BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, 20 May 2011

Subsidi

Aku tak tau lah orang lain faham sama macam aku ke aku sensorang je yang faham cenggitu. Pasal subsidi.

Kalau ikut pemahaman aku, subsidi ni kira sebahagian harga barang yang ditanggung oleh kerajaan. Contoh harga gula yang dijual oleh mr robertkwok ialah rm3.00. Kita bayar rm2.40 je. Lagi namposen gomen bayokan. Pastu gomen kata, kami nak kurangkan subsidi. Korang bayo rm2.60 dan kami bayo patposen je. Mr robertkwok tetap dapat rm3.00. Kan?

Ke sebenarnya, bila kita kena bayo rm2.60, mr robertkwok dapat rm3.20. Abis. gomen still bayo rm0.60 la? So, takde la pengurangan subsidi?

Pastu, bila kita beli kat kedai, pekedai dapat lebih doposen. Adakah harga yang dibeli dari pemborong pon naik doposen gak? Jadi, di manakah permainan subsidi itu dimainkan? Pada peringkat pekilang kah, atau pemborong kah, atau peruncit kah? Kalau pada peringkat pekilang (pengeluar, ikut logik akal, takkan gomen dok kutip doposen dari setiap kedai, kan?), mestilah harga gula tu masih rm3.00. Takde la tokei gula tu bertambah kaya.

Kalau kenaikan harga minyak, mungkin lah kita boleh kaitkan dengan kenaikan harga minyak dunia. Bila harga minyak dunia naik, rege kita naik, subsidi naik, logik la kan. Tapi, mungkin juga rege kita naik, subsidi maintain, tu baru lah kita boleh kata tokei minyak bertambah kaya.

Sebenarnya orang tak kisah sangat harga barang naik. Tapi yang dikisahkan, takmo orang yang menjual tu tambah kaya je. Betul tak?

Isy, usah lah kau rungsingkan perkara2 glokal ni siah...


3 komen:

catz said...

aku pung terpikir2 gak.
aku rasa..if gula 2.60, govt bayar 40 sen lah..tu pointnya rasionalisasi subsisdi nih..(wah-wahhhh..bahasa kann) .
robert kwek still dpt 3 hengget, tapi tanggungan subsidi govt dpt dikurangkan..so oleh itu akan:

1. dpt dibina lebih byk sekolah (???bagusnya..sungguh murni)

2. byk kemudahan asas akan dpt dibina dan rakyat akn dpt faedah.
(murniiii jugak)

3.katanya nak buat budget pilihanbungaraya...ohhhhh....

AyunasiA said...

point no. 3 tu je yang utama sebenarnya...

Luna said...

yg sadisnya bila naik harga minyak ikut pasaran...bila turun tak ikut pulak.huhuhu