Test kali kedua
Minggu depannya, aku datang lagi. Pon sama kekdahnya, datang ari khamis untuk training. Cuma bezanya, kali ni dr mahathir dah tak datang lagi dah hehe. Apa ke hey dia nak datang situ tetiap ari plak kan? So, laluan kembali seperti asal. Oh, lupa nak citer. Laluan ni ada 2. A dan B. Siap kena ingat tu, mana satu A, mana satu B sebab kang jpj tu cakap je jalan A or B dan kiter kena ikut jek. Eh, tapi aku dah lupa ar mana satu jalan A ke B. Tak kisah la tuh.
Sekali lagi, aku pergi pepagi jumaat tu. Dan sekali lagi juga, aku dapat nombor banyak. Adehhh. Tiba giliran aku, aku pon buat seperti aritu. Ingat step2 yang di ajar. Betulkan cermin, cek signal, lampu segala, dan pasang seat belt. Dan aku pon jalan. Kali ni orang jpj tu pempuan pulak. Lagik la tambah neves. Pempuan, komfem cengih punyer hakhak.
Keluar dari pagar, aku pon belok kiri cam biasa. Tapi tak seperti biasa. Ni memang luar biasa punya belok, sebab selepas itu, dia terus suh berenti tepi. Huaaaaaaaaa!!! Budus betul laaa. Takde kompromi langsung! Hati kering punya jpj! Dan lain2 lagi la sumpah seranah aku di dalam hati. Dah ler suh aku berenti tepi, masuk balik pon kena jalan kaki jek. Rasa nak lempang diri sendiri pon ada.
Ok ok sabar sabar. Apakah sebab aku gagal kali ini? Kalo aritu, sempat la jugak jalan sampai dekat2 pekan tangkak tu. Kali ni, sempat kuar pagar jek kihkihkih. Kali ketiga cemana pulak? Lagi tragis ekekek. Kang aku cerita. Okeh, sebab aku gagal kali ni ialah, oh sedih betul. Aku adalah tak cecepat balas balik dan kereta itu nyaris ke bahu jalan. Belum jatuh ke bahu jalan pon. Eee dengki la tu aku akan beli kete besar. Saje takmo aku dapat lesen tau. Oh, sebab tu lah uncle selalu suh aku balas balik cecepat. Insaf betul. Lain kali dengar cakap cikgu, okeh? Jadi, sekali lagi, aku tidak terampil! Huh!
Selepas itu, aku mengambil keputusan untuk berehat dari mengambil test lagi. Tunggu ar cuti mid sem ker, biler hati ku dah terbuka semula. Buat masa ini, hati ku patah uhuks...
Patah lah hati teruslah merajuk
Merajuk lah sampai merajuk sampai ke hutan belukar
Bersambung lagi.
0 komen:
Post a Comment