BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, 30 September 2010

Spekulasi : Hasil Loteng Atau Hasil Kerja Kayu?



Buruk sangat ke korang, loteng aku nih? Huuu hati kecil ku telah mengecil kok. Gini.

Itu ari, aku ada la pergi satu rumah ni. Open haus. Dah, aku ni tidak lah peramah nak sembang2 kan. So, aku pasang telinga je lah. Dah, depan mata, takkan nak pekup telinga pulak, kan?

Dalam sembang2 2 orang wanita ni, aku dengar lah derang cite pasal loteng. Aku rasa di kalangan kawan2 suami ku memang sibuk bercerita pasal loteng ni. Asal ada je rumah yang berbumbung tinggi, mesti ada cecita nak 'tiru' rumah aku buat loteng (hahaha saje je nak balas dendam kecikkan hati balik).

Pastu aku terdengar la orang tu cakap, memula dia pon nak buat loteng gak. Kawan laki dia ada yang dah buat loteng, tapi tukang nya buat tak elok sangat. So, dia tak jadi la buat.

Setahu aku, dua orang je kawan2 derang ni yang berloteng. Aku ngan sorang lagi yang encik hairul pegi tengok loteng dia sampai hilang kemre kat tengah jalan tu. Jadi, aku membuat spekulasi, entah2 dia maksudkan loteng aku. Ces!

Balik2 tu, terus aku masuk loteng aku tu dan menyedapkan hati sendiri. Alah, lantak pi lah. Bagi dia tak cantik, bagi aku dah cantik dah ni. Memang la masa mula2 tu nampak buruk jijik je kan, dengan kaler varnish nyer yang aku pun tak suka. Tapi, selepas di touch up2, dah tak nampak dah yang buruk tu. Ok what? (Korang wajib defend aku eh. Sila beri kata2 perangsang). Yang penting, diri sendiri yang kena kreatif nak menjadikan yang tak elok tu menjadi elok. Uh! Masih tak sedap ati lagi...

Tak pun, entah2 dia maksudkan rumah yang lagi satu tu kot hihihi. Speku lebih... Tapi, takde pulak dia cakap, "tapi, ada satu rumah lagi tu, cantik pulak lotengnya. tukang yang sama gak yang buat..." Maksudnya, memang dia maksudkan rumah aku lah ek? Huaaaaaaaaaaaaaaaa...










Buruk ek?


Wednesday, 29 September 2010

Jemputan Rumah Terbuka Aidilfitri 2010/1431H

Aku tau, pembaca blog aku ni berapa orang lah sangat. Sebab tu berani buat jemputan secara terbuka kat sini. Itu pun bukannya korang duduk kat kawasan berdekatan pun kan. Tapi, kot2 lah kan, ada kenduri kawen ke dekat2 sini, hantar anak balik asrama ke (jangan datang hari ahad lak, aku ada byk jemputan open house nih), nak beli kerepek ke, nak kawen, beli barang2 kawen kat ayer hitam ke, apa2 je lah yang memungkin kan korang ada dekat2 ngan paghit raja ni, sila2 lah datang ke rumah ku. Jiran setaman kalau tak malu nak tengok2 dapur ke loteng ke, datang lah hahaha. Ambik kunci kat pejabat pemaju dulu ek...

Okeh, butir2 adalah seperti berikut :

Hari : Sabtu, 2 Oktober 2010
Masa : 1 tengahari hingga 7 malam (kalau makanan habis, minum air je lah ek)
Tema : Satu Hari Di Hari Raya (pandai2 korang la nak definisi kan cemana. poyo je siap bertema bagai)

p/s kalau kita tak kenal, bagi password 'blogger' jer... RSVP dialu2kan...

Monday, 27 September 2010

Virtual Beraya @ No. 6 Jalan W!rajaya 1



REPUBLISH!

Hah, sakit akibat jatuh pun dah tak sakit lagi. So, dah kuar tanduk balik. Sian korang... tak sempat makan kuih raya aku, kan? Ok, jom jom aku bukak semula rumah aku. Sila datang beraya ek...


Meh meh masuk. Susah2 je datang dari jauh. Jemput lah duduk. Sekejap eh, saya buatkan air sejuk. Panas nih...

Gitu lah kan kekdahnya kalau menerima tetamu yang datang beraya. Kalau tak raya, ada ko nak datang rumah aku? Ada? Takde kan. Time raya pon ko tak datang, apatah lagi tak raya. Eh, aku cakap ngan saper nih? Suka monolog tau.

Takde lah. Aku sebenarnya nak mengajak korang beraya di rumah ku secara maya. Virtual raya gitu. Ye lah, takkan korang sanggup datang dari kl semata2 nak makan kuih raya aku yang tak seberapa tu kan? Kurang2 kena lah ada lontong ke kan. Baru lah berbaloi bayo tol rm25.80 tu. Jadi, korang beraya kat blog je lah eh? Konon2 korang makan lah kuih tu.

Okeh, masuk2 jek, dah ready kuih raya 5 balang. 5 jer? Eh, jap2, saya ambik lagi kat dapo. Ada lagi...

5 jenis je kuih dia? Tak best langsung, kan? Macam kedekut je. Mesti duit raya pun dapat 5 posen je nih.

Eh, tapi langsir dia lawa lah. (hehehe motif?) Sedondon dengan kusyen dia.



Hah! Apa tuh? Aku dengar langsir2 je dari dapo tadi. Nak kutuk langsir aku lah tu kan. Jeles!

Nah ni, aku tambah kuih raya lagi 5.

Wahhh sekejap nya ko buat kuih. Tiba2 je dah siap ngan renda2 eh.

Ermmm baru lah menaikkan selera kami nak makan kuih2 nih. Takat balang plain2 ni, adik aku pun geti beli kat kedai 2 hengget.


Eh, korang ni. Takkan nak tengok je balang tu. Aku tau lah cantik kan. Bukak ler... makan ler kuih muih ku itu.

Sayang pulak nak bukak... hihihi...


Oklah. Biar aku bukak kan. Boleh jugak aku memperkenalkan nama2 kuih ni kat korang. Nak harapkan korang, tau makan je kan.

Yang ni kuih makmur nama dia. Intinya kacang tumbuk. Kalau mak aku buat, intinya kurma. Ni mak mentua aku yang buat. Tapi yang tukang cepit2 corak daun kat atas kuih tu, encik hairul yang buat.

Yang ni kuih jejari bersalut coklat dan kelapa. Sedap nih.

Ni kalau tak tau nama ni, memang saje la kan nak kena hempuk. Tat gulung nenas namanya. Sama seperti 2 kuih di atas, pon dibagi oleh ibu mertua ku.

Ini kuih ros saplayer nama dia kehkehkeh. Sebab supplier yang kasik hikhik.


Ini pulak kuih dodol kegemaranku (dah abis pun...). Ingat? Aku pernah cakap, aku suka kuih dodol, semperit dan sarang semut. Dodol ini memang sedang elok dengan selera aku. Liat2 manja, manis2 lemak2. Tapi stok takde. Abis kat balang ni, bermakna abis lah dia yea.

Owh! Kuih kegemaran ku selama 2 tahun. Biskut balqis namanya. First time aku beli tahun lepas, terus terpikat. Ada rasa susu dan cornflakes. Adalah pelik aku suka kuih ni sebab aku tak suka susu. Harap2 tahun depan dapat jumpa lagi.

Ah, ni takyah cakap ah. Dah tau kan? Biskut mazola bazooka ku.

Ini kerepek selayang @ kapal terbang @ kuih gunting. Aku beli dari student aku. Pon ku suka. Nipis dan rangup.

Uhuk! Biskut famos amos ku yang ntah, tak tau nak cakap macamana. Cuba lah kalau berani.

Seprais! Tahun lepas, aku ada beli satu batang buruk yang tersangat lah sedapnya. Konon tahun ni nak beli lagi, sekali kawan encik hairul yang jual tahun lepas tu dah sambung belajar pulak. Nak buat cemana? Lalu dia pun order pulak kat kawan lain. Sekali dapat2 je batang buruk tu, oh mak kau! Terkejut aku. Sebabnya, itu lah batang buruk yang aku nak beli sangat tuh. Hok aloh! Kenapa tak cakap sama. Mencik lah. Dah lah tak sempat nak order lagi dah. Dapat sebungkus jek. Sikit pulak tuh. Lenkali ingat eh. Nama batang buruk tu ialah 'KUNYAH'. Produk sungai abong muo. Tahun depan aku order sedozen terus eh.

Eh, dah cukup 10 jenis eh? Meh sambung lawatan tapak.




Ini lah langsir yang aku cari sampai ke klang tu. Biasa je kan? Lantak lah. Janji aku rasa cantik.

Mana lah aku tau kemain susah nak membuat langsir design nih. Sakit satu badan.








Tang ni takde perubahan.

Meja ku berwajah baru.


Minggu lepas baru orang tu pasang pintu sebelah oven ni. Mula dia nak pasang hari selasa yang aku balik kampung nak raya aritu. Tapi, malam. Tak kosser la aku nak tunggu. Baik aku balik kampung siap2. Dia lain lah, ciner, tak sambut raya...




Oh, dah nak balik ker? Nah, duit raya sorang 5 posen. Setahun kumpul, dapatlah seratus lebih. Jalan baik2 naaa... See you next raya, insya Allah.