Friday, 24 September 2010

Raya Marathon 1431H : Episod 7 - Cikgu R0hana


Aku rasa, sejak sekolah, sampai lah sekarang, ada 2 nama cikgu yang sentiasa bermain2 di bibir encik hairul. Satu cikgu r0hana, dan satu lagi cikgu najib. Kedua2nya adalah cikgu sekolah v0kay beliau. Sampai kan masa lepas grad dulu, bila dapat offer kpli, dia beria2 nak pergi sebab nanti bila dah jadi cikgu, dia nak jadi warden, macam cikgu najib. Huh! Sampai begitu sekali obsesnya terhadap cikgunya. Kalau bercakap pasal cikgu r0hana pulak, aku bayangkan, itu lah cikgu paling best sekali dalam dunia.

Tahun lepas, siap kami nak pergi terjah lagi rumah cikgu r0hana ni time raya. Tapi tak dapat contact. Dia tak angkat telefon. Masa tu encik hairul dah suspen, takut apa2 terjadi pada cikgu kesayangannya itu.

Dan sebelum puasa aritu, cikgu r0hana ada telefon dia. Lama tu derang sembang. Sebelum tu derang dah berkawan di fb dah.

Jadi, pada hari raya tahun ni, aku pun cadangkan supaya dia ajak kawan2 pergi beraya ke rumah cikgu r0hana. Takde plan2 pun. Cuba2 je kot2 ada yang free. Maka, pada hari khamis raya ke tujuh, kami pon pergi ke jb. Dapat respon dari 2 orang sahaja. Jadik lah.

Kami bertolak sebelum tengahari. Singgah dulu rumah kak zela kat pasir gudang. Siap mil bawakkan bekal lagi. Makan kat sana. Lepas makan sikit2, kami terus ke taman p3rling. Berbekalkan alamat diberi, kami pun terjah ke sana. Member dah sampai dulu.

Masa kami masuk tu, ada parent cikgu. Dengar suara je cikgu dah kenal. Dan bertemu lah encik hairul dengan cikgu kesayangannya. Sempoi je cikgu nih.

Aku? Oleh kerana rumah cikgu ni penuh dengan barang2 english style, aku pun melilau lah mata menengok keliling rumah dia. Kami dijamu dengan laksa johor dan makaroni goreng.

Bergambar sebelum balik.

Hanya ini yang ada. Yang pakai kopiah tu lah adik kak ani (kakak iparku yang kat mersing tu). Wife dia pun namanya asiah. Yang sorang lagi tu panggilannya benut. Seorang guru di simpang kot.

Lain kali, kena pastikan lebih ramai lagi yang akan hadir.

2 komen:

kakLuna said...

aku mula2 konfius dgn ayat 'yang kopiah tu adik kak ani (kakak iparku yg duduk kat mersing tu)'

sbb aku pk, kakak ipar tu maksudnya kakak encik hairul. heran aku napa ko x sebut je abang/adik encik hairul..

upa2nya..kak ani tu wife abg ko..

maafkan atas ketelanjuran ralat paralaks ini. :P

AyunasiA said...

buat apa mintak maaf? tunggu je hari raya... eh, tengah raya ek?