Susah nak percaya kalo aku tunjukkan hasil tangkapan ku di pulau langkawi kali ini. Tak matching langsung dengan saiz badan ku. Tapi takpe, yang penting matching ngan poket. Untuk kunjungan terdahulu, aku takde beli e'apa pon kecuali coklat sebab plannya nak soping di kota bharu. Jadi, memang takde ler walau sebatang sudu yang aku bawak dari situ.
Tetapi untuk kunjungan kali ni, memang niat utama pon nak soping. Kalo la soping tu ibadat, dah betul lah tu ikut sunnah, beribadat lah kamu seolah2 kamu akan mati esok. Atau dengan kata lain, soping tak hengat ler. Macam ler pulau langkawi tu nak tutup 10 tahun.
Yang best nyer, aku soping tanpa memikirkan, macamana keadaannnya biler nak bawak masuk barang2 tu ke dalam dan keluar feri. Setakat kat jeti tu, aku tengok banyak je troli2 singgit dan doploh hengget tu kan. No problemo. Bukan la tak terfikir langsung, tapi, alah, sekejap je pon proses mengangkut tu. Janji muat masuk kete, sudah.
Berikutan dari pemikiran itu, aku pon menyoping sesuka hati ku je lah. Tak kira lah benda tu berat ke, besar ke, asal aku rasa nak beli, dan cukup ongkosnya lagi, aku pon sambar je lah. Didorong oleh sokongan padu dari pihak lawan, ewahhh makin menjadi2 lah nampaknya.
Sebelum soping, kami dah buat deal. Sepatutnya aku kena top up suami ku duit tukar 4 bijik tayar AH itu. Tetapi, suami ku dengan baik hatinya menolak pemberian itu, sebaliknya menggantikan peruntukan itu menjadi elaun kesusahan kepada ku. Aku memang mintak elaun kesusahan setiap kali kena ambik cuti untuk mengikut beliau berjalan2 hehehe. Ni memang takde dalam perintah am bab C ok. Jadi, selamat lah duit bantuan sara hidup aka bonus ku itu. Yeay, leh cover beli corning ware!
Lepas posing2 di dataran lang, kami terus ler memulangkan motor. Dah tak berbaloi rasanya. Bukannya boleh angkut barang2 naik motor pon. Dari jeti, kami naik teksi, terus ke idaman suri. Pusing punyer pusing, akhirnya beli benda2 ni.
Oh, untuk setiap bijik ni, aku beli serba dua. Mula nak beli yang bekas sup jugak, sekali check punya check, sumer stok ada defect sikit2. So, being me yang cerewet, cancel terus. Kiter try tahun depan, kot2 stok yang ada sekarang ni dah dibeli oleh orang yang kurang cerewet dan dia letak stok baru, baru lah kiter beli. Proses mengecheck tu pon dah makan masa oh. Aku rasa semua stok yang dia ada aku dah bukak, tukar cover, tukar kaki, tukar itu tukar ini. Akhir nyer, ini lah hasilnya. Ok, dah, takyah bayangkan camne aku angkut semua nih.
Itu, belah petang hari isnin. Lepas abis soping di idaman suri, kami balik ke hotel dengan teksi.
Belah malam, kami jalan kaki je ke pekan kuah. Dekat jek. Dalam 5 minit gitu. Aku ada buat kekejaman sikit, tapi tak de lah kejam sangat kot hahaha. Takyah citer la. Kang macam2 spekulasi timbul. Korang tu bukan boleh. Yang pasti, aku bukan mencuri. Isy, tak logik langsung. Tapi bentuk kekejaman tu lebih kurang cenggini.
Kedai kan ada banyak, kan. So, aku masuk sumer la kan. Tiba di satu kedai, contohnya aku tengok set pisau. Tapi tak beli. Tengok rege je. Kendian aku pergi kedai lain, pon tengok pisau yang sama, tapi rege mahal sikit. Oleh kerana malas nak patah balik kedai pertama, aku terus mintak dia ambik stok baru. Nak beli la kononnya. Tiba2, aku berubah fikiran dan terus keluar dari kedai tu tanpa berkata apa2 (budak kedai tengah masuk stor ambik pisau). Aku pon berlari2 anak ke kedai pertama tadi untuk membeli pisau sebab takut kena tikam ngan budak kedai kedua tadi hahaha. Tu lebih kurang ceritanya. Tapi kes aku lain sikit.
Hasil untuk malam itu ialah ini.
Value buy! Aku kira ni belian terbaik aku untuk kali ini. Sebabnya, masa kat kb dulu, orang tu ada cakap, rege kat kelantan ngan langkawi, sumer sama jek iaitu 499. Dan memang betul pon. Masa aku survey seluruh kuah tu, memang sama jek rege set corning ware ni. Cumanya, tak semua kedai ada pattern nih. Dah lama kot design tulip nih. Sementara design ni lum pupus, elok ler aku beli siap2. Kang beli yaang lain, dah tak matching plak ngan pinggan korel kuh. Tapi, biler aku nak bayar, tengok2, opsss rege nya dah kurang banyak. 379 only! Yeay! Berbaloi! Okeh, dah nampak kaitan cerita tadi dengan gambar ini pula? Wah! Boleh buat kuiz ni. Peraduan, apa sebenarnya yang berlaku di kedai bebas cukai itu. Ada yang nak cuba?
Sudu, Sudip dan Senduk
Dalam banyak2 kedai kat kuah tu, ada satu je yang jual sudu sepesen ngan sudu yang aku beli kat kelantan. Cuma kalernyer jer, takde yang gold plated. Konon aku nak tambah je yang sama. Dah takde, so, aku beli lah jugak yang tak gold plated tu. Tapi, untuk senduk dan sudip, memang takde design tuh. Jadi, terpaksa lah aku beli yang lain sket. Tak kisah lah, takde saper nak bagi markah.
Esok nya pulak, lepas brekfes, aku singgah di plaza langkawi sat untuk membeli benda ini pula. Kali ni untuk emak. Senang nanti raya2 takyah bukak tutup tudung saji.
Coklat
Aku kurang gemar makan coklat. Jadi, takde niat nak beli bebanyak. Cukup setakat nak kasik kat jiran2 dan kawan2 jek. Takde bajet untuk coklat.
Jadi, itu lah sahaja yang aku beli di langkawi. Untuk semua ini, aku terpaksa menyewa 2 buah troli kecil.
Masa kat sini, encik hairul masih bukak tawaran untuk membeli dinner set seramik kat hig. Aku je yang takmo. Boleh2 paksa nak belikan hikhik. Sweet oh. Aku cakap takmo takmo takmo! Baru lah dia tak jadik beli. Aku bukan apa. Time ni aku dah pikir cemana nak angkut. Mesti leceh nak kuar masuk feri tu nanti. Orang ramai lagi pon kan. Ikut kan bajet, memang ler belum lari lagi. Lagi pon, seramik, kan. Takut pecah jek. Aku dah ada experience hadiah2 kawen aku yang seramik tu banyak yang dah sompek. Fragile sangat. Memang ada pon benda2 yang terpaksa aku hold dulu sebab nampak macam berat. Memang ler set tu cantik sesangat ya amat. Sejak dari survey first day tu lagi dah berkenan. Adoi laaa... boleh pulak kena paksa beli eh?
Ini dipanggil rangsangan ekonomi. Sekian.
2 komen:
Mak aii..sakan berbelanja ni Asia. Tumpang seronok sekali...tp rasa kalau Akak pegi tak dpt beli banyak gitu. kalau nak beli mcm gitu, tak boleh bawak anak2 ler..mereka saja dah penuh satu troli..hihi
betul tu. kalo boleh tolong bawak kan takper, ni dia pon kita yg kena angkat, ek? ni soping untuk 10 tahun ni hahaha. ye lah tu. tah2 hujung tahun ni sambung lagi perjuangan yg belum selesai hihihi
Post a Comment