24 season 7 dah ditayangkan di ntv7 sejakkk tah lupa. Aku pon jarang tengok. Lupa. Dan buat2 lupa. Sebabnya, aku dah termiss beberapa episod. Nak tengok pon dah tak feel. So, aku tunggu je lah axn abis tayang season 6. Mesti pastu dia akan tayang season 7 lak.
Hujung minggu lepas, aku berkesempatan ke jb. Duk pulak dekat ngan holiday plaza. So, aku pon terjah ler ke situ untuk mencari dvd. Sampai kat sana, eh eh kat mana pulak kedai dvd banyak2 nih? Aku memang laaa pernah sampai situ, ada la dalam 3 kali kot. Memang tak hapal la layout dia. Ropanya belah hujung satu lagi. Pung pang pung pang, aku pon beli ler dvd2 seperti di atas. Sekeping rm5 sahaja.
Memula beli yang season 7 tu jek. Ada 6 disc. Pastu, tengah selak2, terjumpa satu lagi, 24 Redemption. Tah, dia kata versi the movie. Tak pernah pulak aku dengo. Beli je lah. Kata, pengumpul koleksi 24 kan. Kang tak cukup sejam ke dalam citer tu, nak salah kan saper? Eh, kenapa nak salah kan seseorang pulak? Tah?
Balik rumah semalam, aku pon terus lah memasang 24 redemption itu. Eh eh macam pernah tengok? Ooo iye lah. Pernah tayang kat ntv7 gak. Kiranya, kalo dah tengok yang ni, esok biler tengok series tu, senang ler nak faham. Memang pon. Kalau biasa, biler tengok drama bersiri, episod satu biasanya sesi memperkenalkan watak, kan? Redemption ni kira episod memperkenalkan watak dan jalan cerita la gitu.
Selesai tengok redemption, aku teruskan ke series pulak. Sambil2 tu, aku iron baju. Fuh! Ni lah masalahnya menonton drama siri. Nak terkucil pon ku tahan jebattt. Padahal, boleh je pause kan dvd tu ek? Tapi tetappp takut terlepas. Tah pape.
Kununnya, dah pukul 12am tu, aku suh la encik hairul hangkut player tu ke bilik. Tapi dia kata susah nak kena bukak cable tie bagai. Pukul 12.30am, abis episod 4/5, aku pon masuk tido. Encik hairul lak keluar berjaga. Bangun pagi, huaaaa nyesal tido lambat. Ngantuk lorrrr.
Tapi sekarang, huuuuuu tak sabar nak balik. Best nyerrr.
Kenapa tak tengok je kat lappy kat opis? Tah kenapa tah, lappy ni takleh bukak file tuh. Tapi takpe, berkat sikit kerja aku uhukkk.
So, macamana? Best ke season 7? Hohoho kalo orang kata tak best tu, memang something wrong la. Bagi aku, semua season besttttttt. Oh, Jack!
p/s untuk review, klik di sini dan sini
72 RANCANGAN B
3 weeks ago
0 komen:
Post a Comment