Biler dengar citer anak2 orang ambik result upsr semalam, baru aku perasan yang results upsr, pmr dan spm aku, rupanya serba kurang 1. Time upsr ngan pmr, dapat 1B. Ehhh aku tak dapat 9A ler masa spm. Pandai sangat tu. Aku pun tak letak kajuk tu kurang 1 A kan? Lagi pon, zaman aku masih lagi guna aggregat. Tak ambik kisah sangat berapa A, janji aggregat bawah 10, dah kira baik dah. Targetnya dulu, nak dapat aggregat 6. Aku la target cenggitu. Yang pandai2 tu memang target 10 A1 lah kan. Kalau A2 tu dah rasa macam B jek, dah tak best.
Teringat pulak (mula la tu nak nostalgia hihi), aku pernah termeleleh air mata depan cikgu prinsip akaun sebab dapat A2 dalam trial exam yang terakhir. Terleleh tu time cikgu tengah tunjukkan aku apa yang aku salah tu. Careless mistake. Huuuuuu sebenarnya aku menangis sebab malu uuuuuuuuuu. Tah, aku rasa malu pulak sebab selalu kawan2 rujuk aku biler nak tengok jawapan. Ala, kan salu kalo jawapan kiter salah, kiter akan tengok jawapan kawan yang betul kan? Tapi, pada waktu tu, jawapan aku banyak salah. Tu yang malu tu kot. Kira macam tercabar keegoan ke gitu lah hahaha. Tah pape ek perangai? Mujur aku tak lemah semangat hehehe. Citer ni dalam subjek prinsip akaun je lah. Lelain subjek aku adalah lemah, lebih2 lagi kimia. Tak soker kimia!!!
Oh, berbalik kepada citer upsr tadi. Aku cuma nak menyatakan bahawa, bagi aku, kalo setakat upsr tak dapat 5A tu, takyah lah mak2 sekalian down sampai nak berenti kerja. Kot lah ada yang rasa tak banyak masa bersama anak tu yang menyebabkan anak beliau tak dapat 5A, terus nak resign esok. Jauh lagi perjalanan anak tu. Sekolah pon baru separuh jalan. Sempat lagi nak baiki time pmr dan spm nanti. Upsr bukan penentu segala. Lain lah kalo tak dapat 5A takleh naik form 1, haaaa kalo cenggitu memang kena meraung2 ar kan.
Haaaa teringat pulak nak citer pasal student aku. Aritu, aku nampak derang pulun wat assignment matematik. Tajuk matrik. Aku cakap la, senang je kan matrik ni. Dah belajar masa form 4 kan. Lagi pon, baru je 2 tahun tinggal, takkan dah lupa terus kot. Derang cakap, dulu memang dah diajar, tapi kami tak belajar. Balik sekolah, campak beg kat situ, esok, pegi sekolah, ambik balik beg kat situ jugak. Ambik spm janji boleh je. Lagi pon, dulu tak lulus pon naik tingkatan jugak.
Gitu ek? Kiranya lambat la derang ni sedar ek? Time sekolah, taunya mainnn je. Mana ingat dah besar nanti kena cari kerja untuk meneruskan kemaslahatan hidup. Eh, kemaslahatan tu apa ek?
Ni ada satu isu perkauman sket. Ada member aku citer, semalam kan spm paper sejarah kan? Ok, tak tau kan? Aku pon tak tau dan tak ambik tau. Biler dia citer baru aku tau. Isunya ialah, ada satu sekolah ni kan, seramai errr berapa ek? Puluh2 orang gak lah budak ca ya alif nun sekolah tu tak datang ambik exam sejarah tau. Sebabnya, derang tak percaya pada fakta sejarah yang mengatakan mereka adalah pendatang di tanah malaya ini. Kira boikot ar. Unbelievable, kan? Abis, kalo bukan pendatang, korang ngaku la yang korang datang dari hutan ulu banat macam kitorang nih? Kerr kuar dari perut bumi kat lombong bjih plak? Isy, geram pulak aku. Kesian la pihak sekolah kena menjawab pulak ngan ppd sok tu. Ye lah, itu pun isu derang berkaitan hak keistimewaan orang melayu vs taraf kewarganegaraan derang kannn. Apa ke namanya tu??? Alaaa lupa pulak.
Friday, 20 November 2009
Kurang 1
Hasil karya AyunasiA pada 4:22 pm
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 komen:
Ada gak pendangan cha ya hun alip cam tu ek? caman nak 1 malaysia ni..tak sedar2 sejarah bangsa sendiri???
well..bercerita mengenai result nih...mak bapak skrg bukan mcm dedolu...dolu...aku A sparuh pon bapak aku x kisah...
Bila cikgu2 umumkan nama 4A, kemudian 5A..(aku kat tingkat 1..memerhatikan gelagat ibu bapa)..bila habih dah nama sume sebut,nama anak dia x naik...mak tu pon...pusing...jalan keluar skolah...dan aku tgk dia mengesat air mata yg bercucuran....mungkin dia mengharap anak no 2 nih sama cam anak no 1 dia yg dpt 5A's thn lepas....Entahlah...susah nak merungkai...Anak Guru Penolong Kanan pon dapat 2A je...nak sedih pon x bleh...nak suka pon cam suka gak Hahahahah!!! jahat kan....abih tu...asyik nak wat jahat jek kat aku sapa suruh???? (yana)
salwa: hi! sy pon terkejut dgr cerita tu. x sangka sekolah2 lg dah cenggitu. saper yg cucuk tah...
yana: eh, kalo ko xnk login time komen kt sini, ko tulis la nama ko kat Name/URL tuh jer, xde la kuar anonymous je manjang hiks.
zaman sekarang, sumer menaruh hrpn tinggi pd anak2. sikit pon xmo kasik can anak merasa mcm mak dia huhahuha. nanti biler dia baya2 kiter, dah takde dah istilah, 'seronok ek, masa sekolah tadika dulu, kiter asik mainnn je, makannn jek', macam kita.
Post a Comment