Monday 30 November 2009

Balik Kampung Raya Qurban



Aku balik kampung pada hari khamis. Konon dapat cuti awal, balik kampung pon awal lah. Tapi, serupa jek macam keje. Rabu petang tu, balik keje, aku pegi bp jap. Semata2 nak beli shokubusuk yang murah hehe.

Balik tu, somi ku lum balik pulak. Aku suka masa buat loteng aritu sebab dia akan balik awal. Takyah aku susah2 bukak pintu pagar. Ropanya dia pegi ambik adik dia kat benut.

Esoknya, kami keluar rumah sebelum tengahari. Singgah makan nasi ayam. Kendian pegi kluang. Carik kedai nak beli border. Jumpa 2 kedai. Satu kedai tu, baaanyak border, tapi takde kaler yang aku nak. Pegi satu lagi kedai, pon takde kaler yang aku nak. Tapi ada jual karpet. Singgit doposen sekaki persegi. Ok jugak. Kalo takde kat bp kang, kiter beli kat sini lah.

Dari kluang, terus balik. Oh, ada gak kedai nasi ayam haji ali tu kat kluang. Singgah sekejap kat tabung haji. Kami dah daftar untuk pegi haji. Tau biler jangkaan pergi? 2028!!! Adoiyaiii 19 tahun lagi tu. Nak pencen dah. Tapi dia kata leh merayu kalo dah cukup duit dan dah pegi kursus. Tengok lah nanti. Kot sampai seru awal, awal la aku pergi.

Pastu pegi econsave sat. Belikan susu nurin. Aku ni nama je takde anak. Tapi susu, drypers, sumer aku dah biasa beli hihihi.

Sampai semenchu lebih kurang kul erkkk lupa laks. Sebelum maghrib kot. On the way, jumpa 2 lori bawak lembu macam kat atas tuh. Terhimpit2 dia dalam lori tuh.

Malam raya, biasa2 jek. Pas maghrib, Yayu datang nak ambik tilam nurin. Datang dari at5. Rupanya abah takde kat rumah. Hahahaha konon nak seprais, sekali sendiri yang seprais. Derang raya kat umah along. Abang long tak sihat.

Pagi raya, pon biasa2 jek. Kalo tak kerana ada ketupat dan sembahyang raya, tak macam raya pon.

Pukul 11am, kami ke umah along. Pung pang pung pang,, dekat kul 4 baru balik. Hantar abah balik, kendian terus balik semenchu. Malam, lepas makan, balik at5 semula. Sibbaik sempat kejar nur kasih. Tak follow pon. Kekadang je tertengok. Tengah malam baru mak balik ngan ina n mala.

Hari sabtu, ialah hari makan2 tanpa perlu memasak hahaha. Sangat sorga. Pagi, sarap ala2 soto ayam. Sup ayam dari rumah busu temah, ketupat dari semenchu. Sebelum tengahari, mak balik rewang umah mak aji, bawak kuih muih dan mihun. Tengahari, dapat bontrot nasi ambang dari rumah mak aji. Sedap nyerrr sebab ada urap. Aku memang tak makan sayur, tapi kalo dibuat urap, pahit cemana pon aku leh telan. Pelik hah? Best nyer kalo tetiap ari cenggini. Takyah masak pon dapat makan hihihi. Mak aji buat kenduri cukur jambul anak jun. Kitorang tak tau anak dia laki ke pompuan. Tanya mak, mak cakap,

Entah ek? Mak pun lupa. Padahal aritu mak dah pegi tengok. Lelaki ke pempuan tah. Kalo tak laki, pempuan lah kot.

Hahahaha memang la kalo tak laki, mesti lah pempuan ek. Kalo 'k' mesti mak ingat punya.

Sesambil lepak2 tak perlu memasak tu, aku pon selongkar lemari mak. Dari raya aritu lagi aku dah aim bekas lilin tembaga tuh. Arwah mak punya. Daripada terbiar berhabuk dan terperosok kat dalam gerobok tu, elok ler aku bawak balik, gilap dan tayang kat rumah aku. Hehehe apa punya jiwa tah aku ni. Minat kompol barang tembaga plak.


Bekas lilin jaman dolu. Kusam jek ek? Lenkali aku letak gambar selepas digilap plak. Mengerlip wa cakap luuuu...

Ni bekas erkkk tah, lilin jugak kot? Ke cup cake? Tah. Sekarang kan banyak lilin2 macam2 saiz kan. Kira boleh la buat letak lilin aromaterapi tu kot.
Petang, lepas makan nasi ambang yang boleh dimakan tanpa perlu dimasak, aku pon melakukan aktiviti mengurut. Ni memang wajib dilakukan setiap kali balik. Abis, dah beli mahal2, tak guna, rugi lah kan? Sedang aku mengurut, tetiba takde karen pulak. Aiyok!!! Kebetulan mesin tu tengah mengepit kaki ku. Cemana nak kuarkan kaki neh??? Huaaa!!! Rileks, tarik napas. Fuh! Sibbaik pengepit tuh boleh dipicit2. Dapat lah kaki ku keluar dengan jayanya.

Kaki ku tercepit!!! Ni baru betul punyer kaki i ter squeezzzzz...

Dah kecewa tak dapat mengurut, karen pon takde, apa lagi, tido la. Kat umah ni jek aku boleh tido dalam panas2 cenggini sebab kat sini banyak angin. Panas2 pon, ada kipas semula jadi.

Bangun tido, keluar makan angin. Bukak tingkap kete, round satu at5. Cantik2 umah orang kampung aku sekarang.

Malam, aku korbankan sehati berdansa untuk pertemuan dengan kawan2 ku. Balik semenchu lebih kurang kul 11pm.

Hari ahad, kul 12pm lagi kami dah kuar. Pergi kenduri kawen, kendian terus ke jb. Memula gi johor jaya. Hampes, sumer kedai yang aku cari dah tutup. Kendian gi jusco plak. Ada border, tapi tak banyak pilihan. Dulu rasanya banyak. Time kiter nak tu lah dia takde.

Tak puas ati. Kiter try gi jusco bukit indah plak. Ingat lagi besar. Rupanya lagi kecik. Tapi, jumpa la jugak kedai2 on the way tu, walo pon takde yang berkenan. Lastly, singgah dekat2 kipmart. Kedai yang besar depan jakel tu tutup plak. Kedai lain, tak banyak pilihan. Sudahnya, balik tangan kosong. Takde la kosong bebetul. Yang dikejar tak dapat. Yang tak dikejar plak yang sangkut.




Kete wira tu terperosok bawah treler tau. Kat traffic lite hiway pasir gudang.


Penat window shopping, kiter urut kaki kat sini pulak.


Balik tu dah maghrib. Singgah lagi econsave kat kulai. Giler kah? Ada la benda yang aku nak beli. Kalo takde, tak koser ar aku nak singgah banyak2 tempat. Beli kotak storage rm9.80 dan dynamo rm19.89. Murah lah tu. Biasa rege dynamo rm25.90.

Balik lalu hiway. Singgah (berapa banyak singgah daaaa) lagi kat rnr machap. Oh, surau dia punya pintu mengadap tepat solat. Tak sehsuai. Sampai rumah dah kul 9 lebih sikit. Huh! 9 jam perjalanan untuk perjalanan yang biasanya 2 jam setengah.

Satu lagi barang antik di rumah ku. Mesin jahit singer jaman dulu. Pon arwah mak punyer. Lam adik badik, aku ngan kak uni je yang pernah guna. Pernah, biler mak guna, tak ok, tapi biler aku guna, ok plak. Pilih tuan nampak! Now dah terperosok kat sudut rumah. Asik terperosok je ek?

Salah satu daripada tapak mesin jahit nih.


Dua : Bertemu Cikgu Yang Tak Jumpa 15 - 16 Tahun

Gambar ini takde kena mengena. Just nak menunjukkan jalan masuk ke felda semenchu dah bertar baru. Dah tak berlopak2 lagi dah. Ada la sesikit melambung, tapi tak melampau. Baru lah terasa ceria bila masuk ke kampung felda paling ceria neh. Katanya azalina nak solat raya arituh. Mak2 yang tak pernah gi masjid solat hari raya ni pon berdoyon tiba la menunggu dia. Tapi, non ado pon. Dia uzur kot hehehe. Katanya dia menyinggah umah bapak angkat dia makan ketupat kot. Lantak ko lah.

Ceria tak? Harus kalo laki bini gaduh2 tengah jalan, terus berdamai biler masuk kampung ni eh? Eh? Ko cakap saper nih? Diri sendiri kah?

Opssssss jalan bertar ni bukan lah sebab ke 2 aku berasa terharu. Ada la kena mengena sikit sebab aku melalui jalan ini sebelum berasa terharu hahaha.

Semalam, sebelum balik semula ke PR, kami pergi ke kenduri kawen anak mak yah. Mak yah ni ialah jiran depan rumah pil. Kira mak tiri macam mak siti lah jugak. Beliau juga merangkap ustazah di sekolah semenchu suatu masa dahulu. Erkkk ke sampai sekarang eh? Dulu dia duk depan rumah pil nih. Tapi, selepas suami nya meninggal dunia, beliau pindah ke bandar mas. Sebab tu kot aku assume dia pindah sekolah jugak hahaha. Lupa lak nak tanya. Tak kisah lah. Encik hairul kata, kita kena pergi kenduri kawen umah dia sebab dia jadi penjamin scholar jpa dia. Relevan ker? Kalo tak jadi penjamin takyah pergi ker? Tapi, aku tak menyesal pergi sebab nasi minyak dia sedappp.

Maka, kul 12pm gitu, kami pon pergi lah ke bandar mas. Alaaa dekat je, umah dia kat belakang stadium tu.

Sampai2 je, terus salam ngan penyambut tetamu dan mak yah.

Mak tak datang ker?

Mak datang nanti. Kitorang nak balik batu pahat, tu yang datang dulu.

Ooo makan lah dulu.

Sebenarnya petang dan malam semalam lagi mil dah datang rewang. Pelik ler kalo tak datang arinih. Pastu, kami pon makan. Ada nasi minyak ngan lontong. Kami makan nasi minyak la. Lontong dah makan semalam dah.

Tengah makan, aku perati kan sekeliling, ramai nya cikgu2. Mula2,

Abang, tu cikgu samsudin eh?

A'ah.

E'eh, tu cikgu bahrom kan? Tu yang baju batik tu.

A'ah. Dia penyambut tetamu.

Tu cikgu hishamudin kan?

Ermmm.

Tiba2,

Zan!

Eh eh tu cikgu ayang la bang. Sekolah bandar mas. Cikgu norizan nama dia. Dia lah yang ajar sejarah tu. Dia lah yang gelakkan ayang naik basikal sambil makan eskrem mesia. kitorangg panggil dia undertaker. E'ehhh dah tua ek dia. Dah beruban dah. Mesti baya2 kak uni kot. Agaknya dia masih ajar kat bandar mas kot.

Sebelum balik, aku masuk rumah, tengok pelamin. Cantik. Langsir pon cantik. Pepel bunga2 english style hihihi. Tak abis2 tengok langsir umah orang.

Siap salam tuan rumah, kami pon nak balik la. Salam lagi ngan penyambut tetamu.

Kamu kenal saya tak?

Erkkk cikgu erkkk...

Dari tadi saya fikir, saper ke nama kamu. Muka perasan la, tapi nama tak ingat.

Ermmm cikgu zaleha eh? (cikgu mana ni eh? bandar mas ke semenchu eh? aiyokkkk lupa lorrr)

Ye lahhh kan saya yang ajar kamu.

Hehehe. Cikgu masih ajar kat situ ker? (soalan selamat, tak sebut nama sekolah hahahaha)

Ye lah... saya kat situ dari sekolah tu dibuka sampai sekarang. Sejak zaman rahayu daud, kamu kenal?

Erkkk (komfem sekolah semenchu nih hihihi)

Alaaa yang doktor tuh...

Erkkk ooo (Bukan rahayu yusof ker? Kakak faizal yusof blok 19 tuh? Ye kan je lah hahaha)

Bla bla bla...

Gitu lah lebih kurang perbualan singkat aku ngan cikgu zaleha. Encik hairul pulak, sempat berbasa basi ngan cikgu bahrom. Ada cikgu hazli dan cikgu azmi (apa ke nama bapak dia yang adik kepada cikgu pempuan yang kecik2 tuh).

Dah balik, aku pon rewind otak laju2. Alamakkk cikgu zaleha tu lah cikgu sains masa form 3. Adoiii cemana bleh lupa nih ek? Siap aku bayangkan sekolah bandar mas lagi.

Cikgu zaleha la yang pisahkan tempat duduk abang ngan kering dulu. Dia cakap,

Kamu dua ni asik main jek.

Nah kau! Sorang duk hujung sana, sorang duk hujung sini hikhikhik. Agaknya masa kitorang makan nasi minyak tu dia dok perati je, macam kenal jek budak berdua nih hehe.

Adehhh terharu plak aku rasa. Malu pon iyer sebab sepatutnya aku la yang kenal cikgu eh? Ni cikgu plak yang kenal aku. Isy isy isy tak patut betol. Nampaknya, cuti kali ni, aku betul2 kembali ke zaman dulu. Aku kan suka nostalgia. Manyak syiok ooo...


Satu : Berjumpa Kawan Yang Tak Jumpa 18 Tahun

Sebelum balik bercuti arituh, aku dah janji2 nak dating ngan kawan aku sorang nih. Mak aiii 18 tahun sudah aku tak jumpa dia. Last sekali aku rasa ialah pada hari terakhir sekolah rendah bersamaan dengan hari pengumuman result upsr. Tak ke lama tu namanya? Lepas tuh, dia masuk asrama felda dan terus tak pernah jumpa. Nak kata bertembung kat gerai ke pasar lambak ke, pon tak pernah. Padahal, elok je dia dok kat mesia nih. Lain la kalo dia gi obersi ke kan?

Jadi, terlanjur dia pon balik kampung kali ni, aku pon mengambil kesempatan untuk berjumpa dengan beliau. Kalo tak dipecahkan ruyung, mana nak dapat sagu nyer kan? Kalo bukan aku yang make a move, sampai bebila la tak jumpa. Pastu, rasa macam tak best ar kalo berdua2an je. Aku pun ajak ler kengkawan yang lain. Tapi ramai yang tak reply. Takper la.

Tu yang baju dan tudung biru tu lah yang aku tak jumpa 18 tahun tuh. Yang baju itam tu dekat ngan umah aku jek. Tu pon last jumpa masa aku kawin. Baru2 ni dia kawin, tapi aku pon tak tau huahuahua.

Mamat baju biru tu pon aku tak jumpa dekat 18 tahun gak. Tapi, macam pernah nampak kot zaman2 sekolah menengah. Yang baju merah tu dulu keje kat bp. Pernah duk sekali ngan suami ku kat umah bukit perdana tu sebelum kami kawen. Now dah keje kat majlis jb tengah kot. Classmate jugak masa form 3. So, mudah lah suami ku masuk dalam ini pelem hehe.

Lebih kurang jam 10.30pm, kami pon beransur pulang sebab mek sorang tu sibuk laaa mak dia suh balik. Nampak gaya macam preggy, tapi aku tanya, dia kata tak. Pregnant pon nak rahsia2 ker ek?

Pasnih, kiter gathering kengkawan sekolah menengah plak ek? Musti ramai lagi meriah.

Naim Naufal Budak Bulat














Sunday 29 November 2009

2 Perkara Pada Cuti Hari Raya Qurban Yang Bikin Hatiku Terharu

Gazet.



Wednesday 25 November 2009

Loteng, Attic : Pengganti Bilik Ke-4 (Siri 9)

Akhirnya, aku pasrah dengan warna kemerah2an nih. Takper, bulan depan kiter cuba varnish semula. Membazir? Takpe lah. Duit boleh cari. Cewahhh. Macam banyak duhit jek bunyiknya. Daripada aku sakit ati dan mogok takmo masuk bilik ni kang, baik aku buat sampai aku puas ati. Oh, aku tak suruh wakjoe varnish semula sebab dah commissioning pon heheh. Cukup lah dia tau aku ni cerewet dan banyak komplen hihihi. Part ni biar aku buat sendiri. Eh, bukan aku yang buat. Encik hairul la hihi. Bayar nak murah ek?

Hari terakhir, dia touch up dan abiskan memvarnish. Kendian dia buatkan stor kecik kat bawah tangga nih.

Ok lah jugak. ada jugak tempat aku menyumbat barang2 jahit aku. Sebelum ni ada kabinet dapur yang besar jugak kat situ. Kira ganti tempat duduk la. Kabinet tu aku nak letak luar rumah kot. Buat simpan perkakas2 gardening (macam ada laman jek). Tak pon, kiter jual kat rengit pon ok gak kot huhuhu. Saper pulak nak mengangkutnya. Ikutkan ati memang nak bawak balik kampung jek. Pa'kal ko besar. 2x5 kaki tu.

Tapi, kelakar je dia buat selak gitu. Siap tombol lagik hihi. Kang aku nak cari lock yang macam kat kabinet tv aku nih. Senang kiter tolak jek, dia terus tertutup. Wakjoe yang suruh sebenonya. Dia pon tau selak tu ala2 jek kot.

Ni dah nampak dah, memang colornya merah. Tak abis lagik pasal merah tu huhuhu. Dah puas dah menangis dalam hati. Ko menangis air mata darah sekali pon, kaler tu takkan jadi brown punyer. Ye lah ye lah. Anggap je lah ko berada di jaman dolu. Kenapa ko menangis di sini? Pergi ko menangis di sana. Muka tak tahu malu blablabla...

Siling pon dah pasang. Tapi dia cat putih undercoat jek. Nampak comot pulak. Kang aku cat corak awan pulak hihi. Takde la. Cat putih je lah kan. Banyak lagi nak buat eh?

Ok tak? Cakap ok cepat! Kang aku nangis kang.

Comotnya dinding aku! Rasa macam nak jual je rumah ni. Boleh? Hahaha baru comot2 sikit dah nak jual ek. Sebenarnya satu rumah aku tengah berhabuk waktu nih. Tak tau nak mula kemas dari mana. Last2 aku mulakan dengan mengelap gril dan tingkap 2 daun di dapur. Boleh? Sejam tau aku buat kerja tu jek. Ari ahad lepas baru settle kemas seperti sedia kala. Kecuali bilik tu je belum kemas sebab lom cat. Tapi, semalam dah siap dah cat sumer, kecuali lom pasang border. Katner nak beli border ek? Aku dah tengok kat website lamex, tapi tak berapa nak cantik sangat la pulak. Ada yang cantik, tapi kecik sket. Aku nak yang 7 inci punyer. Saper owang jb, plizzz help me!!! Esok aku nak balik kampung, kot boleh cari kat jb ker...

Selain itu, berlaku jugak kemusnahan kepada langsir baru ku. Huaaaaaa nak nangis. Eh, aku nangis betul ok. Siap mengongoi2 lagik. Tengok la tu, comot kena varnish. Baru pakai 3 bulan ler... Adoiiiiii!!!

Banyak jugak tau. 2-3 tompok. Eh, banyak ker 2-3 tuh? Ah, kira banyak la tu. Kalo setitik tu baru kira sikit. Terus petang tu jugak encik hairul gi kedai beli tinner hahahaha. Sibbaik boleh hilang. Tapi, reput tak nanti?

Esok, tu encik hairul terus bayar abis kat wakjoe. Masaelah lagi. Dia cuma bagitau kos jek. Dan dia suh kitorang yang decide nak kasik upah berapa. Boleh? Mana boleh lorrr. Mana la aku tau nak kira cemana. Patut dia lah yang bagitau, ek? Eeeeee musykilhe betul la. Last2, selepas di tolak campur dengan damage2 sampingan yang ada, sama2 mintak halal lebih kurang, selesai lah fasa pembuatan loteng di rumah ku. Kira tercapai lah impian dia untuk membuat projek ni dalam tahun ini. Tahun depan, dah takde mende dah nak buat kot. Duduk je lah situ elok2. Tapi, aku macam nak buat decal kat kabinet dapur ku jek? Ermmm...



Loteng, Attic : Pengganti Bilik Ke-4 (Siri 8)

Puas sudah aku berduka semalaman. Esoknya balik keje, tengok2 dia tengah varnish. Apa jadi dengan penutup putih tuh? Tiada lagi! Dia dah bukak balik, potong, terbalikkan, dan pasang kat bawah setiap step. Maknanya, kita boleh nampak steps tu la. Tak lah sia2 aku buat steps tu pakai papan 2 inci tu kan hahaha. Nak jugak tunjuk tuh.

Masa dia tengah varnish, aku dah gembira sebab color nya sama ngan jenang pintu. Memang aku mintak color yang sedondon ngan furnitures aku yang serba dark brown tuh.

Ada 2 keping je plywood yang dia tak terbalikkan. Satu kat bawah, dan satu lagi kat atas. Tak tau kenapa. Dah tak kuasa nak tanya.

Macam sama, kan, color nya? Tapi, tu masa basah. Biler dah kering, dia jadik color kemerah2an pulak. Aiyok? Sama la macam rumah taman wira tu ek? Musykil nih.

Mula2 macam ok.

Kalau color cenggini, memang aku puas ati sangat.

Tapi tidak begitu. Ilusi belaka.

Merah pulak? Mengikut teori encik hairul, kadar serapan kayu berbeza2. Itu menyebabkan ada bahagian yang gelap, ada yang cerah. Dan kelihatan bercapuk2. Jadi, kiter kena varnish lagi selapis untuk mendapatkan warna yang dikehendaki. Tapi, memandangkan color ni tak dikehendaki, boleh ke aku varnish terus dengan color yang aku nak tu ek? Kerrr kena gosok balik dan tukar color terus? Tah.

Masa form 1 dulu pernah la buat kerja kayu masa kemahiran hidup kan. Tapi, masa tu kiter syelek, kendian baru varnish. Kalau ikut pelajaran dulu, syelek tu lah yang menentukan warna. Varnish tu pulak just untuk mengilatkan jek. Now, aku dah kompius, apa yang aku belajar dulu ek? Kalo tak salah aku, dulu aku syelek beberapa lapisan. Syelek ni macam minyak gitu. Siap takleh syelek waktu cuaca hujan lagik. Last sekali, dah puas ati dengan color tu, baru kiter varnish. Haihhh mana yang betul nih?

p/s ok lahhh aku update sekali 2 ari ni la. petang ni eh. esok aku dah cuti raya. tapi yang siap cat sumer lepas raya lah ek...