Bile ek? 3 minggu lepas kot. Aku telah pergi ke ayer hitam. Macam jauh bebeno bunyiknya. 10km je pon. Setiap kali lalu, asik nampak jek kedai mkcurtain yang baru dibuka tu. Dari jauh dah nampak. Merah menyala signboardnya. Teringin nak pergi. Aritu dah pergi yang kat summit punya. Selain curtain, ada jual cadar murah2 dan bakul sampah bunga2. Cadar tu cantik2, bunga2, tapi kainnya nipis. Bakul sampah tu pun cantik, bunga2, rm5 je seketul. Tapi, macam tak perlu pula.
So, hari ahad tu aku pergi lah ke kedai tu. Tingkat bawah ada cadar, kain pasang dan sedikit langsir. Selain tu ada aksesori2 lain seperti bakul, kotak storage cantik (macam yang bunga2 aku beli kat r0mantika tu), karpet dan macam2 lagi lah. Naik ke atas, ada banyak lagi langsir dan cadar pengantin. Keseluruhannya, dalam banyak2 benda yang dijual di kedai tersebut, aku cuma berkenan ngan bakul sampah tu jek. Ngan kotak storage. Aku beli seketul lagi kotak tu. Seploh hengget jek. Tapi bukan corak bunga2 english la. Aku rasa, kotak tu memang berkesan lah. Kurang lah sikit bersepah rumah. Tapi, bila aku tengok balik kotak2 yang aku ada, rupa2nya, semuanya mengandungi kain2 yang sedang aku jahit. Maknanya, kain2 tu lah yang menyepahkan rumah aku selama ini ek?
Pastu kami pergi pula ke kedai sebelah nya pula. Kedai baru jugak. Craft-in nama nya. Kedai menjual seramik2 english style. Biasa lah. Rambang mata. Comel2. Walau pun bunganya sama je, tapi bentuknya macam2. Berkenan betul aku ngan cawan2, teko2, bekas susu dan gula. Selain putih, ada juga yang berwarna krim dan sedikit kecoklatan. Cantikkk.
Kendian kami ke kedai karpet pulak. Konon nak beli karpet untuk meja baru. Tapi tak banyak pilihan sangat. Nak puas pilih karpet memang kena pegi nilai. Itu pun kena pusing satu nilai baru puas hati. Bila ek nak pegi?
Sebelum balik, kami singgah lagi di kedai porcelain.Beli pasu untuk meja baru jugak. Ewah, manja ko ek. Semua nak baru.
Kat ayer hitam ni pon ada banyakkk benda2 rak gantung2 kaler putih tu. Alaaa yang orang taruk cawan kecik2 tu. Sampai ke rehal pon orang cat putih taruk bunga2.
****************************************************************************************************
Dah lama aku tak beli air minuman y0gurt shine. Sejak bila ek? Dulu tiap2 minggu beli 2 botol. Tu yang sampai penuh atas kabinet dapo tu. Tapi, semenjak pernah sekali aku beli dan kandungannya dah rasa semacam walaupun belum sampai tarikh expired, terus aku stop. Pastu, lama dah tak nampak lagi air tu kat pasaraya. Tak mencari lagi pun. Sehingga lah minggu lepas, aku rasa teringin nak minum. Pergi kat area hasil tenusu. Carik2, tak jumpa plak shine. Dulu kan botolnya cantik, catchy, sekali pandang je terus nampak. Ni, takde pon. Tapi, yang low fat punya memang ada. Shine ni brand dacledi. Ada kakak dia jenis low fat. Shine ni pulak 0% fat. Sekali tu aku terpandang botol yang sama macam low fat, tapi takde tulis shine. Bezanya cuma pada fat tu je. Aku pun tanya kat promoter tu, shine dah takde ke? Dia cakap sudah tukar packaging. Lorrr... Maknanya bukan setakat tukar packaging je, 'nama model' nya pun dah tukar sekali. Selamba je aku cakap kat dia. "Dah tak cantik la botol dia..."
Lagi seploh tahun ni, kira barang rare dah ni.
0 komen:
Post a Comment