Thursday, 23 September 2010

Raya Marathon 1431H : Episod 6 - Pekan Nenas & Kulaijaya


Raya keempat, aku balik eto5 pulak. Aritu balik raya pertama sekejap jek.

Hari raya kelima, kami pergi beraya lagi. Raya keempat tu kira rehat la sekejap. Kami pergi 1 kete je, 8 orang. Kecoh betul budak2 nih. Mula2 pergi pekan nenas, rumah cik as. Cik as ni adik fil. Wife dia cik ani, muda setahun dari kitorang. Kami sampai situ lebih kurang kul 12.45 tengahari. Sempat makan nasi. Dekat2 pukul 3pm, kami beransur ke kulaifornia pula.






Bunga2 di rumah cik as.

Next, ke rumah pak ndak. Selalunya, setiap tahun kami pergi sini, mesti dia masa rendang cili api. Tapi tahun ni takde pulak. Tapi, sempat lah juga dia masak2. Makan nasik lagi.

Kendian pergi rumah cik man pulak. Oh, derang ni semua adik fil. Fil anak sulung. Yang lelaki2 semua dok johor. Yang pompuan2 semua duk kl.

Kat rumah cik man tak makan nasik dah. Dah sendat perut. Makan kuih raya je.


Kemudian, kami ke rumah abang ani pulak. Tadi cik as, nama pompuan, tapi lelaki. Ni, nama pompuan, tapi lelaki. Abang ani ni pulak sepupu encik hairul, anak mak long. Juga merangkap cikgu sekolah kami dulu. Dulu abang ani ni ngajo kat sekolah semencu, tapi dia tak pernah la ajar kami. Masa di awal percintaan, sungguh indah hidup kita dan kemesraan mu membangkitkan kasih sayang... betapa rela ku berkorban untuk mu... tetapi mengapa dengan tiba2 engkau membenci ku... hingga kau tergamak tidak sudi lagi memandangku... oh di mana sumpah setia mu dahulu oh sayang... seandainya suatu hari nanti hidupmu tak bahgia... itu lah balasannn sumpahan janji palsu mu...

Eh, dah melalut plak. Masa awal2 percintaan dulu, encik hairul selalu lah juga lepak kat rumah sewa abang ani (rumah kilang). Kat situ boleh la kami bergayut di telefon berejam2 hehehe. Isy, kenapa abang ani tak memberi nasihat 'sekolah2 tak elok berkapel' ek?

Kat rumah tu, kami dijamu dengan mee goreng. Adehhh terpaksa kasi sumbat juga. Dah pergi rumah tu, tak logik lah kalau tak pergi rumah abang yus. Adik abang ani. Dekat2 situ jugak. Pergi rumah abang yus, dapat idea nak buat lanscaping. Insya Allah, minggu depan kalu free akan aku usaha kan tanah yang sekangkang kera itu.

Eh, pernah tak aku cerita pasal tanam pokok durian? Aritu, sehari sebelum puasa, kami ni kononnya nak tanam lah pokok durian yang dibeli. Aku beli pokok durian tu kat kota. Masa nak pilih baka mana yang nak dibeli tu, kami tanya2 lah kat tokei tu tips2 nak menanam pokok. Mulanya aku ingat nak beli durian d101 ngan d24. Sebab kononnya macam glemer je kan gred tu. Sekali dia cakap, gred d24 tak sesuai di tanam di tanah negeri johor. Tah, katanya jenis tanahnya tak sesuai. Dia lebih sesuai ditanam di negeri pahang, area raub bentong mentakab sana. Ohhh gitu pulak ek? Dan, dia rekemen d13. Katanya, d13 ni pokoknya cantik, rimbun. Isy, tak terpikir pulak aku nak menanam pokok durian yang cantik. Setahu aku, asalkan buahnya sedap, ye sudah. Sebenarnya banyak lagi gred pokok durian yang dikahwinkan ni, tapi aku beli yang d101 ngan d13 tu je lah buat masa nih.

Dan pada satu hari di hari sebelum puasa tu, kami pun pergilah ke tanah kami tu. Siap bawak air sebaldi nih. Sekali sampai sana, hampeh! Mana tanah kami??? Jalan pun dah penuh lalang, tanah apatah lagi. Memang tak jumpa batu tanda tu. Nak redah kang, keluar si ekor pendek tu ke, tak ke naya? So, tak jadi lah kami menanamnya. Lain kali lah ek.

Eh, dah lupa dah, apa asal usul cerita tadi. Oh, lanskap. Maka, selepas makan2 kuih, minum2 teh, kami pun pulang semula ke rumah. Pas antar derang, kami balik eto5 semula. Besoknya baru balik semencu semula.


0 komen: