BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, 6 May 2011

Durian Keras Jangan Dipinggirkan

Hahaha apa punya tajuk la. Musim durian kat bp ni dah lama berakhir. Tapi kat kedai ada la lagi, yang dari siam atau negeri2 lain punya. Beberapa minggu lepas, kami mendapat 2 biji durian. Baru aku tau rupa2nya durian dari siam tu dijolok. Kalau harap yang gugur, tak sampai johor lagi dah merekah. Yang kami dapat ni pulak kena peram 2-3 hari baru boleh bukak. Yang sebijik tu sedap. Masak dan manis. Tapi yang sebijik lagi tu keras sikit. Dan kurang manis. Eh, rasanya musim kali ni lah musim yang aku tak berapa kemaruk durian. Beli pon sekali jek. Tak singgah pun gerai uncle tu.

Tapi, itu sebab aku tak geti masak apa2 berkaitan durian. Kalau geti, harus aku beli jugak. Buat tempoyak pon selalu gagal. Caner tu? Lempuk apatah lagi. Bubur kacang durian pernah try sekali, tapi gagal jugak. Cuma serawa durian je yang aku tak try lagi.

So, kemarin aku cari resepi dan beli bahan2 membuat serawa durian. Hek eleh... Kacang goreng seh... Goreng kacang pun lagi susah kot. Kenapa laaa aku tak terpikir nak membuat serawa selama ni ek? Rugi je. Takper, pasnih aku pasti akan membuatnya lagi. Time dah takde durian ni lah baru sibuk nak buat eh. Kat k0ris tu ada lagi jual yang sekilo 2 hengget. Buat serawa ni takyah guna yang mahal2 pun tak pe kot.



Ok resepi. Jangan la ingat aku tulis kat sini sebab nak mengajar korang tau. Aku tulis untuk rujukan aku jer. Memang berkesan kekdah ni. Bab masak memasak ni aku cepat lupa.

Bahan2

Isi sebijik durian
Gula melaka seketul (dikikir nak bagi cepat sikit larut)
Gula pasir 1/2 cawan (kurangkan sikit kalo takmo manis)
Air 500ml
Daun pandan selai disimpul
Santan 2 kotak (200ml x 2)
Tepung gandum sesudu + air 3 sudu

Kekdahnya

1. Rebus air + gula2 sampai larut. Jangan lupa campakkan daun pandan. Kendian kalo rajin tapis ler kot ada semut ke partikel2 asing ke. Aku tak rajin, so lepas mendidih dan larut aku terus ke langkah seterusnya.

2. Tuangkan santan dan kacau sampai mendidih semula. Oh, campak jugak secubit garam. Buat ada2.

3. Campak isi durian dan kacau ler sampai agak2 isi tu macam nak tanggal dari bijinya. Time ni baunya dah semerbak dah.

4. Last sekali curah tepung + air tadi nak bagi pekat. Ada orang pakai tepung ubi. Aku tak.

Pastu makan ler dengan pulut ke, roti ke. Best giles!

Sedap pulak tengok durian tu kaler kuning


0 komen: