Thursday, 10 December 2009

Pengalaman Belajar Memandu Part 2

Kengkonon semalam nak buat intro yang ala2 dokumentari arr. Sekali, nah kau! Menyimpang tah ke mana2 tah. Kalo nak diikutkan, takde kena mengena langsung hiway plus ngan pengalaman aku belajar memandu hikhikhik. Sekarang dah masal nak intro2 dah. Terus je terjah ke dalam jalan cerita.

Aku ambik lesen kete kat tangkak. Apa ke nama sekolah memandu tu tah. Dulu kedainya dok kat sebelah kedai kasut dekat simpang bust stand tangkak. Masa tu kira murah ar belajar kat situ. Ambik L kena bayar berapa tah, dekat 200 kot. Eh, mahal nyer? Ermmm tah la. Dah lupa. Kendian untuk belajar rm350. Untuk test pulak kena bayar rm20 kot, gitu lah. Kalo belajar kat kota, lebih kurang rm800 sepakej.

Waktu register tu aku tengah cuti sem part 1 degree. Sebelum tu, lebih kurang dah dekat2 nak final exam tu, aku baru dapat duit ptptpu. Pergh! Sorga rasanya biler tengah sengkek2 gitu boleh dapat duit loan untuk 1 sem. Padahal jumlahnya takde lah banyak mana, lebih kurang sebulan gaji je sekarang. Alaaa time study kan takde tanggungjawab, takde hutang. So, biler dapat duit ribu riban sekaligus cenggitu pon dah rasa kaya dah.

Sepanjang belajar kete tu, aku dok kat umah kakak ku di pekan rawang muo. Abis jek final exam tu, terus jek turun muo. Lepas exam L kot baru aku balik kota sekejap. Kendian terus belajar memandu. Dalam modul L tu lah aku belajar bukak tayar, kenal bahagian2 kete segala bagai. Aku pon pelik, ada orang yang ambik lesen selepas aku boleh tak tau bahagian2 kat enjin tuh. Ye lah, nak isi minyak brake pon tak tau kat mana. Eh, tapi kalo tayar aku pancit tengah jalan pon aku takleh tukar kot. Bukan sebab tak pandai. Tapi tak kuat lorrr. Ketat giler skru tayar tu.

Jadi, setiap hari, aku pergi lah ke tangkak untuk belajar memandu. Biasanya lepas zohor aku akan berjalan kaki ke simpang dan naik bas segamat. Pengajar yang ajar biasanya ada 2 orang. Baik2 je. Yang aku ingat, ada sorang uncle nih suka betul cakap, "balas balik! balas balik!" selepas aku membelok. Cemana la aku tak gelabah. Part yang paling aku suspen ialah time nak belok kiri masuk ke jalan besar kat hospital tangkak. Kat situ lah biasanya pakcik tu suh aku balas balik cecepat. Takut sangat aku masuk parit kihkihkih.

Pada masa yang sama, kakak ku juga baru beli kete kancil. Kancil yang aku pakai sekarang tu lah. Dia pon baru dapat lesen. Kelakar jek. Ada satu peristiwa berlaku pada malam pertama dapat kete tuh. Aku ingat lagi, hari selasa. Kononnya excited la kan dapat kete baru. So, malam tu kakak ku ajak pergi melaka. Wah! Kemain jauh lagi. Dia kata memang dia selalu soping2 kat melaka. Pernah la pergi melaka tu ngan kawan. So, kono boleh lah ingat jalan nak ke sana. Nak gi mahkota parade katanya. Aku pon sama excited, on je lah.

Aku cuma tau jalan nak ke melaka lalu jalan biasa tu lah, yang ikut sg rambai, kesang tu sumer. Kakak ku ni pulak nak ikut jalan jasin. Tempat belajar memandu aku tu pon kat jalan jasin. Aku pon mengikut je lah. Tak agak2 tu, pergi malam2.

Sepanjang perjalanan tu, hujan turun agak lebat juga. Dah la malam, hujan pulak tu. Memang saje cari pasal la kan. Memula sekali kami jumpa pekan chinchin (kot). Time tuh dah mula teragak2 dah nak masuk simpang mana. Satu masalah negeri melaka ialah kekurangan perabot jalan raya. Susah sangat nak jumpa signboard. Makin jauh berjalan, baru lah perasan yang kami dah sesat tah kat mana tah. Macam pusing2 kat situ jugak. Tengok batu jalan pon dah tak tunjuk melaka lagi dah. Lama lah jugak kami sesat tuh. Akhirnya, kami mengambil keputusan untuk balik saje. Sibbaik jumpa jalan ke tangkak. Cuma, bukan jalan yang kami pergi tadi. Tapi jalan yang arituh aku pergi selandar tuh. Jalan tu tembus kat jalan segamat, apa ke nama jalan tu tah. Lupa lak. Dekat2 ngan sagil. Maka, tak sampai lah kami ke melaka kuikuikui.

Ngantuk pulak. Bersambung lagi...




0 komen: