Thursday, 23 June 2011

Umrah Jun 2011 : Pengenalan

Macamana aku boleh terbuka hati nak mengerjakan umrah? Bukan lah selama ni hati aku tertutup untuk itu. Cumanya, macam tak terpikir pulak. Memang ada niat nak ke sana, tapi mungkin terus buat haji je kot. Tapi, nak menunggu tahun 2028 tu kan macam zaman kanak2 mendengar tahun 2020 kekdahnya. Jadi, jawapan cliche yang boleh aku berikan ialah, dah sampai seru.

Eh, boleh tak aku straight to the point je? Malas la nak intro2 bagai. Kalau ikutkan memang banyak kisah sebelum kejadian yang nak distorikan, tapi macam malas nak mengungkit. Tentang ejen batu pahat yang hampagas, tentang kursus, tentang ketua rombongan yang erk entahlah. Betul. Aku tak nafikan. Memang tiada travel yang maksum. Tapi... haih entah lah. Sabar je lah. Citer pasal tu aku simpan untuk edisi berita biasa je la. Takyah masuk edisi jumbo nih.

Ok lah. Masa sebelum pergi, aku ingat nanti balik nak buat entry ala2 travelog. Tapi rasanya aku tak cukup idea lah nak bercerita. Tah2 ni kang aku taruk gambo ngan caption je tah. Jadi, aku mulakan cerita ni dengan kisah sehari sebelum bertolak.

Jadual penerbangan kami ialah pada hari sabtu jam 10.25 pagi. Penerbangan dari klia ke bahrain, transit +- 4 jam kemudian ke jeddah. Aku mula bercuti pada hari khamis. Kononnya nak kemas2 rumah dulu. Hari jumaat baru lah kami bertolak ke kl. Keluar rumah lebih kurang jam 11 pagi dan singgah di rnr pagoh untuk makan tengahari. Ni kira first time aku singgah rnr ni selepas direnovasi. Toilet dia cantik. Ada eskalator pulak tu. Kat situ aku makan nasi lauk asam pedas ikan patin. Mula2 makan tu sedap lah. Macam biasa, kalau makan ikan patin, aku mesti tinggalkan part perut dia dulu. Save the best for last gitu. Sekali bila aku makan part tu, mak ai... nak muntah aku rasa. Hanyir semacam je. Sayang nyerrr.

Dari rnr, kami terus ke kl. Pergi ke masjid india. Sekejap je. Selepas tak berjumpa apa yang dicari, kami pon terus ke rumah in. Sampai sana, pil ngan adik2 pun ada. Kak zela pon ada. Derang dari kontan semalam. Alahai... aku ingat tak nak la ramai2 menganto ke epot besok. Macam yoyo o sangat. Tapi, dah orang nak anto, eh, sukati lah.

Malam pukul 10 aku dah standby nak tido. Tapi, derang, biasa lah. Tengah2 malam tu lah nak masak sardin la. Nak buat bekal sandwic besok katanya. Haihhh memang tak boleh tido la jawabnya. Pagi2 buta pulak si saleh keluar gi jemput si safit kat hentian serdang. Pon nak ikut jugak. Dia balik semula pun aku sedar. Tido bangun tido bangun, last2 kul 5 pagi, aku pun bangun. Pung pang pung pang gedebuk gedebak, pukul 6.30 pagi baru kami bergerak ke klia. Derang suh datang kul 7.30 pagi. Ikut jalan putrajaya. Sampai sana, dah ramai orang dengan beg biru kuning. Tak lama tu check in dan menunggu.

Kat klia takleh log in fb sebab ia social network. Ek?




















Sebelum masuk, kami diberi taklimat sedikit. Dan berkenalan dengan ketua rombongan.


Segalanya berjalan lancar. Alhamdulillah.

p/s caption pon takde hahaha.

0 komen: