Waaa aku dah berhari raya kah? Sungguh lama menyepi diri. Bukan bukan. Aku masih di tepi parit lagi. Masih gigih mengemas rumah. Makin ku kemas, makin banyak pula yang aku kena kemas. Bak kata errr siapa ek? Semakin banyak kita menuntut ilmu, semakin banyak yang kita tak tahu, kan? Isy, apa kes menyamakan kemas rumah dengan tuntut ilmu? Ah, janji ada perumpamaan.
Apakah yang aku bizikan sangat selama 3-4 hari ni ek? Meh aku ringkaskan...
Jumaat - 3 September
Pagi : Ku membuat biskut 'gadis kulim'. Adapun biskut itu ialah biskut ala famos amos la kununnya. Dah, kan aritu ada kes hina johor oleh gadis (bukan mak orang ke?) yang berasal dari kulim, maka aku kasi kredit ar kat dia. Biar dia tahu, bukan setakat kat jb, ni kat paghit ghaje pon ko boleh dapat biskut famos amos tuh. Membesar2kan sungguh.
Petang : Ku pergi ke opis. Huh! Rugi jek aku cuti, tapi pegi opis, kan? Oh, tak rugi langsung sebab aku dah puas dah tido pagi tu. Aku pegi tu pon sekejapan cuma, nak menukar duhet raya. Kang tak berduhet raya anak2 buah ku sekalian. Ehhh memang lah aku kaya, takyah tukar duit kecik pon boleh kasi, tapi, aku memikirkan budak2 tu, umur baru setahun jagung, apa laaa yang dia pandai beli, kan? Lain lah dah sekolah menengah ke, boleh la derang beli jam tangan ke, henpon ke. Ni, kecik cinonet lagi. Jadi, aku kasi duit kecik cinonet la juga. Harap bersabar tunggu beso ek...
Dari opis aku terus ke bandar untuk menyoping baju jalan2 encik hairul. Susah ek, orang laki nih. Nak beraya kena ada dua versi baju, baju melayu ngan baju jenjalan. Macam budak2. Tapi, takkan lah nak buat baju melayu sampai 8 pasang macam aku gak, kan? hihihi. Memula kami pegi samit, kendian singgah bazar pesta dan terus ke bpmol. Tapi, oleh kerana time tu dah pukul 6.45pm, sekejap je lah kami kat situ. Bersambung lain kali. Takde nafsu aku nak berbuka di luar rumah. Kami terus balik.
Sabtu - 4 September
Pagi tu aku kemas2 sikit. Bukan kemas nak kasi kemas seperti yang biasa kita ketahui maksud kemas tu. Ni kemas barang2 dapo, kasi sorok dalam bilik sebab hari ni kitchen cabinet aku siap dan akan dipasang. Yey! Eh, aku takde cakap ek? Ohhh saje je nak seprais katanya. Jadi, lebih kurang jam 1pm, grung greng grung greng la mereka. Aku pasrah nok. Sepah la, debu lah, hah, drill lagi banyak2 sampai besok. Janji aku dapat kabinet baru.
Oh, sebenarnya aku extend sikit je kabinet dapur aku kat belah meja makan, pintu keluar dan aras peti ais. Sikit ek? Hehehe. Satgi kang aku tepek kat sini gambonya yek. Ni pon aku baru siap kemas semuanya. Baru lah asyik untuk ditayang. Isy, baru sekejap tadi ustaz zaharudin tulis status berkenaan jangan menunjuk2, mengompare2 ngan orang time raya2 nih. Adeh... Ampun dong. Bukan nak menunjuk, sila buang imbuhan 'me' itu ya.
Petang itu, selesai semuaannyak, datang pulak jiran belakang dan sebelahku menghantar lauk munjung. Wah! Suka banget. Memang dapo aku tak sesuai untuk main masak2 kok. Eh, kenapa aku slang indon nih? Apakah kerana aku baru lepas melakukan tugas bibik?
Ahad - 5 September
Hari menggantung langsir. Punya lah tak sabo2 nak pasang langsir, celik2 mata je aku terus lap cermin tingkap bilik belakang. Kesian bilik tu. Dah lah tahun lepas aku tak buat langsir dia. Penuh pula dengan kain baju. Kali ni aku buat langsir untuk dia sekali. Ermmm baru lah berseri2. Oh, hari ni juga, aku menjahit sarung kusyen. Dah siap dah. Tapi, agak pelik rupanya. Macam botak gitu. Ah, lantak lah.
Malam pulak, aku pulun menggilap sofa. Beria2 aku menggosok. Dua jam jugak. Tu pun belum puas hati lagi. Kang nak sambung. Tapi, memang best. Dah macam baru semula. Sofa panjang tu kan memang selalu aku baring2 tengok tv kan. Jadi, berdano (istilah berdaki la lebih kurang) lah jugak di beberapa kawasan. Tak rugi aku membeli sofa berwarna cerah.
Dan hari ini, celik2 mata je, aku terus mengelap tingkap bilik ku, pintu lemari, meja2, dan segala2 benda yang boleh dilap lah. Pastu aku vakum satu rumah dan akhirnya mop. Sekarang, tengah tunggu kering. Pasnih nak susun kusi. Kena lah ubah kedudukan sikit kan. Kang tak rasa macam raya pulak.
Okeh, gambar akan menyusul kemudian. Malas aku nak transfer. Babai!
0 komen:
Post a Comment