah teruja nak memiliki kunci ituh. So, pukul 10am, kami pon pegi. Suka nyer biler mendapat segugus kunci. Padahal sebelum nih masuk rumah tu tak pakai kunci pon. Patut lah pencuri senang jek masuk umah orang ek. Aku yang bukan pencuri pon leh buat hehehe. Oleh itu, jangan lah biar rumah berpintukan sliding door itu tanpa grill. Okeh? Teringat pesan penceramah induksi arituh. Kalo dalam rumah ada harta bernilai RM30k, takkan kunci rumah dengan kunci ’colex’ RM9 je? Lu pikir la sendiri!

Lepas ambik kunci, kami terus gi makan kat kompleks. Dah lengang tempat tuh sebab pasar dah pindah tempat baru. Mesti terjejas bisnes kat situ. Aku makan roti telo, abang makan lontong. Misi seterusnya, mencari perabot. Punya lah teruja, kedai baru nak bukak, kami dah terjah. Mula2 pegi BP. Gi kedai perabot fevret aku kat jalan tupai terbang. Dekat2 BP Mall tuh. Apa ke nama kedai tu. Ada era hujung nyer. Tengok2, tak berapa berkenan. Kendian gi kedai interior design plak. Arituh dah siap design sumer, hari ni nak order terus. Sebelum tuh call mml. Tiles hitam yang kami nak tu masih tak kuar lagi. Kilang tak kuar, kedai apatah lagi. So, decided tu beli je apa yang ada. Lepas settle kat kitchen, pegi kedai tiles plak. Tiba2 terberkenan tiles kaler coklat plak. Coklat gelap. Cantik. Terus tukar konsep. Pastu patah balik kedai kitchen, mintak tukar kaler. Feh! Mesti meletup dapur aku nanti. Eh, bukan meletup kebabooom tuh. Malatop!

Lepas tuh, gi makan beriani power. Aler... dah lambat, kambing pon dah abis. Try lembu pulak. Rasa macam makan kat kenduri kawin la pulak. Kalo kambing tak pulak rasa camtu. Kendian, pegi summit beli barang dapo sket. Balik tu, singgah solat kat parit raja, kendian terus gi kedai 497. Huhahuha dah dapat set katil. Lega dah takyah pikir lagi. Esoknyer pulak, pegi soonlee. Dah dapat tv cabinet pulak. Pegi 497 lagi, order meja makan kecik. Nanti dia anto sekali ngan katil. Benda lain beli lepas raya. Betul gak cakap tokei tu. Kalo nak sebelum raya, biasanya derang keje overtime dan hasilnya kureng. Dah gitu, kami pon decided to beli sofa lepas raya. Tak kisah lah, raya takyah bersofa bagai. Karang budak2 datang tumpah2 air lenyek2 kuih atas sofa, sendiri nangis. Ermmm… sedapkan ati.

Hari Isnin dan Selasa, abang gi KL. So, takde progress. Hari Jumaat time rehat aku gi ambik tiles coklat arituh. Petang gi beli rail langsir. Sedey nyer. Aritu abang balik dari kl singgah nilai, tapi kedai tu dah tutup kul 5pm. Weekend baru ada berita baik. Sabtu pagi2 lagi zarafi datang bagitau umah ahyat tengah pasang grill. Kami wat ngan orang yang sama. Mulanya kami takmo pasang grill dulu sebab nak pasang tiles kat dapo. Takut tak cantik. Sekali tengok grill nyer jenis lidah penuh. Maknanya tepi dia tertutup rata. So, tak kisah lah kalo pasang grill dulu sebelum pasang tiles.

Pastu, ahseng arrr pulak cakap nak datang. Tokei grill tupon ahseng arrr jugak nama dia. Mulanya dia cakap nak datang ari Ahad. Bagus jugak. Selepas dikira congak2, dia pon bagi quotation. Surprise! Kurang 1k daripada budget! Suker! Pastu abang jumpa jiran sebelah rumah. Dia pon setuju nak pasang awning. So, dah ada persefahaman, kami pon order awning. So, settle banyak benda weekend lepas. Petang Sabtu, pegi BP. Aku ingat minggu ni malas nak gi. Tapi terpaksa jugak sebab dapor dah nak mula minggu nih. Pegi tambah tiles untuk yard. Before ingat nak buat time projek fasa kedua. Sekali ahseng arrr bagi quotation yang menarik termasuk pasang tiles porch dan yard, kami teruskan je lah. Bagus gak! Takyah wat 2 keje. Pastu kami gi hoe heng tambah bayaran untuk ekon. Sibbaik kami dah order dari awal. Dia cakap rege 2hp tu dah naik RM300. Huhuhu selamat. Kendian ternampak kedai bilik mandi. Terus beli water tap. Sesedap ati je berbelanja. Tak pe lah... orang nak cakap membazir ke hape ke, sukati lah. Duit boleh carik. Insya Allah rezeki tu ada.

Tengok2, dah ada dalam 5 buah rumah yang dah pasang grill. Jiran kami pon dah pasang, tapi dia cakap nak pindah tahun depan. Jiran sebelah lagi satu tengah buat dapo. Aku pun nyibuk2 la tengok dapo dia hihihi. Umah aku, lum ada apa2 perkembangan. Bengang betul lah. Aku rasa bukan aku je yang berperasaan begini. Sumer orang yang nak masuk umah baru mesti sama. Lagi lah bila tengok umah lain grung grang grung greng.

Semalam pulak abang propose nak pasang cornice. Alamaks… tak masuk dalam budget ler pulak. Hehehe tapi biler tengok resit bank abang, ala2 boleh jer approve. Ermmm bukan aku tak suka, tapi macam membazir la pulak. Cantik ke cornice tuh? Abang nak wat yang simple2 jek. Takde bunga2 berwarna warni bagai. Mesti terpengaruh tengok rumah depan tu dah siap pasang cornice tuh. Hihihi cakap orang, padahal dia pon sama cepat terpengaruh. Ermmm lum decide lagi.

Oleh sebab lum ada apa2 progress, aku pon tak rasa nak tepek gambar. Aku suka je tengok gambar rumah orang tengah renovate cam blog orang lain tuh. Tapi, ada ke orang nak tengok rumah aku? Silap aribulan kena kutuk pulak. Ehehehe biasa2 je pon. Aku je perasan best hihihi. Sukati aku lah kan? Bukan orang nak duduk umah aku tu. Aku yang nak duduk. Asal aku rasa best, orait lah kan? Takpe, aku letak gambar biler dah siap je lah. Time tu leh compare sebelum, on progress dan selepas siap. Yo yo o je aku nih.

Aiyak! Lambat pulak grill ni nak dipasang. Aku dah tak sabo nak mengangkut barang nih. Aku ingat nak pindah barang sesikit, pastu time hari last tu tinggal angkut sesikit jek. Bukan takmo sewa lori beso, tapi sebagai salah satu langkah mengelakkan makcik gedik tu menyibuk time kami nak pindah tu nanti. Kalo boleh, biler dia datang ambik kunci tu, dah clear dah. Tak sabo aku nak melepaskan diri dari makcik tuh. Tiap2 ari sms cerita apa dia tengah buat, pegi mana, bla bla bla. Pastu siap cite dia beli storm lagi. Tapi dia cakap ala2 bukan nak menunjuk2, tapi kalo dia tak bagitau, kami tak tau, lagi lah kukuh reason tak mo menunjuk2 tu kan. Menyibuk betul. Pegi belanja dapor kat parit raja pon nak stori. Cite kat blog sudah lah kan... Sibuk nak cite kat laki orang. Yang agak bangang pulak, abang bagitau kami nak pindah kuarters edtec. Dia boleh suh aku sensorang je pindah kuarters tu, bio abang stay sewa umah dia. Tak ke tahap kebangangan berada pada paras sedang elok tu? Eeeeee sabo je lah. Setahun aku dah bersabo, takkan seminggu dua lagi tak boleh plak kan? Sabo sabo sabo...

Aku rasa tak lama la dia tau kami pindah kat mana. Tak kisah lah. Yang penting dah takde sebab nak jumpa dia sesaja. Doakan je lah bapak dia panjang umur dan lama lagi dia tinggal ngan bapak dia. Aku ni sampai fobia nak gi pasar, takut bertembung. Aku ni dah la tak ingat muka dia. Kenapa tak cari rumah yang jauh? Pertemuan tu di tangan Tuhan. Semoga kami tak ditakdirkan berjumpa lagi ngan makcik tu selepas pindah tu nanti. Kalo jumpa pun, anggap macam nyamuk je la, tampar dan picit. Gone. Huhuhu.

Friday 15 August 2008

Makan

Time makan tadi, sorang cikgu ni cakap.

"Orang ni kan, kalau gemuk, risau, alamak, gemuk la. Kalo tengah duduk diam, tiba2 badan nya kembang tiba2 takpe lah komplen kan. Ni tak, sendiri yang makan banyak, pastu komplen badan naik."

A'ah ek?

Monday 4 August 2008

Takde Tajuk

Ok lah, nak mula update sesikit la. Nak tunggu masa free, non ado. Mentara takde sape panggil suh buat keje, aku nak stori mori sket tentang keje baru aku nih.

Kami lapor diri pada 14hb Julai yang lalu. Yang tak best nyer, sumer kawan2 dapat fax pasal posting derang kecuali aku. Nape? Sebab katanya aku tengah mintak transfer. Jadi aku lum di tempatkan di mana2 bahagian. Sedey tau. Ala2 melukut di tepi gantang gitu. Ada tiada tak memberi kesan... lalala nyanyi la sendiri lagu Aishah nih ek. So, untuk tujuan reoprt duty tersebut, aku suh abang cuti 2 ari. Isnin dan Selasa. Bukan untuk anto aku. Saje. Tak boleh ke?

Ari Sabtu, lepas makan2, kami pon bertolak ke Nilai. Apa kes la suami ku ini lalu jalan dalam plak. Rugi masa dan minyak tul lah. Baik lalu hiway, jimat masa dan minyak. Tol pon lagi jimat dari minyak tau. Sampai Nilai, terus singgah Nilai 3. Sepantas kilat aku membeli karpet untuk bilik tido. Yeay! Memang pantas. Masuk satu kedai je, terus beli. Hihihi.

Malam nyer kami kuar makan tempat fevret. Hana Gear Box. Makan poktek lagi. Pedas nyer ya ampunnn. Sibbaik sedap. Pedas pon pedas la. TV takde la pulak. Esok tu, belah tengahari kami gi survey laluan yang bakal aku lalui. Derang cite ada short cut yang boleh tiba2 tembus alamanda. Tak sempat aku lalu situ pon. So, aku lalu BBST je. Ikut jalan ke KLIA tu, belok kanan sebelum roundabout gi LCCT tuh. Jalan tu tergantung. Kira hujung jalan la. Agaknya dia nak buat hiway sampai Seremban kot. Ooo ok lah jugak lalu situ. Sumer jalan hiway. Takyah tunggu2 nak motong kete. Kalo jalan dekat pon, tapi kena menyongsong montot lori, kan ke sakit ati. Bio jauh sket, asal tenang gi keje. Takde lah banyak sangat dosa menyumpah2 orang kan. Dah ler keje tu stress kan. Aku dah try jalan jenderam hilir tu. Ah, ada sket jalan biasa. Nyusahkan idup aku je.

Dah jumpa jalan, kami terus gi alamanda. Makan P. First time makan Thai seafood. Sedap. Asalnya aku memang suker super supreme je. Tapi ari last aku kat EDTEC tuh, derang buat makan2 P, rasa sedap lah pulak. Tu yang terus cuba lagi. Aler… masa derang wat makan2 tu aku pose. Makanya aku tapau je. Kebetulan ada sorang staf pindah, sekali kan je lah.

Tengah makan kat P tu pulak, jumpa Shu. Dia pon sama nak makan kat situ. Wah... shopping sakan makcik tu dapat duit claim induksi. Aku pon buat claim lagi. Abis makan, pusing2 sket, kendian balik.

Isnin 14 Julai, aku lapor diri kat HQ. Aku sorang je takde tempat. Bos HR plak cuti gi london, konvo anak. Terpaksa tunggu esok. Mentara tu, duduk library baca paper sampai muntah. Malam, lepas solat, aku terus tido. Tak makan pon. Penat sangat gamaknya. Esok nya abang anto. Tengahari kuar makan ngan abang. Lepas keje gi anto abang balik. Cari tiket kat kajang, takde. Ropanya hentian kajang tu ada bas pantai timur ngan utara jek. Musykil tul. Last2 anto abang kat komuter ukm je. Abang gi naik bas dari kl jek. Cukup lah sekali tu ek. Musti penat tu.

Esoknya aku ditempatkan kat bahagian 3P sama ngan shu. Bos takde. Bos kecik pon takde. Jumpa immediate boss je lah. Dipendekkan cerita, sepanjang 2 minggu aku keje kat situ, ada la 2-3 benda yang aku arrange kan. Yang tak best nyer, semua yang aku buat tu terpaksa cancel. Dari sekecik2 meeting sampai ke peringkat world, sumer ter cancel di saat akhir. Frust tul aku.

Masa jumpa bos hr pulak, dia cakap aku lambat dapat tukar sebab dia minta pengganti. Huaaa sampai biler nak jumpa pengganti, kan? Pastu dia suh pegawai dia tukar pulak, takmo pengganti. Hehehe baru lah tersengih aku. Tu pun last week baru dia hantar surat tu kat ksm. Aku dah sibuk2 tanya ksm, dah dapat lom, biler nak proses. Kalo tak follow up kang dia abaikan je. Pastu, last week ari Jumaat tu aku call lagi. Dia cakap jtm dah settle. Tinggal ksu sign je. Wohohohoho dah ‘near miss’ tuh. Sebenonya bukan ksu tu yang sign pon. Pegawai dia je bagi pihak, apa la yang susah sangat kan.

Jumaat lepas, abang datang nilai pulak. First week tu aku balik bp. Cepat pulak claim ni diproses. Salu tu sebulan baru dapat. Ni baru 2-3 hari dah masuk. Rupanya kalo bos kewangan dah sign, dia terus bleh transfer. Hehehe sonang yo. Weekend kami jenjalan buang duit. Ari Sabtu gi KL. Gi sogo ngan jalan tar tu je dah makan setengah hari. Dari kul 1 tengahari sampai kul 6 pm baru selesai. Dah jalan balik tu baru lah rasa sakit kaki. Huhuhu . Parking jauh giler kat medan tunku. Biar jauh asal tak buang minyak pusing2 cari parking, kan? Pastu tak balik lagi. Singgah jusko balakong plak. Terbeli la cadar idaman ku itu. Susah tul nak jumpa saiz king.

Ooo sebelum tu, ada satu kilang buat clearance sale untuk home furnishing. Stok2 pasaraya yang tutup kot. Singgah gak kat situ. Pastu compare ngan harga kat sogo n jusko yg tengah sale. Memang jauh lebih murah even harga lepas less kat jusko. Ahad tu gi kilang tu lagi, beli lak cadar untuk bakal katil kat bilik belakang. Sedondon queen ngan single. Plan nak beli katil double decker yang queen bawah tuh. Abang balik bp isnin pepagi.

Ari Rabu petang aku call ksm lagi. Eh, tak dapat surat lagi ke? Aik? Dah hantar surat dah? Yahooo! Ariba ariba andre andre. Dapat gak aku pindah ke EDTEC BP. Syukur Alhamdulillah. Nak keje, dah dibagi keje. Nak pindah, dah dibagi pindah. Apa pagi yang aku nak? Syukur lah.

Pencapaian terbaik aku selama 3 minggu berada di sana ialah, aku dah potong sumer kain yang aku beli. Yeay!

Backdated Sebulan Lebih

Sabtu, 14 Jun 2008

Bangun kul 5.14am, terus siap2. Malam tadi dah angkat barang masuk kete. Tinggal start kete dan jalan je. Tepat pukul 6am, aku pun bergerak. Lalu tol Ayer Hitam. Sampai R&R Seremban tepat pukul 8am, jemput Za kat situ. Isi minyak RM100. Tak penuh sangat. Sampai stesen komuter Serdang pukul 8.45am. Non ado orang yang nak dijemput nyer. Cam gini lah. Kalo dekat tu, selalu lambat. Orang jauh gak yang sampai dulu. Kendian terus gi ilpkl. Jemput kat sana la senang. Susahnya nak masuk ilpkl tu. Kena u turn dulu. Kete lak laju2. Eee bahaya tul la. Dah sampai situ, tunggu lagi. Adoiyai! Entah kul bape gak nyer kami bertolak. Rasanya kul 10am gitu lah. Kuar tol Duta, singgah jejantas Sg. Buloh. Makan beger king. Dalam area kul 11am gitu baru gerak semula. Sepanjang jalan takde masalah. Tak de berenti2 lagi. Kuar tol Bandar Baharu, gi umah yayu pulak. Masa tu dalam kul 1.30pm gitu. Lepas solat, lepak2 jap makan keropok. Gerak lagi kul 2.30pm.

Kuar tol SP Selatan, ikut instruction kawan Shu. Adoiyai, kampong sendiri pun boleh kompius. Kawan shu tu lah. Ngan kami2 terkompius. Last2 sampai jugak di intura lebih kurang jam 4pm. Check in, terus angkut beg. Sebilik ngan shu lagi. Seperti biasa. Biliknyer ok. Ada ekon, bilik air pun attached kat dalam. Yang tak best nyer, bilik kat tingkat 3 (1,2,3 bukan G,1,2,3). Tingkat 2 untuk lelaki. Reason being, kalau pempuan tingkat 2, lelaki nak naik atas kena lalu tingkat 2 dulu. Ngelat betul lah. Lain kali pegi situ takyah bawak barang2. Towel, sabun, baldi semua ada. Mesin basuh pun ada tapi kat bawah lah.

Lebih kurang kul 5pm, perut dah lapar sesangat. Makan malam kul 7pm. Bulan puasa boleh pulak tahan lapar, kan? Lepas Azhar check in, terus suruh dia bawak kitorang gi makan. Dibawaknya kami kat restoran dekat dengan Tesco. Aku makan nasi goreng kampung je. Wah! Fruitmula pun ada kat sini. Tapi rege mak oi, RM3.50 tu. Kalo kat BP baru RM2.50. Mula la tu nak compare2. Lepas makan, kami gi Tesco pulak. Nak duduk sini 2 minggu, kena lah beli barang keperluan sikit. Tapi aku, beli comf0rt ngan pewangi toilet. Murah pulak. Kat BP tak dapat rege tu. Tengok, compare lagi. Balik intura semula, dah malam. Malam tu patut ada taklimat sikit, tapi postpone esok sebab esok ada segroup lagi nak datang kursus. Senang sekali jalan je. TV ada channel biasa ngan HBO n ESPN je. Dia cakap ada prima, aku carik sampai channel 100, non ado kekdahnya. Kalo ada, bleh gak layan nabil lu pikey la sendri, ek?

Malam kami tak habis di situ. Nak dijadikan cerita, farhana balik penang. Dia induksi kat intengah. Weekend dia takde aktiviti. Dah tuan tanah ada, kami pon pow la dia mee udang. Aler, dekat je ngan umah dia. Tapi kali ni dia nak try mee udang sebelum jambatan pulak. Yang JJCM tu lepas jambatan. Makan 7 orang, sorang 2 ekor udang, kena RM6+. Kira ok lah tu. Cuma rasa dia kureng sikit banding ngan lepas jambatan punyer. Balik tu, anto farhana umah nenek dia, kendian terus balik intura. Sanggup tu datang Sg 2 semata2 nak pow farhana. Wakakaka keji!

Ahad, 15 Jun 2008

Tak cuti nampaknya aku 3 minggu nih. Weekend kat Johor, Kedah dah keje. Terpaksa lah layan kursus ni walau pun hari Ahad. Uhuks penat say! Hari ni kira macam orientasi la. Ada sesi LDK sepanjang ari. Esok baru start ceramah (baca : boleh tido dalam kelas). Petang ada sukaneka. Adui! Kejang plak kaki aku. Tu lah, ye ye sangat nak menang. Sibbaik kejang2 manja je. Sekejap je dah ok. Tapi tak dapat la menyumbang banyak pada group. Belah malam ada taklimat domestik. Pastu dah rilek.

Isnin 16 Jun 2008

Dah lupa dah. Yang pasti ceramah sepanjang hari.

Selasa 17 Jun 2008

Hari Selasa ada trip gi Tg Dawai. Tak pegi pon. Katanya kat situ ada jual2 keropok, ikan bilis segala. Tak koser la aku nak beli benda alah tu. Assignment pun dah dapat. Satu individu, satu group. Malam tu buat discussion kat bilik ct. Ct ni memang kena badi orang mengandung la. Aritu kat cia8t dia sebilik ngan ina yang tengah pregnant. Ni kat intura pun dapat roomate pregnant. Hihihi.

Rabu, Khamis dah tak ingat la. Anggap je gi kelas setiap hari.

Jumaat 20 Jun 2008

Dah hujung minggu. Hari ni cuti, jadi kami nak dibawa jenjalan. Enjoy! Kul 8am lagi bas dah jalan. Singgah sarap kat R&R Gurun. Kendian terus gi muzium padi. Kat mana tah, aku pun tak tau. Sepanjang jalan tu aku tido je. Bayaran masuk RM3 kot, lupa lak. Masuk situ terus naik atas ’gunung’. Wah! Wow! Isy isy isy! E’ehhh! Gitu la lebih kurang reaksi aku. Kat atas tu ada platform berputar. Keliling tu ada lukisan dinding pemandangan perkampungan sawah padi. Cantik sangat! Sape la yang lukis tu kan? Nampak macam real je. Beso pulak tu. Berapa bulan la dia nak menyiapkan lukisan dinding tu agaknya. Saujana mata memandang. Tapi nak ambik gambo kena bayo RM2 satu kemre. Kami belasah kemre henfon. Patutnya takleh gak, tapi dah dia tak pantau pun. Tak puas kemre henfon, kemre betul pun kami belasah hehehe. Sori la encik. Kemre tu kami beli pun dah rege ribu2. Takkan nak guna pun kena bayo gak. Hehehe ingat orang tak bayo duti dan cukai ekses ke. Erk...

Selesai kat situ, kami pun meneruskan perjalanan. Patutnya gi umah che’det, sekali nyer dah tak sempat. Ari Jumaat kan, kena pikir orang lelaki2 tu kan. Maka kami terus la ke Perlis. Yiiiha! Akhirnya aku dah sampai ke negeri Perlis. Kiranya satu semenanjung ni aku dah jejak. Memula singgah lunch kat restoran tok mek kat empangan timah tasoh. Macam pernah tengok kedai ni. Dejavu ke? Bukan la. Kedai ni pernah masuk jjcm. Patut la sedap sangat ikan bakar dia. Aku makan ikan keli bakar cicah kuah asam. Maveles! Kalo boleh ngan tulang2 ikan tu aku nak ratah. Sedap betul.

Selesai makan, kami teruskan perjalanan ke Padang Besaq. Best nyer nak gi shopping. Tiba2, dah dekat nak sampai tu, ada satu kerja pembinaan jalan. Jalan 1 lorong. Memula ada pengawal bendera, bas pun berenti. Tapi bila nak jalan, gear pulak takleh masuk. Panik! Memang mengganggu lalu lintas lah sebab bas kami depan sekali. Apa nak buat? Apa lagi, kita ada pengajar automotif ilp kan, tunjukkan lah skill sekarang. Bila lagi. Dia suh matikan bas, masuk gear 2, start dan terus jalan. Yeay! Boleh jalan! Masaklah nyer sekarang giliran orang jalan sebelah sana yang jalan. Adoiyai. Bila bertembung je, terus bas pon mati. Ah sudah. Banyak lori treler pulak tuh. Apo nak buek pas nih? Sibbaik baik ati sumer driver2 lori tu. Sanggup mengundur. Dah ler lori tu panjang, camne dia nak control tayar belakang kan. Tahniah kepada mereka yang sangat skillful itu. Bila lori dah undur, seperti tadi, masuk gear, start dan terus lah bas itu berjalan. Hehehe yang best nyer, dari situ, sampai la ke kedai tu, bas tu jalan ngan gear 2. Hehehe janji sampai.

Dah sampai situ, tanpa diajar kami pun dengan segeranya terus lah membeli-belah. Kaum lelaki gi jumaat dulu. Pusing punya pusing, aku pun membelikan abang jersi german. RM25 sahaja. Abang dah beli satu ngan kawan dia jersi spain. Terror ar kami teka. 2-2 team masuk final. Asalnya kul 4pm dah kena berkumpul. Tapi bas masih belum dibetulkan. Pomen nak kena import dari kedah. Sementara menunggu tu, kami lepak kat gerai makan. Aku pun dah terbeli 2 bijik comforter. Tetiba sorang member ni promote pes tomyam la pulak. Dan2 tu semua nak beli gak. Termasuk lah aku hehehe. Pastu diberitakan bas lambat lagi nak jalan. Aku pun panjang langkah menyambung berkongsi rezeki. Kali ni aku beli kuali pulak. Alerrr tempat lain susah nak jumpa kuali crocodile tu. Kalo ada pon mahal. Alasan.

Akhirnya, lebih kurang pukul 6pm, kami pun dapat balik. Cancel plan asal nak singgah pekan rabu sebab aritu ari jumaat hehehe. Takde lah. Tak yakin ngan bas tu. Kang elok2 boleh balik, rosak lagi bas tu, kena tido kat masjid pulak. Singgah solat dan makan kat R&R Gurun arah selatan pulak. Sampai intura semula lebih kurang kul 9pm. Huargh!!! Penat. Esok ada aktiviti lagi. Penat lagi.

Sabtu 21 Jun 2008

Seperti semalam, kul 8am bas dah jalan. Tapi hari ni ada makan. Bas jalan, aku pun seperti biasa la. Tido. Lalu Baling. Sedar2 dah sampai Pengkalan Hulu. Pekan kecik jek. Singgah membuang kat satu sekolah rendah. Kendian bas pun terus menuju ke hutan. Kali ni kami nak mengembara ke alam gua. Sampai2 je kat tapak pengumpulan balak, baca doa segala dan jalan ikut kumpulan. Aku masuk group shu sebab group aku dah terlebih. Bukan bertambah ahli, tapi group shu yang ramai kurang upaya. Stokin 2 lapis, baju tuck in untuk keselamatan. Sebelum masuk hutan, ada sekor anjing jaga. Redah kebun getah baru jumpa gua. Memula masuk gua itik. Dengar cite kena selam untuk lintas satu batang kayu. Aku dah cuak dah. Katanya kayu tu beso pemeluk. Camne aku nak selam selama itu? Rupanya ada satu area dalam gua tu airnya dalam. Jadi disediakan satu batang kayu buluh kot besar lengan jek. So kena berpaut kat kayu tu untuk merentasi air tersebut. Yang selam tu sebenarnya untuk merentasi kayu tu je. Tapi, being me yang tak geti berenang dan menyelam nih, gayat lah juga. Tengok orang buat cam senang je. Zas! Terus lepas. Aku? Kira 1, 2, 3 terus aku selam. Tapi, kenapa tak lepas2? Huaaa aku dah lemas ke??? Tetiba ada satu daya yang menolak aku ke atas. Hehehe sebenarnya aku tak boleh berfikir bila masuk dalam air. Aku pernah dengar orang yang fobia air ni, bila masuk dalam air, semua anggota badan dia akan terhenti. Cam gitu lah lebih kurang kot. Isy, sibbaik shu tolak aku, kalo tak, harus aku lemas kat situ.

Gua itik ni pendek je. Lepas je air tu tadik, dah kuar. Kuar2 je, naik atas semula untuk minum pagi. Boleh pulak kereta tu sampai situ. Yang kami ni disuruh lalu jalan susah. Nama pun kembara. Minum pun takleh banyak2. Karang nak terkucil, susah pulak.

Lepas minum, kami terus ke gua gendang pulak. Gua ni panjang. Tips nyer, kalo sesat, ikut arah air. Memang kami meredah air pun. Siap disuruh beli kasut getah seploh hengget. Di pintu gua, ada satu wasiat. Bunyiknyer lebih kurang, ’bila mati, kawan2, harta, keluarga, semua akan ditinggalkan, ke tanah juga kita akhirnya’. Alahai, dah lah nak masuk gua kan. Nak masuk tu kena turun tangga gantung. Kecik je lubang gua tu. Alah, macam tak pernah turun tangga katil double decker. Lebih kurang lah tu. Memula sekali ada lilin kat tepi2 gua tu. Samar2 la. Raba2 je la dinding gua tu. Ada yang jalan itik, ada yang merangkak. Memang tawakal je kat dalam tu. Tak tau lah kalau takleh kuar tu camne. Oh, lupa lak, setiap group ditemani seorang mat bomba. Tiba satu tempat tu, kami dibekalkan sebatang lilin. Kalo padam, jalan la dalam gelap. Time ni bomba dah tak follow dah. Pandai2 la sendiri. Ikut je arahan ketua. Sepanjang jalan tu kami lalu air. Batu pulak beso2 kat bawah kaki. Ala2 refleksiologi gitu. Betul2 lilin kami abis, kami pun sampai ke pintu gua. Fuh! Lega. Sempat la main2 air kat situ sementara tunggu group yang lain. Lepas semua selamat sampai, kami diberi 3 pilihan. Kalau terus, 30 minit. Naik bukit 1 jam, patah balik 2 jam. Kami pon pilih la yang 30 minit kan. Tapi aku rasa sebenarnya yang naik bukit tu lagi dekat la. Yang kami lalu tu, lalu kebun getah. Hongeh! Bak kata nabil. Ada satu bukit tu, ya ampunnn mengah aku mendaki nyer. Apa2 pon, enjoy! Seronok sangat dapat pengalaman masuk gua. Gelap macam gua!

Sampai semula kat tapak pengumpulan balak tadi, basuh kaki dan terus naik bas. Lapo!!! Berenti kat pekan tadi, makan kat satu restoran ni. Banyak nyer lauk dia. Lepas makan, mandi kat hotel. Alahai, semua nama tempat aku dah lupa. Hotel iskandar ke? Entah lah. Kendian, terus balik. Penat!!

Ahad 22 Jun 2008

Sambung ceramah lagi. Malam kuar ngan za, ct, jaja, ummi dan azhar gi makan ckt. Azhar tukang tunjuk jalan jek. Sedap nyerrr!!! Key’s cawangan SP.

Isnin 23 Jun 2008

Pagi diberitahu, malam persembahan bakat terpaksa dibuat malam ni sebab esok KPPA datang. Takmo kaco meeting derang. Makanya, kelam kabut la kami berlatih. Seadanya aje lah. Malam tu, lepas mempersembahkan bakat, kami pon layan karaoke. Ngeh ngeh ngeh. Aku seperti biasa la, ratu dangdut huhuhu. Habis acara kul 12pm.

Selasa 24 Jun 2008

Malam kuar ngan shu pulak, makan ckt lagi. Lepas kan gian.

Rabu 25 Jun 2008

Malam terakhir, study la, apa lagi.

Khamis 26 Jun 2008

Hari yang dinanti pun tiba. Pagi gi makmal komputer buat penilaian. Kendian ujian pun bermula. Memula objektif 40 soalan 40 minit. Kendian esei jawab 4 soalan 2 jam setengah. Insya Allah lulus lah tu. Abis test, terus makan. Oh, lupa nak cite pasal makan. Makan kat sini tersangat lah memuaskan hati. Sedap2 belaka. Rupanya kat sini derang tak pakai tender dewan makan. Semua pekerja dewan makan tu adalah staf gomen juga adanya. Jadi memang consistent la.

Lebih kurang pukul 1.15pm, kami pun bergerak balik. Apa cite AH? Oh, sangat penuh dan padat sampai ke bumbung. Keluar tol SP Selatan dan terus menuju ke bukit mertajam mencari jeruk. Hihihi sesat lah jugak. AH dah penuh, tambah jeruk lagi. Pempuan. Lepas tu singgah isi angin. Mendap. Dah isi angin baru rasa sedap sikit. Eh, dah gaji ek? Sibuk sangat berkursus, gaji pun tak ingat. Selalu pagi2 25hb dah beratur kat atm ek?

Sepanjang jalan hujan lebat. Jadi, tokleh laju2. Sakit bahu aku duduk tegak nak tengok jalan. Singgah solat dan minum kat R&R Tapah. Tambah stok lagi. Jambu batu. Hujan masih tak berenti. Jalan lagi. Berenti lagi kat jejantas sg buloh. Hujan dah reda bila tiba kl. Hantar ct ngan shu kat ilpkl kul 9pm. Kendian turunkan za kat r&r seremban. Sampai rumah tepat pukul 12am. Sekian.