BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, 20 September 2010

Buat Kuih Raya - Entry Terakru


Merata tempat aku jaja cerita aku buat kuih gadis kulim. Tak senonoh je. Sebabnya, aku rasa, biskut tu macam tak mencapai je stended famos amos. Ada la sikit2 rasa macam biskut munchys oat apa ke namanya tah tu. Alaaa yang baru tu, yang bungkusan kaler putih ada macam2 perisa tu. Kalau tarap famos amos, mestilah dia ala2 rangup tetapi rapuh, kan? Ni tidak. Rangup tetapi keras. Kena berusaha sikit la kalau nak mematahkannya. Walau bagaimana pun, yang penting usaha membuat tu kan? Dah berapa orang budak dah mendapat manfaat khasiat daripada biskut tu. Laku lah jugak (merujuk kepada balang kuih di rumah MIL).

Anyway, aku tetap nak tayang jugak biskut itu di sini. Tahun depan aku akan cuba improve.

Adunan yang aku buat. Tak tau lah, macam lembik sikit adunan ni. Tak boleh dibentuk. So, aku bentuk2kan kat atas tray je.

Memang tak boleh nak dibulatkan. Kat mana lah silapnya tuh.

Yang penting biskut ini diperkaya dengan coklat cip dan kekacang hazel dan almond yang sangat banyak.


Mengembang dengan jayanya. Tak pasal2 biskut raya aku dah sebesar cipsmo.

Dua jenis biskut.

Dan ini pula ialah lengkong kering yang tak kering.

Aku buat lengkong ni masa cuti merdeka. Sepatutnya, kalau dijemur setiap hari, time raya tu dah kering dah. Tapi, sejak hari aku membuatnya, asik hujannnnnn je. Aku pulak letak kat tingkap dapor yang panas petang. Dah, asal petang je, hujan. Asal hujan je, petang. Mana nak kering? Time aku cuti pulak, aku bukak tingkap bebeso, sekali hujan, tempias. Habis, basah semua lengkong nih. Last2, tah, aku pun tak tau nak buat apa.



Kesimpulannya, lengkong kering ku tidak menjadi. Sedih lah!

2 komen:

kakLuna said...

anak aku suka la sangat munchys oat tu (aku pun tumpang skali)

kalo rasa femes amos ko camtu kira ok le

AyunasiA said...

aku mula2 suka gak. masuk paket ke-3, terus tak suka dah...