Dalam kehidupan kita di negara malaysia tercinta, kita boleh menemui beberapa jenis bil. Kalau rumah aku ada bil api, air, strimiks, estro dan iwk. Eh, kenapa macam sikit? Tu je kot? Oh, ye lah. Kiterang kan pengguna prepaid yang berjaya ekekek.
Dalam banyak2 servis ni pulak, ada 2 kategori. Bayar bila guna dan bayar lumpsum. Api dan air masuk kategori bayar bila guna. Maksudnya, banyak mana ko pakai, segitu lah ko bayo. Tapi bil air kat rumah aku tak sampai tahap tu lagi. Masih bawah rm5 paras minimum. Tu pun baru je naik rm5 tu. Kalau tak rm4 jek.
Bila kiter perlu membayar mengikut kadar penggunaan, semestinya secara psiko nya kita cuba berjimat. Kan? Macam api tu. Pa'kal je esbok tu kena sentiasa on. Kalo tak, mesti kuar rumah pun kena matikan esbok jugak. Kalau air pulak, oleh sebab bil aku masih diparas minimum, so tak rasa sangat nak berjimat. Kadang2 boleh pulak terpikir, bayar lebih, guna kurang. Rugi. Tapi kadang2 aku terfikir, betapa banyaknya pembaziran air berlaku. Kadang kat berita cakap pasal krisis air akan berlaku 20 tahun lagi. Errr masa tu hujan dah tak turun lagi ker? Air kat empangan tu, boleh ke disimpan? Bukan ke musim bertukar ganti. Time kemarau kurang air, time tengkujuh siap bukak empangan kasi banjir kampung orang. Punya lah dia tak nak air tu ek? Jadi, aku rasa no point lah adanya reserve air untuk masa hadapan. Ke ada gudang tangki air bawah tanah? Eh, entah la. Dah melalut dah ni.
Ok, berbalik kepada bil tadi.
Untuk bil strimiks dan estro pulak, kita bayar sama je setiap bulan. Guna tak guna. Dulu, masa takde strimiks lagi, guna dail 1515 tu, memang berjimat cermat. Sebab dia ikut masa kan. Nak bukak 1 page pun berjam. Memang tak ramai la orang berblog kalo cenggitu. Tapi bila ada strimiks, nak on 24 jam sehari pon takde hal. Tapi kena pikir bil api pulak la kan.
Yang tak baiknya bil lump sum ni pulak, bila berlaku masalah. Kalau seminggu tak dibaiki, maka terbazir begitu saja lah bil yang kita bayar tu. Sama la untuk bil wireless berukband. Bayar tiap2 bulan, tapi servis sekejap ada sekejap takde. Kalau time takde nya lebih panjang daripada time ada tu, elok ler direntikan saja.
Setakat ni bil estro boleh dikira berbaloi dari segi servisnya. Maksudnya memang jarang ada masalah takde signal ke haper. Hujan pun dah boleh tengok. Cumanya, bagi orang2 yang bekerja, nak tengok pon tak sempat. Takde estro kang, ada masa2 nak tengok jugak. Dah ada, tak sempat nak tengok. Kiranya dalam sehari tu purata 5-6 jam je dapat tengok. Lagi 19 jam tu kiter bayar buta2 gitu je lah. Tu yang kadang tu bila weekend pasang tv 24 jam, kengkonon nak kasi berbaloi bayar estro tu hihihi. Padahal bil api pula akan meningkat. Membazir juga namanya.
Pastu, bila tengok tv je pulak, strimiks apa citer? Kena lah on sekali demi nak berbaloi kan bil strimiks. Kesudahannya, siapa yang rugi? Sendiri la. Bil api pon naik, bil estro ngan strimiks tetap kena bayar jugak. Kalau tak buat cenggitu, jimat api, tapi rasa tak berbaloi bayar bil estro ngan strimiks.
Apa2 pun, aku rasa prepaid henfon yang aku guna sekarang ni memang berbaloi2. Tak membazir dan tak rugi. Memang terpaksa topup setiap bulan, tapi takde lah mahal. RM30 sebulan yang tak lupus. Semakin lama semakin banyak kredit aku. Bil henpon sekarang pun dah banyak yang guna pakej lump sum. Tapi bila guna lebih dari pakej, dia caj ikut kadar penggunaan pulak. Mula2 takyah jimat. Bila dah sampai limit baru kena berjimat cermat. Kira combination la.
Eh, aku pun lupa apa objektif asal aku menulis entry ni. Sum up la sendiri.
Thursday, 19 May 2011
Bil
Hasil karya AyunasiA pada 2:22 pm
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komen:
Post a Comment