Sunday 28 February 2010

Anak Cik Diana

Siapa yang dengar sinar, mesti pernah dengar lagu anak cik diana. Tajuk nya aku tak ingat la, tapi dalam lagu tu ada menceritakan pasal seorang lelaki ini masuk kampung keluar kampung dan desa2 untuk mencari anak cik diana nih. Kemudian dia berjumpa dengan seorang gadis, lalu dia bertanya, kenal tak ngan anak cik diana? Dan gadis tu berkata, tak pernah mendengar nama itu. Kiranya diakhir lagu, pencarian dia belum berakhir, tetapi dia telah bertemu dengan seorang gadis yang baik hati itu.

Ada kemungkinan dia telah menghentikan pencariannya dan terus ngorat gadis itu. Terus lupa tujuan asalnya nak cari anak cik diana. yang peliknya, kenapa dia tak tau nama anak cik diana tu ek? Adakah dia terlihat anak cik diana, tetapi tak sempat bertanyakan namanya? Mana plak dia leh kenal cik diana tu ek? Nama mak pon dah moden, nama anak, mungkin lah lebih canggih lagi. Pulak tu, dia tak tau pon cik diana tu dok kampung mana satu. Main redah je mana2 kampung.

Sekian.

Friday 26 February 2010

Salam Maulidurrasul



Balik raya ciner itu ari, aku korek2 lemari dan terjumpa benda ini. Apa ke benda ni ek? Ini ialah kad hari raya dalam bentuk buku. Aku pon ingat2 lupa pasal buku ni. Aku ker yang beli?

Regenya ialah $1.oo. Bukan dollar, pound atau pun euro. Masa tu belum ada simbol RM lagik. Tengok pada tahun nya pulak, hakcipta terpelihara 1989. Maknanya aku darjah 5. So, logik la kalo aku yang beli sebab aku sorang je yang sekolah rendah lagi time tu kan. Terdapat 26 judul dalam siri ini, tapi semuanya kisah Rasulullah s.a.w. Kebetulan, sesuai jugak lah entry aku ni dengan hari ini.

Judul yang aku beli ni ialah judul ke-9. Setelah ku baca, rupanya kisah tentang nabi semasa kecil, di bawah jagaan ibu susuan baginda, Halimatussa'adiah. Antara kisahnya, nabi pernah hilang.

Siapa yang ada simpan satu set 26 judul ek?

Oh, penerbitnya ialah fargoes sdn. bhd. Ada lagi ke tak tah syarikat nih.

Thursday 25 February 2010

Noktah Cinta - Hafiz AF7

Sedang layan lagu ini dengan jayanya. VC nya agak lucu kihkihkih. Tah, kenapa tak kuar lak lagu kat background ni. Aritu ada, now dah takde laks.


Friday 19 February 2010

Belum Lagi, Tapi Boleh Laaa...


Kesibukan tu belum berakhir, tapi, bersalah nya rasa, sebab visitor masih juga masuk ke rumah ini, walau pun tiada update. Jadi, saya tepek gambar saje lah. Sungguh keji, nak mengubat hati visitor dengan menunjuk-nunjuk henbeg baru hihihi. Saya pon suka tengok henbeg yang ditunjuk-tunjuk di blog orang hehehe.

Hari Jumaat lepas, aku pergi sini. Nak balik kampung esoknya kan, kena lah pergi jugak sini hari jumaat. Kalo seminggu tak pergi sini, rasa tak lengkap hidup hehe. Takde la. Saje je nak sibuk2 sama memeriahkan orang ciner soping baju raya kan. Kata 1 mesia.


Aku pon turut sama berebut2 menerai kasut ngan orang ciner. Macam raya kiter jugak. Sedondon tak kasut itu dengan tikar buluh tu?

Dan telah terberkenan ngan beg ni. Murah je.

Wednesday 17 February 2010

Maaf

Ya? Saya sibuk sehingga 25 Februari 2010. Sibuk = Tekun mengulangkaji.

Thursday 11 February 2010

Mikrofon dan Lain-lain

Alerrrr aku silap crop gambo tu semalam. Patut aku tak tunjuk bentuk curve tu ek?


Wah wah! Macam nak masuk uji bakat ment0r musim ke 4 kekdahnya. Kalau sesiapa ingat, dulu, masa aku beli dvd player, spesifikasi aku mestilah yang ada 2 port microphone. Senang aku nak berduet duetan.

Selepas lebih 2 tahun, baru2 ni, aku telah membeli 2 keping dvd mtv karaoke seperti gambar di bawah. Semangat uolsss aku nak mengasah bakat. Alah, bukannya aku nyanyi kuat2 nak suh jiran tetangga undi pon. Saje nak panggil hujan. Sekarang ni kan musim panas. Parit lap1s sempadan pon dah nak kering aku tengok. Tapi, tak hujan pon? Adakah suaraku semerdu ct nurhalija?

Sebelum ni aku dah ada vcd uks + fotograph + ekamattra + mei. Naik bosan aku, balik2 lagu tu jek. Eh, baru aku perasan, kat tepi tu dia tulis 'balda', bukan balada. Ada jugak orang nak beli ek.

Yang ct tu punya pulak, semua lagu best2 dari album first lagi. Masa mula2 beli aritu, aku try la guna mic yang ada. Asalnya ada 2 mic. Satu dah kong pada usia tak sampai 3 bulan kot. Tinggal lah satu. Bila dah test tu, aku pon cuba la menyanyi. Alahaiii bukan sahaja mic dah tak berfungsi, suara penyanyi pon takleh buang. Camno?

Kalo vcd lain tu, aku tukar je 'audio' pada remote controller dvd player tu 'right' atau 'left' untuk hilangkan suara. Ni? takde pon function tuh. Alerrr rugi je duet doblas hengget.

Satu hari, aku dapat ilham. Try adjust kat tv plak. Sama la jugak, adjust kat balance left/right. Memang ler biler ditutup belah kiri tu, suaranya makin slow, tapi tak abis. Masih lagi sayup2 kedengaran suara ct. Nak test, mic pon rosak. Maka, lupakan saja lah.

Pagi semalam, aku keluar ngan encik hairul. Urusan perbankan. Sambil2 tu, kami singgah kat kedai alfa. Kedai elektronik. Cari benda lain, tapi encik hairul laaa ringan mulut, tanya mic. Terus tokey tu tunjuk macam2 jenis mic. Ye lah, kedai tu jual gak pa system kan. Mestilah mic2 standard menyanyi di atas pentas pon ada. Kalo yang jual kat jasko tu memang la standard nyanyi karaoke kan. Last2, aku ambik yang paling murah. Murah la, bagi kategori tu. wayar panjang, berat, connector pon besi, ada diamond2 kat pemegang (tak tak), tak macam yang aku beli kat destor tu, plastik je. Siap test nyanyi lagu di sana menanti di sini menunggu lagi aku kat kedai yang sempit tu. Hehehe tipu la. Takat testing2 wantutri je le. Gilo ko opo?

Balik2 je semalam, diselang seli dengan menengok wadi unung, aku pon belasah nyanyi lagu tema wadi unung tu hihi. Best nyer mic niiiiiiiiiii. Jauh beza betul ngan mic murah tu. Ok, pasni, kalo hujan tiba2 kat parit raja tu, tau lah ek, sebab apa.

Aritu makan mee kari kot, kat oldt0wn kopiputeh tu, sedap. Tapi laksa dia tak sedap. Jadi, ingat kat sikret resepi pon sedap la jugak kot. Sekalinyer, ermmm biasa2 ajer. Dok tera dok tahu.

Tetiba teringin makan benda ni semasa hari pemakaman sultan ku. Tapi kali ni try yang ayam. Ok, lain kali makan yang beef yea. Ayam tak berapa sedap.

Pengajaran buat pekerja sikret resepi. Lain kali, sila repeat apa yang orang order ek. Akibatnya, instead of epal kasturi, aku dapat epal celeri. 2-2 pon hujungnyer 'ri'. Aku ingat dia lupa campak asam boi tu ke dalam. Masa aku mintak tukar, dia cakap, yang kat gambar tu epal celeri. Tak, saya tak tunjuk gambar, saya cakap epal kasturi. Huhuhu mesti dia ingat aku main order je apa yang aku nampak dalam gambar ek.

Pasni dah takde alasan panas atau gelap di porch ini. 4 bijik downlight lagi aku taruk.

Gambar semalam, sebelum menyanyi lagu ct nurhalija. Macam af la. Kan sebelum konsert derang posing2 ambik gambar untuk majalah aksi dulu hihihi.

Sekian. Takde idea.

Wednesday 10 February 2010

Teka Kacang

Siapa saya?




Tuesday 9 February 2010

Kawan, Blogger atau Kawan Blogger

Dalam perbualan aku dengan encik suami sehari2, selalu juga aku bercerita tentang apa yang aku baca dalam blog orang. Dan selalunya, sebelum nak cerita tu, aku akan bagi kredit dulu (ke, disclaimer ek?), seperti berikut:

Abang, ada blogger tu kan, dia cakap blablabla...

Dan ada ketikanya, ia berbunyi seperti ini:

Abang, kawan blogger ayang kan, dia cakap blablabla...

Dan kekadang tu, sekali sekala, ia jadi cenggini pulak:

Abang, kawan ayang kan, dia cakap blablabla...

Apa bezanya ketiga2 ayat ini? Haaa yang pertama tu, aku gelarkan dia ‘blogger’. Yang kedua tu, ‘kawan blogger’ dan yang ketiga pulak, ‘kawan’. Ketiga2nya berbeza tempat dalam hati ku.

Barang siapa yang bergelar blogger, bermakna, aku tak pernah interact dengan dia. Tak semestinya aku jadi follower, tapi aku sentiasa baca blog dia. Ada sesetengah tu, aku komen2 lebih kurang, and that’s it. Hubungan hanya berlandaskan kau-aku blogger.

Kalau kategori kedua plak, ada gelaran kawan di depan blogger itu. Ini bermakna, selain membaca blognya, aku juga berinteraksi melalui ym, contohnya. Kira pernah sembang2 gitu. Tak kisah lah, sekali sekala pon, yang penting pernah berhuhahuha. Kadang tu bukannya sembang sebagai kawan pon. Mungkin tentang isu yang dibangkitkan dalam entry. Tak pon, masa musim2 pindah rumah tu, citer pasal rumah. Namun berjumpa, belum pernah lagi. Tak tau la bila nak pernahnya. Aku ni pemalu ler. Kang dah jumpa, aku senyap jek, terus orang takmo kawan dan dicop pulak, blogger sombong. Perlu ker jadi blogger mesti peramah?

Ye lah, kadang tu, aku pon terfikir, blog2 yang aku baca tu, seolah2 membayangkan blogger nya seorang yang hepi2, peramah2, sweet2, becok2. Best nyer, kan? Best apa, jadi peramah. Semua orang suka kawan ngan orang peramah, kan? Senang nak sembang. Tah, kenapa ek aku rasa, jadi seorang yang peramah ni banyak kelebihan? Tapi, terlebih peramah pon ada keburukannya. Kata orang, terlajak perahu boleh diundur. Terlajak kata? Kalo kata dalam blog, bleh jugak tukar balik published entry jadik draf, kan? Kehkehkeh macam biasa buat jek?. Eh, aku sedang bercakap pasal peramah yang betul2 pakai mulut nih. Tapi betul lah, mulut orang peramah pon kadang kiter takleh tahan jugak. Ok, aku bersyukur kerana aku kurang berkata2 dengan mulut ku. Kurang sket dosa mulut. Tapi divert kan dosa tu ker jari pulak hehehe.

Berbalik kepada sifat2 blogger di blog dan di alam realiti, sesungguhnya aku adalah tidak percaya sangat persamaan antara keduanya. Hanya kerana aku adalah buktinya. Peramah di blog, tetapi pendiam di alam realiti. Alaaa aku tau lah, memang ada yang sama, tapi don’t judge the bloggers by their blog. Apatah lagi nak judge by their blog layout/template eh hihihi. Okey, enough with the mengeradau.

Kategori ketiga pula ialah kawan yang juga blogger. Ni biasanya kawan yang tetiba ada blog. Jadi lah, kawan sajer. Tak perlu tau dia blogger atau tidak. Biasanya jugak, aku akan sebut nama je terus. Tapi ada juga kategori 2 yang aku sebut je nama, otomatik dan sedia maklum bahawa dia adalah kawan blogger.

Kalau pun mereka2 ini tidak mengiktiraf diriku sebagai kawan mereka, well, aku tak kisah langsung ok. Ye lah, ramai lagi orang yang derang nak jadikan kawan, kan. Siapa lah aku. Huh! Tiba2 nak emo kenapa? Tak, aku tak kecik ati pon. Blogger tetap blogger. Kalau boleh bertukar menjadi kawan, maknanya jodoh kuat la tuh. Biar lah tak mendapat untung, asalkan tak rugi. Strimiks tetap bayar namploh hengget gak setiap bulan, kan? Ke ada diskaun 50% untuk setiap blogger yang ada 100 follower? Selagi tidak, teruskan lah seperti biasa. Aku menulis bukan kerna nama...

Dah, apa motip entry ini? Sajer, bermesra2ngan korang, my frennn.


Monday 8 February 2010

Mimpi Antu Jangan Pandang Belakang?

Hari khamis malam jumaat (perlu ke tulis malam jumaat ni tah?) yang lepas, aku picit2 butang asterok. Cam biasa, sebelum tido, aku suka bukak tivi. Suka perasaan tertido sambil tengok tivi itu. Tak sama dengan tutup mata dan buat2 tido hingga tertido, yea. Aku pon tengok ar info2. Macam biasa, stesen tivi ni memang pakat2 tayang program tak best pada malam jumaat bagi memberi peluang kepada rakyat Malaysia ini merealisasikan misi malam jumaat itu huhuhu.

Dah takde sangat cerita, aku pon bukak tivi 2. Aik? Kat info cakap, Waris. Aku rasa waris tu cite waris jari antu versi drama, kan? Tapi, kenapa nampak macam jangan pandang belakang pulak? Kerrr waris tu ialah jangan pandang belakang versi drama? Tak kot, sebab dalam waris tu ada rushdi ramly. Mana pulak datang piere cardin dalam ini drama, ek? Time aku tengok tu tengah scene piere cardin tu gi umah tunang dia dan menambil labu sayong comel berisi antu itu. Sah! JPB.

Aku pon tengok lah citer tu buat ke sekian kalinya. Kali ke berapa ek? Ada 10 kot. Dah, asterok salu sangat tayang citer tu. Aku pulak, dalam takut2 tu, tengok jugak. Makin lama tengok, makin hilang la rasa takut tu. Dia takut bab terkejut2 jek. Aku kan kalo terkejut akan membaca ta’auz. Maka, terlindung lah aku dari syaiton yang direjam.

Selepas terasa macam dah tak terfollow je citer tu (yang juga bermakna aku dah mamai2 nak tido), sempat lah aku berfikir, nak biarkan je tivi terpasang, atau tutup. Kalo ikut kebiasaan, memang aku biar je tivi tu mati sendiri. Tapi, my second thought mengatakan, aku ni tido sambil tengok tivi citer hantu. Kang mimpi hantu plak, kan ke susah tu. Kan, biasanya dalam mimpi, kita selalu sangat susah nak lari dari hantu, kan? Erkkk ke aku je ek? Iyerrr salu gitu. Penat2 lari pon hantu tu tetap lah menghampiri. Tinggal tak kena cekik jek. Jadi, aku pon cecepat tutup tivi hihihi. Takut mimpi hantu jpb hihihi.

p/s Pernah dengar tak, kalo kita nak senang lari atau berlari pantas dalam mimpi, jangan bengkok kan kaki atau mengerekot semasa tido. Dengan berkaki lurus, larian kita dalam mimpi akan menjadi laju. Tapi, cemana nak tau kiter bengkok ke tegak dalam tido, kan? Tido dalam pasungan? Hahahaha ajaran sesat mana yang aku dengar ni tah.


Sunday 7 February 2010

Makan Tanggung

Bukan! Bukan yang macam dok hostel diberi makan percuma tu. Bukan juga dok rumah menganggur kat umah mak bapak tu. Bukan juga suri rumah dok rumah ditanggung suami tu. Memang betul. Tu semua dipanggil makan tanggung. Yang aku maksudkan ni lain, yea. Pertama kali, apa yang aku pikir, tak sama dengan apa yang anda pikir, kan?

Makan tanggung yang aku maksudkan ni ialah makan sambil menampung tangan di bawah pinggan. Eh, tu namanya makan tampung ek? Ah! Lantak la. Yang penting maksud aku ialah cara makan sedemikian. Selalunya kekdah ni berlaku di jamuan2 makan, open2 house hari raya. Sebabnya? Tak cukup bajet nak sewa kusi meja macam kenduri kawen. Nope! Ni pun bukan maksud aku.

Pernah tak dengar pantang larang orang tua2 yang mengatakan,

'Jangan makan tanggung, nanti ko akan menanggung banyak hutang, orang dll."

Hahaha stetmen tu bukan seperti di dalam buku. Aku main ikut sedap je. Yang penting nak menyampaikan maksudnya, kan.

Dalam banyak2 pantang larang orang tua2 yang kekadang tu nampak nonsense, aku sangat mengambil berat yang satu ini. Sebab tu, kalo tak disediakan meja, aku akan makan di lantai. Mesti nak letak pinggan atas lantai/meja.

Biasanya, orang lelaki yang selalu makan tanggung nih. Nampak sempoi, gitu, kan? Ye lah, duduk atas kerusi, nak makan cemana lagi, ye tak? Lagipon kan orang laki memang menanggung keluarga? Padan la, kan? Tak makan tanggung pon, dah tanggungjawab pon.

Pempuan memang la sesuai makan kat lantai, bersimpuh. Tu pon, kadang, dah bersimpuh pon, tetap nak menanggung pinggan tuh. (kenapa makin lama aku tulis tanggung, makin aku rasa perkataan yang lebih tepat ialah tampung?). Kalo letak pinggan atas lantai, kan ke kena tunduk2 bongkok2. Elok2 nak makan sedap2, sakit pulak pinggang. Tak gitu?

Tapi, kata orang, biar sakit pinggang, asalkan tak menanggung hutang yang banyak. Betul ker? Berkesan ke? Ada bukti ker? Tak tau lah ni kebetulan ke apa. Tapi contohnya ada di depan mata. Eh, bukan depan je, dalam mata sekali (diri sendiri).

Aku selalu tegur encik suami kalo dia makan cara tersebut. Selalunya diiringi ngan stetmen itu tadi. Tapi, tu time aku nampak. Time2 yang lain tu, mana la aku tau, kan? Tapi aku rasa benda ni dah macam kebiasaan. Sopan jugak. Makan tanggung sambil menyilang kaki.

Hasil pemerhatian aku, memang betul pun, kalo dibandingkan dengan aku, dia lagi banyak menanggung hutang. Kami. Hikhikhik. Selain hutang kami, kena tanggung jugak adik beradik. Ok, itu tanggungjawab kot. Tapi, hutang? Kereta, rumah, ptptpu, cc? Banyak nyerrr. Gaji sebulan abis begitu sajer. Takper, owang laki takleh pegang duit banyak2. Nanti dia beli yang bukan2. Kalo pon tak beli, dia buat yang bukan2 ngan duit tuh. Jadi, jangan sedih dengan kesengkekan suami mu hehehe.

Aku pulak? Hutang aku cuma ptptpu je. Tu pon mungkin masa ambik loan tu, aku belum amalkan pantang larang nih kot. Tu yang terperangkap di situ. Tapi, insya Allah, tak lama lagi abis dan aku akan bebas dari hutang, yeay!

Tanggung keluarga? Aku adalah anak bongsu (nak jugak, walo pon ada adik seorang hihi). Jadi, memang takde sesiapa nak ditanggung. Jadi, mestilah aku kena bayar income tax secara banyak, kan? Thank God! Gaji ku tak cukup banyak sampai kena bayar cukai. Tolak kwsp ngan insurans jek, terus negatif cukai ku.

Kesimpulannya, mungkin segalanya hanya kebetulan. Tapi, tak salah kalau diamalkan. Tak menjejaskan aqidah kot.

Friday 5 February 2010

Selamat Hari Lahir!


31 tahun yang lalu, pada hari ini, jam 1.15 pagi, lahirlah seorang bayi comel ini di atas katil rumah neneknya di Parit Yusof, Muar dan diberi nama Hairulazwan. Semoga dipanjangkan lagi umurnya dan dilimpahkan rezeki untuknya.

Selamat Hari Jadi, Sayang!


Thursday 4 February 2010

This Is My Heart

And you know what? It's break (or broke ke broken ke tak kisah la. aku tak pandai grammar). Tak kisah la dia nak terpatah ke, dipatahkan ke, mematah ke, berpatah ke, ado ko kesah? Isy, tapi break tu macam over plak. Mungkin sedikit tersinggung je kot. Suka membesar2kan tau. Why? Entah lah. Sensitif terlebih.

Tau tak? Aku dah blogging hampir 6 tahun. Aku komplen, merungut dan meluah perasaan di sini. Aku kenal pembaca ku. Bukan la kenal muka bertepuk tampar bagai. Tapi, tau lah siapa dia. Sesekali aku komen tentang orang, pung pang pung pang berdegar2 kalo time sakit ati tu kan. Tapi aku mesti pastikan, orang itu bukan lah pembaca ku. Kecuali la encik suami kan. Takleh elak hehe. Ada aku mengata korang dalam blog aku? Kalo ada, sila angkat kaki. Boleh blah hakhakhak. Bukan sebab aku takut pembaca lari, lalu mengurangkan trafik ke blog ini. Aku juga tau kebanyakan pembaca ku bukan lah loyal reader. Dalam sehari tu, mungkin separuh daripadanya ialah mereka2 yang tersesat dari gugel. Tak boleh nak salah kan mereka, kan. Tapi, tu lah, kan? Kata2 itu lebih tajam dari pedang. Asal kan in control, cakap lah apa yang ko nak cakap. Cuma, fikir kan lah sensitiviti kaum ye. Kalau pon tak kena tahan dibawah akta k0munikasi dan mult1media, ada hati2 yang mungkin terluka, tetapi tak mampu mengheret mu ke muka pengadilan kerana dia bukan celebriti dan ia soal peribadi. Itu lebih kejam rasanya.

Okeh, lupakan tentang itu. Cukup lah aku berdua ngan izan je bersentap2an. Kan izan kan? Jom kiter buyakot membuyakot kan blog dia jommm.


Wednesday 3 February 2010

Officemate Saya, Schoolmate Saya

Masa aku berkursus selama 3 bulan di cia8t 2 tahun lepas, aku macam terperasan muka dia. Macam familiar jek? Saper ek? Masa tu memang takleh pikir, pernah jumpa kat mana.

Tahun lepas, dalam bulan 5, dengar2 ada staf baru nak masuk meka. Pempuan. Bertambah la pompuan kat meka ni. Bila staf baru tu datang, aku pon,

Eh, macam kenal la. Saper ek?

M@ya.

M@ya? Ermmm macam pernah nampak. Tapi tak ingat kat mana. Haaa kat cia8t kot. Ada gi pedog ke tahun lepas.

Ada ada. Saya pun macam pernah nampak.

Belajar mana?

UM8.

Tak sama lak. Sekolah?

Sains.

Hok alaaa. Patut la macam kenal. Batch mana ek?

bla bla bla

Sejak itu, kami selalu sok sek sok sek kihkihkih berdua. Walau pon tak sama batch, dia muda 2 tahun, tapi, banyak gak perkara yang boleh dikongsikan bila dah sebumbung tu kan.

Sebelum ni, shu pon kawan seopis yang pernah kenal masa study. Asal kursus jek, mesti sebilik ngan aku. Opis pon satu bahagian.

Tak sangka, kan? Masa sekolah, rasanya tak pernah umur kot aku berinteraksi dengan dia. Sekarang, dah jadi kawan gosip plak.

Nice meeting you, M@ya!

Tuesday 2 February 2010

Tentang PD

Nasib baik laaa aku bukak email tu selepas balik dari pd. Kalo sebelum agaknya, ada aku tak kuar berjalan2 di tepi lagoon itu selama2nya. Email pasal apa? Tah, bila tah kawan aku tu anto email tu. Dah lama rasanya. Memang dia jenis forward2 email ni. Isi kandungan email tu menceritakan pengalaman seorang pengunjung pantai/lagoon di c0rus paradise yang aku stay aritu. Menurut ceritanya, erkkk saper tah saudara beliau kot telah digigit sesuatu ketika bermandi manda di pantai itu!!! Dan menurut dakwaan beliau, sesuatu itu adalah buaya. Wowiii! Buaya di tepi pantai kooo.


Ceritanya lagi, memula anak dia mandi2, kendian macam ada something menarik dia ke tengah, tapi berjaya diselamatkan. Penunggu kah? Kendian baru la orang dewasa tersebut tadi pulak. Bukan setakat ditarik, malah terus digeget di kaki!!! Siap tunjuk lagi gambo kaki beliau yang sudah rupa molot buaya itu. Rabak gitu. Ngeri uolsss. Kesimpulannya, aku selamat. Memang takde cecita pon nak mandi laut. Takut sunburn. Aku adalah serik mandi laut. Last rasanya time kat pulau redang kot. Masalah aku kalo mandi laut, bukan sahaja sunburn, tetapi juga gatal2. Gatal2 itu wujud apabila aku mengalami kesejukan melampau. Tah, alergik kot. Sibbaik kena ekon tak alergik.

Okeh, kenapa aku ke pd? Saje mengikot suami ku ke mana saja beliau berada. Oleh kerana program bermula jam 8.30 malam, kami pon plan untuk bertolak terus dari tempat kerja ku. Sebab tu lah jumaat pagi tu encik hairul menghantar ku ke tempat kerja. Bukan aku saje ngengada nak menyusah kan dia okeh. Untuk maklumat, aku bukan lah suka sangat duduk di kerusi penumpang itu apabila pemandunya ialah encik hairul itu kerana pemanduannya beliau boleh membuatkan aku hangin satu badan. Boleh bikin gadoh wooo. Dah la gi keje tu pon kekadang stress kan. Jangan la ditambah stress2 lain pulak. So, better la pegi sendiri.

Jadi, petang itu, tepat jam 5pm, kami pun terus menuju ke pd. Ikut tol pag0h. Singgah dulu pasar malam kampung muh1bah dekat pesera1. Beli sedikit hayam goreng, Lapooo tak lunch tadik. On the way, isi minyak kat ayer ker0h.

Sampai di c0rus, dah pukul 8pm. Terus makan. Makan sket je sebab dah kenyang makan burung puyuh goreng yang dibeli di pasar malam.

Esok pagi2, lepas sarap, aku terus menghabiskan menela'ah buku saya pon melayu itu. Ermmm seronok gak baca. Especially part zaman kanak beliau, sehingga lah beliau menjadi menteri. Kepada beliau, saya ucapkan, saya ponnn melayu jugak! Atau mungkin boleh ditambah di belakang nya, 'tapi, ...' Sila sambung sendiri.

Abis baca, dah dekat tengahari. Sempat ler melelapkan mata sekejap. Tak lama aku melayan mimpi, encik hairul dah koling2 ajak makan. Selesai makan, kami terus keluar ke pekan pd. Ehhh nama jer majelis perbandaran, tapi bandarnya serupa pekan parit raja ni jek. Tujuannya nak mencari kabel internet. Mintak kat pihak hotel, dah habis katanya. Orang b.ti.n ramai guna. Apa la kedekut bebeno. Dah tau satu bilik ada 1 port, sediakan lah satu kabel untuk setiap bilik ek? Kalo tak nak tinggal kabel tu kat bilik pon takpe, asal kan cukup. Takkan la satu bilik nak pakai 2 kabel pulak, kan? Heee nggak ngertik gue. Ok, takyah salahkan mereka. Salahkan diri sendiri yang takde berukband. Sekurang2nya, dengan ketiadaan kotak biru itu, kurang dosa gue dalam aspek mengutuk berukband, kan? Tolong tokok tambah ada la sesikit kot hehe.

Selesai membeli, balik bilik tanpa perlu disuruh, aku pon terus menerai. Hampagas! Tak bleh pon? Maka, aku layan blog je la. Camne bleh layan blog plak? Dahhh, sebelum balik keje aritu aku dah open blog2 yang aku nak baca. Boleh la bukak. Tak abis gak baca.

Petang, encik hairul balik, try laptop beliau. Boleh pulak? Dusyum! Suka!

Petang tu juga kami berjalan2 di pantai. Kendian, konon nak pegi teluk kemang. Tengah jalan, nampak pasar malam. Terus singgah. Tak beli apa pon. Tudung je selai. Balik, terus siap pegi bbq pulak. Tak banyak sangat pilihan, tapi, boleh lah. Syukur.

Selesai makan, encik hairul sambung keje. Aku pulak, pulun layan blog. Tak sempat ler nak wat entry.

Ahad tinggal nak check out je. Program yang sepatutnya pagi tu dah di bawak ke malam tadi. Lebih kurang jam 12pm, kami pon makan dan check out. Balik tu, kami lalu jalan linggi. Best! Takde kete. Kendian terus kuar kat simpang ampat dan lalu la lebuh amj. Kalo nak balik terus, boleh je aku kuar tol simpang 4 itu. Tapi niatnya nak pegi maidin, tu yang redah je semua. Oh, jasko yang meletup aritu nak dibukak jumaat ni ek? Sempena besdei sencik hairul :).

Lama jugak kami di maidin. Lama ker? Dari kul 2-5.30 kot. Dari maidin, kami lalu jalan dalam je. Dia memang gitu. Kalo ngan aku, selalu mengamalkan dasar berjimat cermat dan menyakit kan pinggang aku (baca: tak lalu hiway). Cuba kalo... selagi boleh, mesti cari jalan tercepat terpantas dan lurus walo pon terpaksa mengorbankan wang sendiri. Ni, boleh claim pon kedukut :P

Sampai di rumah lebih kurang jam 7.30pm. Huh! Baju tak iron lagik!

Monday 1 February 2010

Port Dickson, 29 - 31 Januari 2010

Ini ialah entry bergambar sahaja. Suka kan? Tak suka baca2 kan? Nah! Tengok la gambo2 ku ini. Sebelum itu, this is me in ariyan@ hehe. Nak beli yang ori, tak sanggup. Seminggu aku tunggu nak memakainya tau. Minggu lepas aku bertudung putih sahaja.

Stay di sini. Dulu namanya lag00n paradise.

Dapat bilik twin sharing. Gilo ko opo? Tapi, layan je lah. Satu malam, satu katil hikhik.

Terasa seperti di rumah kerana cat nya sebijik ngan cat rumah ku.

Adaaa gak kenangan aku berkabung ek? Bukti ni tau. Balik keje aku terus pegi sini.

Kat sini ada bilik ala hotel dan apartment. Kalo nak cuti2 lagi baik duk apartment. Bleh masak2. Oleh kerana ni pergi kerana kerja, terima je lah. Lagi pon dapat kupon makan untuk 2 pax. Makanan paling sedap ialah.........................................................................................makanan free :P

Alaaa macam rumah aku lak kaler dia.

Tengah plan nak buat sesuatu kepada bathroom kami yang dull itu. Cantik gak tiles ala2 rustik nih.

Pagi2 sayup terdengar lagu chicken dance. Tengok2, group b.ti.n tengah bergoyang2 punggung. Ironi eh? Aku - BtiN.

Petang yang panas.

Lakonan semata.

Yang belakang tu jenis apartment.

Jalan2 di lag00n. Kat sini nampak la blok apartment belah kiri, blok bilik hotel belah kanan.

Teknik fotografi apa tah nih.


Tengah posing2, jumpa sorang dr ni, offer ambik kan gambar.

Sudut lain plak, katanya.

Lagi satu. Aku dah segan2 dah ni. Tu yang tegak macam patung cendana tu.

Haaa teknik fotografi ni aku ada belajar. Rule of third kategori looking room namanya. Kena kasik ruang kosong di depan arah pandangan seseorang. Tapi ni macam terlebih pulak ruang kosong nyer. Kalo gambar bola yang menuju ke arah kita, di panggil lead room. Betul tak, cikgu?

Cak!

Aummm! Rimau tu macam nak makan aku jek?

Peace!


Senja di Port Dickson. Macam real jek, kan? Padahal aku shoot dari balik kaca tingkap.

Yang bulat2 tu, meja makan bbq malam itu.


Jom balik!

Cerita ceriti mungkin dalam entry seterusnya. Kalo rajin la.