Aritu aku dah tutor part intermediate kan? Kali ni kiter patah balik tang beginner lak. Aku buat entry ni specially dedicated to cik bunga yang nak melencong ke langkawi malam nih hihihi. Almaklum lah kan, kawan2 aku ni rata2nya baru kenal blog. Khusyuk dan tawadduk je memasing time kerja. Aku je yang siap konar baring lagi kat dunia blogger. Welcome my friend!
Okeh, masalah cik bunga ni ialah, dia dah tukar template dia 10 kali dalam masa sebulan nih jek hikhikhik. Mesti susah nak buat pilihan biler tengok template anggun2 huhuhu. Biler dah tukar template tu, tau je lah. Abis sumer gajet2 dia ilang hihihi. Lenkali copy dulu sumer code tu, okeh? Tapi, kalo blogger list memang tak dapat nak menolong la. Memang kena copy sebijik2.
Dulu, aku pon guna classic. Alaaa zaman template aku kaler hijau gambar bangku putih yang sangat menenangkan tuuu. Suka template tu. Tapi, apakan daya. Masa tu sumer orang dah bertukar kepada beta. Apa ke slow beno ko nak pakai classic tuh? Dah lah takde gajet2 yang best. Maka, aku pon bertukar kepada beta. Tukar la template kaler oren yang dikatakan menyakitkan mata tu. Lepas kena komplen, aku pon tukar 2-3 kali jugak sehinggalah ke template stoberi sekarang nih. Ni pon dah rasa jemu, nak tukar lagi hikhik. Tahun depan kot.
Opsss ni tutorial ker haper nih? Lupa plak tujuan asal. Okeh, kiter teruskan je lah ke tukar2 kaler tulisan.
Aku sebenarnya tak pasti, cik bunga ni tak geti tukar kaler keseluruhan blog kerrr tukar kaler sambil2 menaip entry. Yang mana satu eh? Takper, aku buat 2-2 sekalik.
Oleh kerana cik bunga tengah cuti sakan, boleh la dia godeh2 blog kan. Jadi, dia pon dah tukar kepada beta kot. Ek? So, senang la keje aku. Nak tukar tulisan di beta adalah semudah abc!
Memula ko masuk kat muka apa ke tah namanya nih. Tengok je lah.
Tu aku dah siap bulat2 kasik numbering lagi. Memula ko klik yang nombor 1 tuh. Layout.
Pastu dia kuar la cenggini. Pastu ko klik la kat Fonts & Colors tu.
Kuar ar cenggini pulak. Pastu ko godeh2 la kat situ. Kalo tak cukup color palette kat situ, ko boleh bukak link INI. Tukar je coding kat tepi tuh. Pastu save je lah. Kat sini takleh preview kot. Kalo edit html boleh preview.
Itu kalo nak tukar kaler keseluruhan blog. Kalo nak main kaler2 ngan tulisan, lagi la senang. Jap, aku nak tengok blog cik bunga ni, dia pernah buat ke tak. Ermmm ok, tak pernah. Maknanya boleh la aku tunjuk. Kalu dia dah pandai pon takper, ramai lagi beginner kan...
Dari gambar yang first tadi, rujuk nombor 4.
Memula ko taip la dulu apa yang ko nak taip. Kendian ko select la huruf ke, perkataan yang ko nak tukar2 tu. Kendian ko klik nombor 4 tu, dan tukar la kaler hehehe. Gitu jek.
Bukan setakat, kaler, saiz, font, italic ke haper, sumer bleh. Kalo nak besarkan or kecikkan, klik nombor 3.
Yang penting sekali, pastikan ko nyer kertas kajang tu dalam mode compose (nombor 2). Kalo dalam mode edit html, signature ke, gambar ke, sumer kuar kod2 jer. Dan kaler2 pon tak kuar. Aku pon dulu belajar dari orang juga hehehe.
Satu lagi, kalo nak buat link kat tengah entry. Macam yang aku buat pada INI dan orang kat atas tu, pon senang jek.
Memula ko select la perkataan atau gambar yang ko nak link kan. Kendian klik nombor 5. Dia akan kuar cenggini. Ko masukkan la address website yang ko nak link kan tuh kat situ.
Ni pulak, kalo ko pengguna classic atau pon tak suka guna cara senang. Nak gak tunjuk ko terror coding ker kan. Ok, kalo classic, dia tak tulis Layout. Sebaliknya, ko kena klik Template kot. Aku pon ingat2 lupa hahaha. Betul la kot.
Tapi, kalo guna beta tapi nak edit memacam lagi selain color tulisan ke, ko klik la edit html tuh. Nanti dia kuar lebih kurang cenggini la.
Benda alah ni lah yang aku godeh2 tu. Kalo nak tau coding untuk template blog lain punyer pon boleh. Tapi lain kali la ek. Ok, kalo takat nak tukar color jek, carik la coding yang cam kat atas tuh. Kira tu initiation ar. Ko boleh tukar color dengan menukar code yang aku bulatkan tuh. Mesti ada # kat depan code tu tau. Kat sini boleh preview dulu sebelum save. Selagi tak save, kalo ko rasa macam, eh, tak jadik la, boleh la clear edit tu. Kira dia undo la semua yang ko godeh2 tuh.
Gitu lah. Banyak lagi boleh dibuat dalam kotak edit html tu. Boleh besar kan, kecikkan border ke, sidebar ke, nak pindah sidebar ke kiri ke, ke kanan ke, apa2 la berkaitan template tuh. Nak buat 3 column pon bleh edit kat situh. Pendek kata, nak tutup blog terus po bleh hahaha. Ko padam je lah sumer kod tu. Hilang la blog ko hahaha. Kang ada masa aku citer lagi eh. Korang tak tanya, aku pon tak tau nak ajar apa. So, tanya la. Cikgu nak ajar cikgu nih.
Wednesday, 2 December 2009
Tutorial For Beginner aka Cik Bunga kihkihkih (malu ar kalo otai2 baca haha)
Hasil karya AyunasiA pada 9:50 am
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komen:
Post a Comment