BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, 26 May 2011

Air Tangan Mak

Aku selalu tengok kat tv, baca kat buku atau majalah, orang kata, bila dah kahwin nanti, kita kenalah belajar masak makanan kegemaran suami daripada ibu nya sendiri. Kan? Aku pun teringin juga nak belajar masakan jawe. Dah, selama ni aku tau masakan banjar (ada ke?) dan mamak je. Tidak lah pandai sangat. Tapi, dah itu yang mak masak, maka itulah yang aku tau masak. Errr benonya lagi banyak yang aku tak tau daripada tau hihihi. Macam tosei, roti canai, rasem tu semua aku tak geti.

Tapi sampai sekarang, aku rasa aku tak pandai pun masak masakan jawe? Apa tidaknya, tiap kali balik rumah mak beliau, yang tukang masaknya ialah adik dia, kakak dia dan paling frust sekali, isteri dia. Huh!

Ni bukan masalah aku malas masak ok. Atau pun ibu mertua ku nak menguji ketrampilan aku memasak ke. Maksudnya, bukan lah aku nak semua sekali dibuat oleh ibu mertua tu. Mungkin aku boleh tolong2 siang ikan ke, kopek bawang ke, blender ke, menggiling cili ke, pendek kata, sediakan bahan ke, pastu dia yang memasaknya, mungkin lah aku boleh belajar kot, kan?

Tapi, selalunya, konsep yang digunakan ialah, siapa yang sediakan bahan, dia yang kena masak. Lebih2 lagi kalau di kalangan adik beradik. Misalnya aku siang sayur. Komfem, aku lah yang akan masak sayur tu. Amat lah jarang (ker setahun 2 kali?) aku dapat merasa masakan mil. Ada takde, tu lah, 2 kali, time raya, beliau masak sayur lodeh (sebab masak lodeh tu kena pagi2 subuh sepi'e hihihi). Selebihnya, makan masakan sendiri je. Atau masakan sil2 dan biras2.

Encik suami macamana? Tu pun satu masalah jugak. Bila aku tanya, apa masakan mak dia yang dia suka? Yang teringat2, yang teringin nak makan? Jawapannya, dia pun tak tau. Boleh? Maknanya, dia tak cerewet la kan bab makan2 ni. Boleh je telan apa yang aku masak. Tapi, sampai bila2 la aku tak dapat belajar masakan jawe ek? Aku suka makan nasi ambeng. Tapi, tak pernah pun mil buat urap atau lauk pecel. Kan sedap kalau makan nasi ambeng lauk pecel ikan keli? Masalahnya mil tak makan ikan sungai. Dan juga daging. So, nak jumpa daging kalu, time hari raya lah juga.

Aku pulak, bila balik kampung, mesti nak makan masakan mak. Kari dan asam pedas mak adalah yang terbaik. Sup tulang juga. Nasi goreng mak pon aku suka. Hey! Jemput2 ikan bilis mak pon sedap oh. Aritu ada sekali mak masak jemput2 ikan bilis lonjong2, pon sedap. Lembut je. Macam donat. Rangup lagi. Kalau ikut kan, aku suka jejemput yang rangup (cair sikit). Tapi jejemput ni lain lah. Nak kata macam cucur udang, tak jugak.

Tu belum kira hari raya. Time bulan puasa, air teh yang mak buat pepagi sahur tu pun enak semacam. Lauk yang makan sahur tu pun, walau pun balance berbuka punya, lagi sedap dimakan pepagi tu.

Apa yang dapat aku simpulkan, konsep memasak di rumah mil aku lebih kepada konsep, biar tak sedap, tapi apa yang penting, kerjasama. Manakala di rumah aku pula, tolong menolong amalan mulia (tak tolong pun takpe hehe), tapi yang penting, mesti sedap.

Eh, suami ku ini kekurangan makan air tangan ibu kah???



3 komen:

~ yus ~ said...

Kat rumah mak akak pun sama macam rumah mak asia.

Semua sedap..huhu, betul2, air yang mak buat tu, tak tahu lah terlebih resepi apa, sedap dia lain...huhu.

Masa sahur, rumah emak akak memang minum air panas, tapi rumah mil air masak je..huhu, lain benor rasa.

Kenapa asia tak cakap je dengan mil tu, nak belajar masak resepi ini ke itu ke? Kalau kak yus memang kak yus tanya, nanti dia tolong tunjuk le..:)

yayu said...

x puas merasa makanan air tangan arwah mak kita...huhuhuh

AyunasiA said...

kakyus: pernah tanya, tp takde demo pon. teori jek lebih.

yayu: tak sempat nak makan. kan kiter dulu minum susu je hihi. tp tak pulak teringat2 nak minum susu huhuhu