Tuesday, 28 June 2011

Umrah Jun 2011 : Umrah Wajib

Seterusnya, pada hari selasa 7 jun, kami pun bertolak ke Makkah. Pagi tu kami disuruh melakukan ziarah wida' dan check out jam 2 petang kot. Bab masa tu aku tak berapa ingat. Oh, aku pun tak tau kenapa. Sepanjang berada di sana, aku mengalami sindrom short-term memory. Kadang2 benda yang baru beberapa saat aku buat pun aku boleh lupa. Banyak kali lah juga. Sampai balik barulah ok.

Sampai di zulhulaifah, kami berhenti untuk solat sunat ihram dan berniat ihram di masjid bir ali. Orang lelaki menukar pakaian ihram di sini.


Di hadapan masjid bir ali.


Pintu masuk ke masjid ini.

Tak tau lah ni gambo apa. Pemandangan di kira kanan jalan kot. Layan kan je lah.





Selepas tido bangun tido bangun beberapa kali, kami pun sampai di tempat makan. Entah kat mana tah. Ala2 rnr gitu. Waktu maghrib.

Kami makan berlima (3 lelaki 2 pempuan)

Sedap jugak. Walau pun kering nak tercekik.

Licin! Tak elok membazir katanya.


Lalu di hadapan masjid tanaim.


Ada sederet kedai mesin jahit hihi.


Dah nampak menara zamzam dari kejauhan. Dah dekat agaknya ni. Suspen.

Kami diturunkan di hotel penginapan. Masijdilharam masih belum kelihatan. Rombongan kami yang asalnya 54 orang berpecah dua. Kami termasuk dalam kumpulan 14 orang. Kalau dalam website atau risalah andalusia, hotel kami masuk kategori 'atau setaraf' la. Group yang 40 orang duduk di r0yal sultan yang katanya lebih dekat dan selesa. Takpe lah. Bukan tak biasa duduk hotel tak berbintang2 ni.

Kami sampai jam 10.15 malam dan diminta turun semula jam 11.15 untuk melakukan umrah pertama kami. Tepat jam 11.15 malam, kami pun berjalan menuju ke baitullah. Jalan menuruni bukit. Jarak ke masjid lebih kurang jarak safa marwah la. Tapi bukit nya tidak lah curam. Balik pun tak terasa sangat mendakinya.

Masuk ikut pintu king abdul aziz dan terus menuju ke dataran kaabah. Seperti orang lain, aku pun suspen jugak kot2 tak nampak kaabah hahaha. Tapi tidak. Terus nampak depan mata. Dan kami disuruh melakukan sujud syukur. Seterusnya ustaz pun memimpin kami melakukan tawaf dan seterusnya saie. Di antara tu kami berdoa dan solat sunat tawaf. Secara peribadi, aku rasa tawaf lebih mudah dan cepat berbanding saie. Lagi pun jarak untuk tawaf boleh berubah2. Kot tak ramai orang, radius pendek, 20 minit dah selesai. Kot ramai orang, sejam pun tak sudah2. Tapi saie, ramai tak ramai, itu lah jaraknya. Jauh ke tidak? Saujana mata memandang la jugak. Apa tak saujana nya. Dekat ngan marwah tu ada flyover. So, tak nampak lah kedua2 bukit ni antara satu sama lain. Agak2 5 minit ar jaraknya. Dekat je hehe.

Ni selepas selesai umrah wajib kami.

Geng encik hairul di sana. Lelaki 3 orang jek.


Jom balik...

Lelaki2 bersama mutawwif kami, ustaz rifa'i.

Selesai ni lebih kurang pukul 2 pagi. Kami terus balik hotel. Ada yang nak stay sampai subuh.


Sampai hotel, nampak kedai kebab. Terus beli kebab sorang satu. Ada orang belanja.


Dah. Abis begitu saja hehe. Takde idea la nak cite.

Next, ziarah makkah dan umrah2 sunat.

0 komen: