BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, 12 May 2011

Teringin


Boleh tak? Aku teringin nak beli kete? Bukan nya keperluan pun. Cuma aku rasa macam nak memuaskan hati sendiri gitu. Not good kan? Ye lah, kita dah keje penat2 kan. Nak lah jugak merasa memandu kete sendiri. Yang hasil titik peluh sendiri (bila masa pulak aku berpeluh dalam ekon ni?).

Tapi bila memikirkan nak membayar purata 1k3 sebulan, (tak agak2, takmo kete murah hihi) rasa sayang duit pulak. Ate... kata mata duitan. Sejak bila pulak mata kete?

Kalau dikira2, setiap bulan, perkara wajib bayar takde lah banyak sangat. Tak sampai 1k pon. Yang potong gaji tu kira tak nampak dah la. Kalau aku dah habis bayar ptptpu besok, eh, nak bayar apa lagi ni? Huh! Keji je. Tu yang timbul idea nak beli kete tu.

Aritu, masa aku nak buat personal loan, aku berusaha mendapatkan motivasi. Sebab kalau tidak, macam ni lah. Sayang duit. Sudahnya, duit habis jugak, tapi tak nampak apa2 benda. Antara kata2 semangat yang aku dengar ialah, SATU, gaji naik setiap tahun. Ok, tu memang betul. Cukup 5 tahun naik gaji, dah cover pun installment tu. DUA, 10 tahun lagi, 500 tu dah tak terasa apa2 dah. Macam kita beli rumah la. Orang yang beli rumah dulu2, bayar installment murah je. Time kita, 2, 3 kali ganda dari tu. Saiz rumah sama jugak. Takyah 10 tahun la. Rumah aku ngan rumah sewa dulu pun beza 7 ribu regenya. Baru 2-3 tahun. Lagilah dia pintu solid semua. TIGA, peluang naik pangkat pun masih bertingkat2 lagi. Nak harapkan gaji naik melintang menegak tu, macam mustahil la pulak kan. So, harapkan naik pangkat je lah. Yang entah bila :(

So, kali ni kengkonon aku nak gunakan point2 di atas juga. Cumanya, point 1 tu macam tak cukup kuat la. Bukannya gaji tu naik seribu setahun ke huhuhu.

Oh, aku citer ni tentang tambah kete. Bukan tukar AH tu. Kalau tukar AH tu, takde lah aku rungsing sangat nak memikirkan. Topup sikit je dah boleh. Masaelahnya encik suami sayang sangat ngan AH tu. Aku pun sayang juga hehe. Ye lah, AH tu dibeli ketika kami baru nak memulakan karier. Sentimental konon. Pulak tu, bila tiba masa2 tertentu, dia sangat berguna lor. Seperti apabila membeli barang2 besar dan panjang. Kot beli kete sedan, mana nak sumbat pulak, kan? Time2 raya pun sangat berguna untuk pergi beraya satu kuarge. Isy, pendek kata ditelan pahit dibuang sayang lah.

Kalau pun nak dibuang rasa sayang tu, ada satu syarat tambahan pulak kalau nak tukar AH dengan kete lain. Katanya, segala kos (installment dan maintenance) adalah on me. Boleh? Mana boleh! Orang lelaki mana boleh pegang duit banyak2.Tapi kalau dia masih bayar AH, dan aku beli kete lain, haaa itu takpe. Tapi, tu lah.

Sebab itu lah agaknya sampai sekarang aku masih tak beli kete hehehe. Banyak pula halangannya. Tolak hati dan perasaan pun masih tak layak berangan lagi. Takat teringin je boleh la. Ok lah AH. Dirimu masih kusayangi :P

Sesekali ku rasa teringin lalala...

2 komen:

~ yus ~ said...

Takpe asia. Tu semua kehendak, ada bisikan halus menghasut suruh teruskan dengan kehendak tu kan. Tapi bila fikir jangka masa panjang, sama je kereta apa pun, cuma gahnya yang lebih untuk satu2 jenis kereta tu kan.

Apa pun kalau mampu, apa salahnya teruskan niat tu..

Kereta idaman suami gak tu, tp komitmen lain menghalang untuk dia merasa memilikinya...:(

AyunasiA said...

kak yus: takyah pikir jangka masa pjg, kalo pikir jangka pendek je pun masih tak boleh beli jugak la nampaknya.