Friday 6 May 2011

The Unbeatables

Biasa ar aku kan takde keje suka cari keje. Selepas entry semalam berkenaan tv singapore, baru lah aku membuat kajian. Baru teringat, stesen tv derang dulu nama sbc singapore broadcast channel. Dan berkenaan drama yang aku cakap kan tu, unbeatables tu, ekceli itu ialah drama series tempatan dan yang pertama di sbc pada waktu itu. Cumanya, aku tak jumpa la pulak watak mei feng tu huhuhu. Kerrr cerita lain yang aku tengok ek? Sebab kalau tengok pada tahun siarannya, 1993, time aku form 2. Tapi watak mei feng tu aku jumpa time sekolah rendah. Maka, tak mungkin lah watak tu muncul pada tahun 1993 pulak, kan?

Aku juga dah cari kat utube. Jumpa lagu tema nya je. Dan betul! Bila dengar lagu tu, terus aku terbayang suasana pada masa itu. Rumah aku masih rumah lama, ada rumah atas dan bawah. Tv pulak terletak di bahagian atas. Pastu bila tengok muka pelakon2nya, a'ah, betul la tu pelakonnya. Dan rupa2nya, baru lah aku ingat, sebenarnya apa yang best tentang cerita tu ialah bila mana bila mereka bergambling, derang akan melakukan aksi2 yang menarik terhadap kad, dadu dan perkakas2 tu. Ooo itu je yang best rupanya. Patut lah aku kata semalam, takde pengaruh buruk pun pada cerita tu.

Takmo citer banyak. Kalo korang nak tau apa yang menarik tu, cer tengok video ni. Kot boleh faham apa yang aku cakap kan ni.

Opsss tak jumpa lak embed code dia. Klik link je la ek.

Yang ni ada trailer sikit.



Oh, citer2 pasal tv ni, teringat pulak aku kat kes pengacara rancangan kanak2 yang mati kena bunuh dulu ek? Intan apa ke nama dia tah. Ingat lagi tak? O ok, aku dah search. Di sini.


0 komen: