Wednesday, 29 September 2010

Spekulasi : Hasil Loteng Atau Hasil Kerja Kayu?



Buruk sangat ke korang, loteng aku nih? Huuu hati kecil ku telah mengecil kok. Gini.

Itu ari, aku ada la pergi satu rumah ni. Open haus. Dah, aku ni tidak lah peramah nak sembang2 kan. So, aku pasang telinga je lah. Dah, depan mata, takkan nak pekup telinga pulak, kan?

Dalam sembang2 2 orang wanita ni, aku dengar lah derang cite pasal loteng. Aku rasa di kalangan kawan2 suami ku memang sibuk bercerita pasal loteng ni. Asal ada je rumah yang berbumbung tinggi, mesti ada cecita nak 'tiru' rumah aku buat loteng (hahaha saje je nak balas dendam kecikkan hati balik).

Pastu aku terdengar la orang tu cakap, memula dia pon nak buat loteng gak. Kawan laki dia ada yang dah buat loteng, tapi tukang nya buat tak elok sangat. So, dia tak jadi la buat.

Setahu aku, dua orang je kawan2 derang ni yang berloteng. Aku ngan sorang lagi yang encik hairul pegi tengok loteng dia sampai hilang kemre kat tengah jalan tu. Jadi, aku membuat spekulasi, entah2 dia maksudkan loteng aku. Ces!

Balik2 tu, terus aku masuk loteng aku tu dan menyedapkan hati sendiri. Alah, lantak pi lah. Bagi dia tak cantik, bagi aku dah cantik dah ni. Memang la masa mula2 tu nampak buruk jijik je kan, dengan kaler varnish nyer yang aku pun tak suka. Tapi, selepas di touch up2, dah tak nampak dah yang buruk tu. Ok what? (Korang wajib defend aku eh. Sila beri kata2 perangsang). Yang penting, diri sendiri yang kena kreatif nak menjadikan yang tak elok tu menjadi elok. Uh! Masih tak sedap ati lagi...

Tak pun, entah2 dia maksudkan rumah yang lagi satu tu kot hihihi. Speku lebih... Tapi, takde pulak dia cakap, "tapi, ada satu rumah lagi tu, cantik pulak lotengnya. tukang yang sama gak yang buat..." Maksudnya, memang dia maksudkan rumah aku lah ek? Huaaaaaaaaaaaaaaaa...










Buruk ek?


5 komen:

Anonymous said...

ish, rajin pulak aku jenguk blog ko nih..

aku tengok ok jek loteng ko tu...bertambah berseri bila putih...
ala, dorang tu dengki sbb dorang takde loteng hihihiiiii...


nanti aku upload kan loteng aku eh kat facebook...kononnya aku berangan nak wat tangga pusing...besi tiang dengan pemegang dah ada (entah2 dah karat barat..~aku dah lempar kat lantai mezanine tu)..step nya pulak yg tak wujud2 sampai skrg...lagi syadis!!

Puteri Satu said...

eh cantik apa.... tang mana buruknya akak tak nampak pun.. memang cantik.. sweeet je dengan dinding purple tuh...

Luna said...

masa dia tgk tu lum siap cat tangga, wallpaper kot...

AyunasiA said...

tq korang kerana membesarkan hatiku...

Cik Puan Diksu said...

saya tengah mencari idea membuat loteng... Ternampak pulak loteng.. Sedikit sebanyak membantu saya untuk buat loteng nanti...Cantik..Kemas. Boleh thau kos buat loteng ni?