Wednesday, 4 November 2009

Pengalaman Masuk Menara Gading Part 5

Dataran Merdeka

Minggu2 awal di itm, kami sibuk memilih ko (ko-kurikulum). Oleh kerana kawan2 terawal yang aku kenal di situ nak masuk pbsm, aku pon join la sekali. Ropanya bukan boleh terus masuk. Ada audition dulu. Bukan audition la, apa ek? Sesi pemilihan la. So, pada sattu petang, aku pon pergi la ke padang untuk pemilihan tu. Ingat kena interview ke haper. Ropanya dia suh lari. Tah, berapa pusingan tah. Seminggu kemudian baru dia tampal nama yang layak. Tapi nama aku takde lor hoho. Aku tak layak huuuuuu. Sedih jek. Yang sedihnya sebab takut takde kawan sama2 pergi ko.

Jadi, untuk jalan selamat, aku masuk je la kesatria. Memang ramai yang masuk 'kesat' nih. Ropanya ramai juga kengkawan secourse yang masuk ko nih, termasuk la kering. Tapi, memula tu pon kena lari jugak. Bukan lari satu padang lagi. Dah kena lari satu itm dah. Eh, takde lah satu itm. Pusing ikut perindu, delima dan masuk balik padang kawad je. Ingat lagi, masa tu lah aku berjanji ngan kering nak pergi dating kat kl esoknya hihi. Eh, bukan aku dating ngan dia. Dia teman kan aku sampai kl dan aku dating ngan encik hairul la hehehe. Kata tak pernah pergi kl kannn.

Oh, cemana aku boleh berjanji2 dating pulak ek? Bukan ke dulu takde telefon? Haaa sonang bai tu. Kitorang dah plan e'awal hihi. Encik hairul akan call kak zila dan bagi alamat dia dan aku akan call kak zila juga untuk ambik alamat itu huhuhu. Ok tak? Ingat lagi, berapa kali aku suh dia ulang sebut nama tempat tu, celcon apartment? Pelik nyer nama tempat tuh. Makanya, dari situ lah kami berkomunikasi semula. Surat pertama dah ajak dating eh?

Dating pertama di kl adalah pada hari ulang tahun keputeraan spb ydp agong 1997. Sabtu pertama bulan jun kan? Tapi, pada hari itu juga lah aku dipaksa pergi menonton perarakan panji2 agong di stadium merdeka ke nasional tah. Komander kesatria tu lah yang suh pergi. So, pagi tu aku pergi panji2 agong dulu, balik dalam kul 10-11 gitu, dan terus keluar lagi ke kl ngan kering. Dah jumpa kekasih, (haha apa punyer skema laaa) siap janji ngan kering, pukul baper nak jumpa balik kat bus stand klang tuh. Hahaha gi dating pon siap bodyguard.


Petang nyer, balik tu, encik hairul ikut sekali sampai ke shah alam. Pastu dia turun kat seksyen 2 dengan kering. Kering duk kolej jati. Masa tu lah baru perasan yang wallet beliau sudah hilang. Ah! Panik! Dah la masa tu aku dalam bas sebab nak balik seroja terus. Nampak pulak derang bermuka panik. Macam nak terjun bas jek. Ropanya orang jahat ni kenal eh orang yang baru sampai kl. Mudah terpedaya. Suspek kami ialah sorang mamat yang ada mintak duit rm2 kat bus stand klang. Licik.

Dugaan lagi. Kesian sangat time tu. Dah la memang tak berduit, hilang pulak ic segala, lagi la susah kan? Kalau tak salah, kering yang kasik dia duit masa nak balik tu. Kering ni memang superman la hahahahahahahahahahaha (adoi, sakit perut aku gelak sendiri). Kering, sila nyanyi lagu lucky laki yang tajuknya superman tu okeh? Masa aku hilang purse time part 5 pon dia jadi penyelamat dunia. Bawak aku pergi ambik gambo, buat ic segala. Terima kasih kering! Biler tah nak kawen mamat tu. Aku hilang purse tu dulu betul2 sehari selepas pengumuman gambar ic dah boleh guna gambar berwarna. Terkejut aku biler pergi kedai gambar, orang tu suh ambik gambar color. Ingat dia main2. Eh, aku ni takde kawan lain kah? Ada memang la ada, tapi kawan susah senang sukar dicari. Cewah! Apasal aku nak jack si kering ni lelebih lak ek? Ok la tu. Leh naik sket saham dia. Biler tah nak kawin mamat tu. Duit banyak2 buat apa tah?

Ni bukan gambar deting pertama tu. Tapi masa ni encik hairul bawak kawan dia, tukang ambik gambar nih.

Apa sumbangan aku kepada encik hairul waktu itu? Aku lagi lah pokai tahap gaban. Hidup bergantung kepada ihsan kerajaan. Sibbaik la itm tu institut tolong melayu kan. Makan minum dah takyah pikir. Sepanjang belajar kat sana, bukannya aku beruwang sangat pon. Masa part 3 baru aku dapat loan ypj. Tu pon rm500 je satu semester. Umpama rm100 sebulan je lah. Hidup jugak aku. Tu yang aku sayang ngan uitm tu. Uitm dihatiku.

Haihhh banyak sangat susah payah sebelum berada di tempat sekarang. Huuuuuu sedey.

Selepas kejadian hilang wallet itu, aku sangat berhati2. Sampai sekarang, aku menjadi paranoid. Semua orang adalah orang jahat hahaha.

Salah satu kebaikan kami belajar berasingan ialah, kami dapat tau banyak tempat di shah alam dan kl. Jangan tak tau, kami antara yang terbaik dalam selok belok jalan di kl okeh... Cuba cakap, celah mana yang kami tak pernah pergi? Cehhh... Orang kl pon kadang tak tau jalan kan? Sebab tu aku berani pergi ke mana2 berpandukan alamat sahaja.

Ada sambungan lagi ker? Tak tau lagi...



0 komen: