Wednesday, 9 December 2009

Patah Balik Cerita

Jalan Tebrau

Now, aku nak cerita pasal weekend lepas. Weekend aku biasanya bermula pada hari jumaat hehe. Jumaat tu, waktu rehat tengahari, aku keluar ke bp. Hujan sekejap renyai sekejap lebat. Misinya, nak mencari border. Laaa tak abis lagi rupanya. Ate... selagi lemari buku aku tu tak naik loteng, maknanya belum siap la loteng aku. Ada faham?

Cemana nak naik loteng kalo lampu kipas pon lom pasang? Lampu kipas takpe lagi. Lebih kritikal, karpet pon lom pasang. Bukan takat pasang, beli pon beli huahuahua. Aritu ada tanya2 karpet kat kluang. Tapi, tak berbaloi ar nak gi sana semata2 nak beli karpet 10 kaki kan. So, aku ingat try tengok kat bajrai. Tapi kedai tutup plak. Ari jumaat. Orang beli karpet ari sabtu-khamis je kot.

Memula aku pegi kedai langsir yang dekat2 sikret resepi. Dia kata, tahun ni punya border sudah habis. Kendian aku gi yang sebelah hoe heng pulak. Dia kata, sekarang, border kurang permintaan, kiter tak simpan stok. Nak kalo, kena order, 10 hari baru dapat. Ok lah tu. Bukan nak cepat sangat pon. Aku pon tengok ler katalog dia. Alerrr takde pon kaler tu. Time nih dah start hujan rintik2 dah.

Kendian aku gi plak kedai depan store bus stand. Ada, tapi tak banyak pilihan. Takde bunga english pon :(. Dah terlanjur sampai store, aku jenguk la sekejap. Tengok shokubusuk masih rege arituh. Tapi memikirkan bebelan suami ku, baik rentikan jer niat nak membelinya.

Dari situ, aku terus ker bukit pasir. Hujan dah mula lebat. Berlari2 anak la aku kuar masuk kedai kete kedai kete. Sampai di satu kedai, aku park kat depan kedai tu. Depan AH ada satu drum kabel yang kecil. Lepas kuar kedai, aku pon berlari2 masuk kete. Bila aku jalan jek, prak! Aiyok! Bunyik apa tu? Aku pon kuar, tengok. Alerrr aku terlanggar drum kabel tu la. Siot. Terperosok drum tu kat celah tayar kiri depan. Aku pon undur balik, dan terus blah. Malu ar jugak, ramai orang tengok hihi.

Aku pon terus ke ledai elyza. Dia kata, border dah tak jual. Haihhh. Sebelum pergi, aku tengok ler apa jadi ngan tempat yang aku langgar tuh. Alamak, bumper tu terkepak la huhuhu. Ah, sikit jer nih. Harta dunia semua nih kwangkwangkwang. Kendian aku pon balik.

Petang, encik hairul datang ambik kete. Dia nak tukar tayar. Yeay! Jalan2 dengan tayar baru. Sebelum tu, dia bagitau, kena pergi jb, ada bengkel. Aku on jek. Tak mengambil iktibar langsung. Alerrr jb jek. Takkan nak ajak mak pulak ek? hehehe.

Lepas maghrib, kami pon bertolak. Feh! Laju giler. Mentang2 la tayar baru hehehe. Takde kena mengena ek? Sebenarnya kena laju sebab program start lepas isyak. Sampai sana pon dah 9 lebih.

Selesai tu, kami kuar makan. Memang sajer spare perut nak makan mee rebus. Huuuuuuuuuuuu nak nangis boleh? Mana pergi kedai mee rebus stulang laut tu pergi eh? Open u dah sapu abis building tuh. Tulun!!! Telan liur je lah. Kami pon makann dekat2 situ jugak. Kedai makan kat celah2 umah flat tuh. Sibbaik sedap la jugak.

Esok pagi, kunun dah plan, nak kuar carik border, kendian nak gi stadium tengok semi badminton super series. Dekat je ngan hotel. Tapi, kalo dah bangun pon ala2 tak pagi sangat, border ke mana, badminton ke mana? Lepas zuhur baru aku kuar. Hujan. Memula gi johor jaya area the store tuh. Pergi satu kedai nih, jauh sikit dari store, kat simpang. Time aku nak masuk tu, ada sekor hanjing bulu lebat tengah baring depan pintu dia. Aku pon tekan loceng. Pergh! 5 ekor lagi hanjing kuar menyambut kedatangan aku. Mak! Nak lari. Lalu sorang pompuan nih, cakap, ini jenis tak kejar orang lorrr. Hehehe. Tak kejar pon, hanjing tetap hanjing kan. Najis. Erm, haram ke pegang hanjing? Setahu aku, dia cuma najis jek. Kalo tersentuh, kena bersuci. Yang haram tu, makan hanjing, kan? Ada isu pasal halal haram dan najis nih. Kang aku citer lenkali ek.

Kendian tokei kedai tu panggil la hanjing2 nyer, everybody lai lai lai. Sumer berlari masuk bilik. Hihihi baru lah aku boleh masuk. Tengok2 border, jumpa yang cantikkkkkkkkk tapi background kaler coklat. Cam pelik la kalo tetiba kaler coklat, walopon bunganya kaler cat. Ermmm takper, tengok2 dulu eh. Aku pon terus carik kedai dekat2 the store pulak. Ada satu kedai, tapi seco'et je border dia. Dan tak cantik. Ermmm mana lagi nak pergi? Try gi terry best lak. Tadi dah lalu, tapi tak jumpa jalan masuk. Rupanya kena pusing jauh jalan masuk dia. Sampai situ, tokei dia suh gi kilang dia kat seroja. Apa tuh? Orang johor jaya tau la kot. Taman derang ni banyak nama jalannya berbunga2. So, satu2 area tu dipanggil ngan nama jalan tu lah kot. Dia pon kasik alamat dan direction. Aku pon terus pergi. Tengok border, takde yang menarik. Rupanya kat situ gudang karpet derang. Aku pon tengok2 karpet. Dan terbeli. Nak tunggu pergi ke bajrai tu, tah biler nak siap loteng aku?

Selesai di situ, aku gi ssf. Sajer, cuci mata. Kendian aku terus patah balik ke kedai ada hanjing tadik. Pon sama cara sambutannya. Pilih punya pilih, akhirnya aku pilih yang bukan coklat. Kang dah siap aku tepek gambonya kat sini ek. Tapi tahun depan la kot huhuhu.

Balik dari situ, aku terus balik. Jammed pulak dari bulatan (ke haper tah bentuk jalan tuh) pandan sampai la ke kampung ubi. Ada lori apa tah termuntahkan isi kandungannya, mengakibatkan satu kete terberenti kat tengah jalan. Sampai hotel, ambik abang, terus gi holiday plaza. Siap beli makanan sekali.

Balik bilik, kawan abang call, nak kasik kupon dinner. Rezeki jangan ditolak. Walo pon dah beli makanan tadi. Malam aku lepak layan anugerah skrin jek. Sambil makan. Gemuk ar cenggini.

Ahad, abang abis keje kul 12. Dapat kupon lunch pulak. Layannn. Selesai makan, terus check out. Nak tengok badminton tak? Chong wei masuk final nih? Yang pasti, dia lawan mesti dah dekat2 kul 6 pm. Kul baper nak sampai rumah? Persoalannya, biler nak iron baju?

Ni lah masalah aku. Pergi mana2 pon, mesti ingat baju keje tak iron lagi. Padahal dah iron dah, cukup untuk 3 minggu. Tapi tetappp nak semua beriron, baru tenteram nak ke mana2. Ada orang, pagi ni nak gi keje, pagi ni baru iron baju. Tak kisah pon. Aku kisahhh. Kalau aku boleh kuar rumah sampai malam ahad tu maknanya ku dah siap iron baju lah tu.

So, tak tengok badminton kat stadium. Tapi tengok kat tv. Terlompat2 aku sensorang kat rumah tengok chong wei lawan hihi. Tapi memang puas ati!

0 komen: