Aku balik kampung pada hari khamis. Konon dapat cuti awal, balik kampung pon awal lah. Tapi, serupa jek macam keje. Rabu petang tu, balik keje, aku pegi bp jap. Semata2 nak beli shokubusuk yang murah hehe.
Balik tu, somi ku lum balik pulak. Aku suka masa buat loteng aritu sebab dia akan balik awal. Takyah aku susah2 bukak pintu pagar. Ropanya dia pegi ambik adik dia kat benut.
Esoknya, kami keluar rumah sebelum tengahari. Singgah makan nasi ayam. Kendian pegi kluang. Carik kedai nak beli border. Jumpa 2 kedai. Satu kedai tu, baaanyak border, tapi takde kaler yang aku nak. Pegi satu lagi kedai, pon takde kaler yang aku nak. Tapi ada jual karpet. Singgit doposen sekaki persegi. Ok jugak. Kalo takde kat bp kang, kiter beli kat sini lah.
Dari kluang, terus balik. Oh, ada gak kedai nasi ayam haji ali tu kat kluang. Singgah sekejap kat tabung haji. Kami dah daftar untuk pegi haji. Tau biler jangkaan pergi? 2028!!! Adoiyaiii 19 tahun lagi tu. Nak pencen dah. Tapi dia kata leh merayu kalo dah cukup duit dan dah pegi kursus. Tengok lah nanti. Kot sampai seru awal, awal la aku pergi.
Pastu pegi econsave sat. Belikan susu nurin. Aku ni nama je takde anak. Tapi susu, drypers, sumer aku dah biasa beli hihihi.
Sampai semenchu lebih kurang kul erkkk lupa laks. Sebelum maghrib kot. On the way, jumpa 2 lori bawak lembu macam kat atas tuh. Terhimpit2 dia dalam lori tuh.
Malam raya, biasa2 jek. Pas maghrib, Yayu datang nak ambik tilam nurin. Datang dari at5. Rupanya abah takde kat rumah. Hahahaha konon nak seprais, sekali sendiri yang seprais. Derang raya kat umah along. Abang long tak sihat.
Pagi raya, pon biasa2 jek. Kalo tak kerana ada ketupat dan sembahyang raya, tak macam raya pon.
Pukul 11am, kami ke umah along. Pung pang pung pang,, dekat kul 4 baru balik. Hantar abah balik, kendian terus balik semenchu. Malam, lepas makan, balik at5 semula. Sibbaik sempat kejar nur kasih. Tak follow pon. Kekadang je tertengok. Tengah malam baru mak balik ngan ina n mala.
Hari sabtu, ialah hari makan2 tanpa perlu memasak hahaha. Sangat sorga. Pagi, sarap ala2 soto ayam. Sup ayam dari rumah busu temah, ketupat dari semenchu. Sebelum tengahari, mak balik rewang umah mak aji, bawak kuih muih dan mihun. Tengahari, dapat bontrot nasi ambang dari rumah mak aji. Sedap nyerrr sebab ada urap. Aku memang tak makan sayur, tapi kalo dibuat urap, pahit cemana pon aku leh telan. Pelik hah? Best nyer kalo tetiap ari cenggini. Takyah masak pon dapat makan hihihi. Mak aji buat kenduri cukur jambul anak jun. Kitorang tak tau anak dia laki ke pompuan. Tanya mak, mak cakap,
Entah ek? Mak pun lupa. Padahal aritu mak dah pegi tengok. Lelaki ke pempuan tah. Kalo tak laki, pempuan lah kot.
Hahahaha memang la kalo tak laki, mesti lah pempuan ek. Kalo 'k' mesti mak ingat punya.
Sesambil lepak2 tak perlu memasak tu, aku pon selongkar lemari mak. Dari raya aritu lagi aku dah aim bekas lilin tembaga tuh. Arwah mak punya. Daripada terbiar berhabuk dan terperosok kat dalam gerobok tu, elok ler aku bawak balik, gilap dan tayang kat rumah aku. Hehehe apa punya jiwa tah aku ni. Minat kompol barang tembaga plak.
Bekas lilin jaman dolu. Kusam jek ek? Lenkali aku letak gambar selepas digilap plak. Mengerlip wa cakap luuuu...
Ni bekas erkkk tah, lilin jugak kot? Ke cup cake? Tah. Sekarang kan banyak lilin2 macam2 saiz kan. Kira boleh la buat letak lilin aromaterapi tu kot.
Petang, lepas makan nasi ambang yang boleh dimakan tanpa perlu dimasak, aku pon melakukan aktiviti mengurut. Ni memang wajib dilakukan setiap kali balik. Abis, dah beli mahal2, tak guna, rugi lah kan? Sedang aku mengurut, tetiba takde karen pulak. Aiyok!!! Kebetulan mesin tu tengah mengepit kaki ku. Cemana nak kuarkan kaki neh??? Huaaa!!! Rileks, tarik napas. Fuh! Sibbaik pengepit tuh boleh dipicit2. Dapat lah kaki ku keluar dengan jayanya.
Dah kecewa tak dapat mengurut, karen pon takde, apa lagi, tido la. Kat umah ni jek aku boleh tido dalam panas2 cenggini sebab kat sini banyak angin. Panas2 pon, ada kipas semula jadi.
Bangun tido, keluar makan angin. Bukak tingkap kete, round satu at5. Cantik2 umah orang kampung aku sekarang.
Malam, aku korbankan sehati berdansa untuk pertemuan dengan kawan2 ku. Balik semenchu lebih kurang kul 11pm.
Hari ahad, kul 12pm lagi kami dah kuar. Pergi kenduri kawen, kendian terus ke jb. Memula gi johor jaya. Hampes, sumer kedai yang aku cari dah tutup. Kendian gi jusco plak. Ada border, tapi tak banyak pilihan. Dulu rasanya banyak. Time kiter nak tu lah dia takde.
Tak puas ati. Kiter try gi jusco bukit indah plak. Ingat lagi besar. Rupanya lagi kecik. Tapi, jumpa la jugak kedai2 on the way tu, walo pon takde yang berkenan. Lastly, singgah dekat2 kipmart. Kedai yang besar depan jakel tu tutup plak. Kedai lain, tak banyak pilihan. Sudahnya, balik tangan kosong. Takde la kosong bebetul. Yang dikejar tak dapat. Yang tak dikejar plak yang sangkut.
Balik tu dah maghrib. Singgah lagi econsave kat kulai. Giler kah? Ada la benda yang aku nak beli. Kalo takde, tak koser ar aku nak singgah banyak2 tempat. Beli kotak storage rm9.80 dan dynamo rm19.89. Murah lah tu. Biasa rege dynamo rm25.90.
Balik lalu hiway. Singgah (berapa banyak singgah daaaa) lagi kat rnr machap. Oh, surau dia punya pintu mengadap tepat solat. Tak sehsuai. Sampai rumah dah kul 9 lebih sikit. Huh! 9 jam perjalanan untuk perjalanan yang biasanya 2 jam setengah.
0 komen:
Post a Comment