Tak tau lah aku ni mengikut ajaran mana. Tapi, aku memang susah nak bagi jawapan direct kepada student. Terutama sekali kalo perkara tu baru jek aku bagitau sat tadi atau semalam.
Contohnya, aku dah cakap banyak kali, output bagi gate OR tu akan 1 asalkan salah satu inputnya 1. Tak kisahlah berapa banyak pon input tu 0, asal ada satu je 1, dia akan keluar 1. Sama jugak ngan gate AND. Asalkan salah satu inputnya 0, outputnya akan 0. Bukan sekali tau aku ulang benda ni. Tapi derang stilllllll jugak tak ingat. Masih lagi tanya. Geram tak? Korang yang bukan cikgu maybe tak rasa kot. Tapi korang tetap cikgu kepada anak2 korang. Sesekali tu geram jugak kalau anak asyik tanya benda yang sama je, kan? Biarkan dia berfikir sikit.
Selalunya aku akan bagi jawapan menyoal balik atau suh derang bukak balik nota. Sebab aku tau dan yakin betul yang aku dah bagitau dia sebelum tu, cuma dia yang tak ingat. Bukan setakat tu, nota yang aku suh salin pon derang tak salin. Pastu sibuk mintak kertas penerangan yang dah sedia ada. Aku dah bagitau, saya baca kertas penerangan tu pon tak paham, sebab tu saya tulis kat white board ni. Tapi memang betul, aku tak paham. Lepas bukak buku Tocci tu baru aku paham. Camno?
Aku nak bebudak ni tau bahawa, bukan senang nak senang. Kalau aku bagi jawapan terus, sama lah jugak dengan mereka meniru dalam exam. Main salin je jawapan orang. Sendiri pon tak tau apa yang ditulis. Pulak tu, kalau aku bagi jawapan sekali lagi, belum tentu dia ingat lagi besoknya. Tapi, kalo aku suh dia bukak balik buku, cari sendiri, insya Allah dia akan ingat sampai bila2. Tah betul ke tidak ek kekdah nih?
Dan, biler terjadi sedemikian rupa di pagi jumaat yang mulia cenggini, tak kira lah hari apa pon, aku rasa nak nak jadi hulk je. Grrrrrrrrrrr... Pastu dia menjawab pulak, takkan tanya pon tak boleh? Aku pon mula la kepala hangin aku. Ambik kooo. Ingat ni sekolah rendah ke haper? Garang eh?
Friday, 20 November 2009
Kepala Angin!!!
Hasil karya AyunasiA pada 12:00 pm
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 komen:
Cikgu, baper nilai perintang ni?
Ntah....saya tak tau la. Dalam buku ada kot. Cari aa sndri.
Tak nmpk la kaler dia. Kecik sgt.
Sy pun tak nmpk. Sy kan rabun.
Hehehe...tak kuasa nk layan pe'el bebdk yg tau nk sng je ni...
set2 tu gak la yang masuk @dtec ni kot huhuhu.
bila dilayan mcm budak sekolah, ckp, kami kan student diploma... tapi bab belajar macam budak sekolah. sikit2 'payung la puan'. w%&(*&(*()(*#$%$^#
Post a Comment