BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, 7 May 2011

Rumah Terbakar Panggil Bomba

Bomba datang berlomba-lomba.

Petang semalam time balik aku singgah sglurus membeli kerang goreng. Keluar semula, jalan jem dekat pekan seng'garang. Takkan lah pasar malam pon jem? Ari selasa tu ari aku baca berita, masa 1 mei, jalan ke kota jem dari at2 sampai ke pasak sebab ada pasar malam kat tepi jalan. Memang setiap ahad ada pasar, tapi kali ni cuti umum. Maka jem la teruk. Oh, at2 sampai pasak tu lebih kurang 10km ok.

Lepas sekolah rendah, aku nampak lori bomba. Ooo ada kebakaran rupanya. Rumah kedai terbako. Rasanya rumah kedai tu atas kayu, bawah batu. Time aku lalu tu dah takde api. Tapi bomba masih menyembur air di beberapa bahagian. Kesian mereka. Gossip nya ada satu kedai runcit melayu ni simpan duit 16k kat rumah atas. Tak sempat nak masuk bank. Habis hangus terbakar. Dia nak pi naik, tetapi dihalang oleh orang ramai. Macam drama pula. Pagi ni aku lalu, ada la asap2 sikit. Ada 2 orang bomba tengah memeriksa. Aku nampak ada paip yang mengalir.

Tapi memang selalu lah rumah kedai terbakar kat area batupahat ni. Dulu kat semerah, kendian paghitghaje. Ni kat seng'garang pula. Kalau yang kat semerah tu derang bina balik, kat paghitghaja pula tidak.






Patut la jem. Ada orang kepochi sibuk nak ambik gambo. hehehe





2 komen:

Luna said...

aku rasa mcm dh 2 kali ko menggunakan konsep rumah terbakar panggil bomba..yg pertama tu dlm FB gambar keta bomba terjatuh dlm parit, kan?kan?kan? :D

AyunasiA said...

a'ah la. apa ironik nya ek? aku dan bomba? macam takde.