Friday, 24 September 2010

F3LDA Yang 'Bangkrap'

Masa isu kebangkrapan felda dibangkitkan oleh pihak yang satu lagi, koop belum umumkan dividen. Ya, felda ialah nama besarnya, koop pula melabur pada anak2 syarikat felda. Jadi, kalau lah felda bangkrap, maka koop sebagai pelaburnya haruslah lebur sama.

Tapi, hakikatnya, tohmahan itu hanyalah berdasarkan kepada duit tunai yang dikatakan menyusut berbanding tahun lepas. Tetapi aset tetap adalah meningkat. Ye lah, macam duit kita juga. Kalau beli kete, beli rumah, memang lah duit abis. Tapi, harta bertambah. Sama lah juga kesnya dengan felda. Pada tahun 2009 mereka telah membeli beberapa hartanah antaranya di bandar baru bangi yang dijangka akan didirikan hotel, apartment dan restoran pada masa hadapan. Alah! Kurang2, cakap lah felda rugi ke, tak untung ke, baru lah logik. Mana ada tiba2 bangkrap. Contoh macam sime, mas (suatu ketika dulu), mereka semua mengalami kerugian, bukannya bangkrap.

Isy, aku memang sensitif bab2 felda nih. Walau pun aku tak bekerja untuk felda, atau pun tinggal di felda (lagi), tapi, beradanya aku di sini pada hari ini adalah atas titik peluh hasil daripada tanah felda. Setiap anak felda pasti pernah melalui pengalaman masuk ladang, potong buah, angkat buah, 'broning', kutip buah peroi, makan biji sawit bakar, mandi paya, raut lidi penyapu, menimba, memancing dan pelbagai aktiviti lagi, semuanya di tanah ladang itu lah. Tak tau lah orang lain, tapi aku pernah juga berhujan di dalam ladang bila mana hari dah nak senja, tapi buah sawit belum habis di potong sedangkan esok lori dah nak kutip dan abah terpaksa menyiapkan juga keje dalam hujan. Ah, memang syahdu kenangan itu. Apatah lagi bila mengenangkan abah yang kurus (saiz2 aku je) terpaksa mengangkat batang sabit besi yang berat dan panjang.

Habis, macamana lah aku tak sensitif?

Balik raya aritu, kami ada tanya abah tentang hasil sawit sekarang. Ye lah, sejak tanam semula, baru 2 tahun ni kot peneroka dapat menikmati semula hasil dari sawit. Kalau tahun lepas, felda cuma membayar secara purata, seribu lima ratus sebulan, tahun ni, mereka dah mula membayar mengikut jumlah hasil sebenar. Adalah tambahan lagi beberapa ratus sebulan. Setakat mak abah berdua je, memang dah ok sangat lah tu kan. Cuma sekarang ni, adik aku sorang tu tengah belajo kat kolej key el em yu. Berapa tah agaknya belanja dia sebulan ek? Aku wonder la jugak berapa yang abah bagi kat adik aku tu bulan2? Ermmm aku belajo dulu, pandai2 la kawtim adik beradik. Dapat lepas bayar yuran tu pun dah cukup baik dah. Uhuksss sedihnya...

Ok, habis dah mode sedih. Sebenarnya aku nak bagitau fakta, dalam 'bangkrap2' felda tu, dapat jugak dia kasi dividen 10% dan bonus 4%, kan? Kalau tak bangkrap agaknya, mesti leh dapat sampai 100% ek? Uisyyy kayo makcik...

Jadi, sempena bulan ni gaji aku dah tak potong epf, aku ingat, aku kena lah mendivertkan potongan epf tu ke channel yang lain. FIL pun dah banyak kali suh aku, (aku ok, bukan encik hairul) buat loan untuk melabur di sinun. Ni yang tengah pikir nih. Abang2 dan kakak2 ku, takpe ke kalau orang menggunakan kuota share keluarga kita secara berlebihan? Tak macam nak bolot harta kan hihihi...




2 komen:

Luna said...

aku sokong ko sensitif isu ni tp pd masa yg sama aku ikuti jugak isu ni..sbnrnya..pendedahan ini dibuat..utk menyedarkan bhw,masyarakat felda boleh dapat lebihhh lagi kalo pengurusan nya cekap krn aset felda mmg banyak..tp ada bbrp kepincangan timbul dan isu2 kronisme.

apapun kes 'felda bankrap' ni pun dh settle. suara keadilan pun dh diharamkan..mereka silap krn tak letak '?' pd tagline.

AyunasiA said...

bukan warga felda je sensitif, malah pm kiter lebih2 lah lagi sensitifnya. sebab felda ni kira mcm piling (cerucuk, betul ke ejaan aku tu?)bagi gomen la. awas sih loh!