BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, 31 December 2012

Aaron Part 2

Hari minggu lepas, abangtapa datang ke bp ni, nak merasmikan pembukaan the next kedai froyo di square1. Berapa banyak tah nak bukak kedai jenis ni. Dah lah mahal. Aku ni kata jer tak minat, tapi terkinja2 jugak nak pergi tengok huhuhu. Sebenarnya niat aku cuma nak bergambar dengan dia dan jeleskan korang je hahaha. Niat je dah jahat, tu yang tak tercapai tu.

Jadi sebelum tu, aku gi makan makanan arab dulu. Dulu ada kedai arab bukak kat paritraja ni, tapi tak sempat aku nak pergi dia dah bungkus dah. Now ada 2 kedai arab kat bp. Satu tu makanan yaman ke haper tah. Yang satu lagi general arab food kot. Aku sebenarnya tak suka mencuba kedai makanan baru (contra to encik suami) sebab selalunya tak kena dengan selera aku. Tapi yang ni terpaksa kot, sebab kitorang nak makan beriani, tapi kedainya tutup. Renovation. Kedai arab ni pun tak jauh dari situ. Masa masuk tu, takde orang. Errr memang tak laku ke kedai ni?

Maka aku pun order nasi mandy kambing. Sekali bila makan, 'sebijik macam rasa nasi yang kiter makan kat RnR masa on the way dari madinah ke makkah!' Cuma masa tu lauknya ikan, ni kambing. Tapi serius, sama sebijik dot rasa nasinya. Kambingnya pulak, walau pun kering kontang je, tapi sedap. Ok, boleh makan lagi.

Mula tu kitorang order satu je sebab takut portion dia besar. Rupanya biasa jer. So, order lagi satu.

Ehhhemmm makan ni kena berdehem beberapa kali sebab tercekik kering ok.  Sibbaik sedap.

Ok, ada kuah sikit, tapi tak pedas lor. Tomato kot.

Dan aku order hummus. Tak pernah makan dan tak akan makan lagi dah pasnih. Tak sedap!!!


Seterusnya kami ke k4 untuk menengok abangtapa. Tapi putus harapan la nak bergambar dengan dia. 30 orang je bleh. So, ambik gambar dia dari jauh je lah yang boleh. Tapi kan, baru aku perasan. Kalau pelakon ni buat sesi jumpa peminat cenggini, dia bukan boleh buat apa pun, kan? Kalau pelawak mungkin lah boleh buat lawak. Ni, takat sesi menjawab soalan mc jek, pastu ambik gambar. Dah? Kalau penyanyi kan boleh gak dia nyanyi2 tuk kiter, ek?

Tapi tu lah, aku pernah terfikir (suatu masa dulu) yang pelakon ni susah sikit peminat nak 'reach' sebab dia keluar kat pawagam, atau tivi je. Ada takde kalau ada road tour promosi filem ker, baru lah dia jumpa peminat.  Atau pun dibawak oleh program jomheboh ker. Berbanding penyanyi yang selain di tivi, dia selalu keluar buat persembahan dan lebih dekat dengan peminat.

Orang rumah dia.

Kekdahnya, dia sign kat poster, kendian bergambar dengan 30 orang itu. 

Takde lah tinggi sangat dia ni.

Aku sensorang je berasak2 kat situ. Encik suami menyorok, malu kalo jumpa student. Sibbaik student aku tengah cuti sem.


Dah, itu jek. Tak jeles pun, kan?


Friday, 28 December 2012

Jack Reacher vs Jack Bauer


Masa tengok istanbul kot, aku tengok trailer citer jack reacher. Sejak tu dah berazam nak tengok citer tu nanti bila keluar. Sebab heronya tom cruise. Antara hero hollywood yang henskem. Dan bila si alub tu cakap citer ni ala2 criminalmind versi filem, lagi lah aku teruja nak menengoknya sebab aku memang suka sangat criminalmind. Katanya citer ni adaptasi dari buku.

So, hari sabtu lepas kami sempat menontonnya. Dalam kepala dah set, citer ni macam criminalmind. Ok lah, ada la sikit2 ke'criminal'mind'annya, tapi tak sama. Satu, dia bukan satu team penyiasat. Dua jack reacher tu bukan ejen. Cuma yang criminalmind sikit mungkin lah sebab kes tu selesai melalui analisis terhadap minda si mamat kambing hitam (tah lupa lak nama watak dia) itu.


Dan bila melihat watak jack reacher tu, ada lah ciri2 macam jack bauer sket, tapi versi lemah lembut kot. Tapi jack bauer yang season berapa tah, yang dah berenti dari ctu. Kira dia dah jadi orang biasa la. Yang samanya tang dia bukan ejen dan dipanggil untuk selesaikan satu kes. Errr tapi jack reacher ni selesaikan kes pembunuhan. Kalau jack bauer dia selesaikan masalah negara. Pastu dalam scene last tu, jack reacher tembak pakcik zec bermata batu. Tu pun macam jack bauer sikit2. Hati kering. Tapi muka tom cruise tu nampak baik sangat. Tu yang aku kata dia versi lemah lembut. Kira penjahat tengok pun tak takut sangat la, compared to jack bauer yang brutal, ganas dan gagah. Ceh!

Cuma aku rasa babak2 dalam citer tu agak longgar la. Gasak2 sikit dah menang. Patut buat lah hero kalah dulu ker kan. Ni, terus menang dan tak cedera langsung. Patut kalau ada prop pisau kat situ, kasi lah hero tu kena tikam sikit ke, terguris ke, baru lah nampak ganas sikit. Betul lah, versi lemah lembut. Yang aku tak puas hatinya ialah penggunaan prop pisau yang hanya dijadikan bahan lawak. Bila pisau tu tercicir, tak pulak tom cruise tu cuba nak ambik balik. Rugi jek.

Pendek kata, boleh tahan je lah citer ni. Aku masih ternanti2 24 the movie yang entah bila nak kuar tah. Katanya lepas tamat siri dia nak buat penutupnya sebagai movie. Tapi dah 2-3 tahun ni masih tak nampak bayang movienya. Tapi mungkin jugak la, nak compress satu2 citer tu dalam movie memang susah, tapi bukan citer omputih biasa boleh sampai 3 jam ke? Boleh jer...

Sibbaik tom cruise henskem!

Stok cuci mata :)


Tuesday, 25 December 2012

1 2 3 4 5 6 7 8, 8 Lagi!


Orang sekarang berlumba2 nak kawen pada tarikh cantik. Cantik di kad jemputan, di bunting dan di banner. Dan di sijil nikah (kot?). Sampaikan kalau tarikh tu jatuh pada weekday, sanggup tu suh kaum keluarga ambik cuti. Tapi bila tiba anniversary tahun depan, hek eleh, tak cantik dah tarikh nyer. Takde saper nak ingat.

Cuba ambik tarikh kawen yang tetiap tahun pun orang sedar. Siap cuti umum lagik. Walau pun bukan kita yang menyambut perayaan itu, tapi dapat juga menggembirakan seluruh rakyat jelata dengan diberi cuti. Boleh sambut anniversary sambil bercuti. Kira kalau kata gi honeymoon lagi sekali pun boss tak kisah sebab memang hari cuti pun. Kalau jatuh hari ahad, boleh dapat cuti ganti hari isnin. Agaknya, cuti ni je yang tak tukar2 tarikh ek? Sebab dia memang ikut kalendar ni. Ye lah, kalau raya kita, ikut kalendar islam. Raya ciner, ikut kalendar cina, dll.

Pendek kata, wedding anniversary kami memang jatuh pada hari cuti umum seMalaysia.

Happy 8th Wedding Anniversary Ayun&Asia!





& Happy holiday korang!

xoxo

Monday, 24 December 2012

Drama : Geng Surau ( Download )




Saturday, 22 December 2012

Karya Teragung


Pernah tak korang perasan korang penulis blog terhebat? Perasan kengkonon entry korang tu best sangat seolah2 orang lain takkan mungkin boleh lah tulis benda sebegitu? (ke aku sorang je berperasaan begitu? hahaha) Ye lah, blog ni kan mencoretkan perjalanan hidup peribadi seseorang (ada gak blog yang coret kehidupan orang lain seperti bloggossiphiburan). Setiap orang melalui jalan hidup yang lain, yang tersendiri, walau pun duduk dalam satu rumah, tidur sekatil pun. Cumanya, teknik penulisan, skill pengembangan idea dan bakat bercerita mungkin membezakan tahap karya mereka. ... apa yang aku mengarut ni???

Aku rasa setiap penulis akan ada karya terhebat derang sendiri. Karya teragung la kununnya. Tak kiralah penulis blog ke, penulis novel ke, penulis sotkabo ke, penulis lagu ke. (tapi kalau blogger tu, penulis amatur je lah). Orang panggil masterpiece. Eh, penulis karangan bahasa melayu masa spm pun mesti pernah menulis satu karangan terbaik yang dapat markah 99% kan? Aku pernah (tiba2 nostalgia) sekali, cikgu suh karangan aku dijadikan contoh rujukan kawan2. Sekali je lah tapi hihihi (kira masterpiece ke tu? wek!). Eee bila ingat balik, mencik tau cikgu bm aku tu (tapi sekarang dia dah jadi guru bestari). Tetiap minggu dia suruh buat karangan. Kebanyakan topik isu semasa. Dan dia akan tampal artikel2 dari sotkabo dan majalah (dewan siswa la, dewa pelajar la dll) untuk kita mencari isi dan dia expect kita masukkan point tu dalam karangan kita. Susah kot nak faham bahasa dalam artikel tu. Macam kena baca between the line gitu. Pastu bila prep malam, budak kelas lain rilek2 study, kitorang kena memerah otak membuat karangan. Stress kot. Cuma yang syukurnya, salah satu topik yang pernah kitorang buat tu, keluar time spm sebenar. Feh! Perasaan masa tu macam orang bersalin, bila tengok muka baby terus hilang sakit hahaha (ni korang jugak yang cakap, kan?). Ok itu mengarut.

Ok, kalau entry blog pulak boleh merujuk kepada ruangan komen. Kalau ramai sangat yang komen (note: kalau sebelum ni tak ramai la. kalau memang sentiasa ramai tu dah bukan masterpiece dah), tu tanda2 entry tu best dan mengusik di hati (tak semestinya kelakar) pembaca lah. Tanda2 ok, bukan bermakna. Maksudnya tak semestinya. Selain tu kiter boleh monitor melalui nanang, feedjit, sitemeter dll. Kalau ramai masuk dengan keyword tu, tu tanda2 entry tu best jugak. Tapi tak semestinya ok. Sila sedar ruang. Kadang orang termasuk ke entry tu, tapi tak jumpa apa yang dicari. So, memang tak semestinya. Sesetengah blog tu pulak, masterpiece dia ialah kisah cinta dia. Atau pun travelog percutian. Yang sekali sekala.

Untuk blog ini, aku rasa dalam setahun, ada lah kot satu entry yang menangkap. Hehehe sendiri bagi pengiktirafan. Dah, takde saper nak iktiraf, perasan je lah sendiri. Bukan sebab ramai orang komen, tapi mungkin sebab isu tu tengah hangat dan aku pulak mengulas mengenainya. So, benda tu melekat di hati. Tak? Contohnya kalau tahun 2009, entry pasal H1N1. Ingat tak? Kiranya kalau kat twitter tu, kira trending lah (nak jugak bagitau aku dah pandai guna twitter sesikit, tu pun follow retis je hihihi). Kalau ko gugel jek, komfem akan appear blog aku hahaha perasan.

Tahun 2010 pulak, ada entry loteng. Fuh! Sampai sekarang, hari ni, setiap hari orang search pasal loteng ni. Femes jugak blog ni bab loteng eh?

Kalau tahun lepas pulak, pasal sbpa' yang tak jadik tu. Aku bukan lah nak tumpang glemer atau menangguk di air yang keruh ke haper. Dah masa tu memang tengah jadi isu dan aku pulak kebetulan ada idea dan berani pulak menganalyse, maka keluar lah entry2 tersebut (tapi buat2 salah ejaan sebab takut boss yang terbaca huhuhu).

Tahun ni antara yang hangat ialah isu f3lda,fgvh,durianruntuh dan yang seangkatan dengannya. Tapi  entry terbaik tahun ni aku rasa ialah mengenai drama 2 babak di hari raya hihi. Walau pun ia bukan isu semasa, tak jugak ramai orang yang baca, tapi secara peribadi, entry tu aku rasa ala2 program realiti tv la. Apakah?

Tapi dalam banyak2 tu, tak boleh lawan satu entry yang trending sepanjang masa iaitu cara mengira aggregat spm. Huh!

Erm... kalau korang pulak, korang rasa entry aku yang mana yang paling best? (tddmka) Tak wajib jawab.

Eh, sebenarnya aku nak tulis pasal benda lain. Tetiba tertulis pasal benda ni pulak. Salu tau cenggini. Isy!

Next please...

p/s aku bukan sedang memilih entry untuk dibukukan. belum terfikir nak menerbitkan blook or whatsoever. sajer jer.

notakaki: wiki kata, Masterpiece (or chef d'Ĺ“uvre) in modern usage refers to a creation that has been given much critical praise, especially one that is considered the greatest work of a person's career or to a work of outstanding creativity, skill or workmanship




Friday, 21 December 2012

Drama : 10 Mokhtar Dahari ( Download )



Rapidshare

Episod 1

Telemovie : Jujur Aku Dayus ( Download )









The Hobbit... An Unexpected Journey




Aku dah tengok! Masa mula2 dengar pasal cite ni, aku terus terfikirkan lotr. Tapi aku fikir balik, bukan dah abis ke lotr? Ada sambungan ker? Tapi selepas membuat kaji selidik (aku ni rajin beno mengkaji yek? patut wat phd dah ni), baru lah ku tau yang cerita ni ialah prekuel lotr. Laaa ye kerrr. Terus teringat pulak citer kl menjerit hahaha.

Aku tengok the hobbit ni semalam. Mentara kerabat2 tu gi menziarahi makam tok nenek derang (tak kena tulah ke aku nanti cakap cenggini?), aku pergi la tengok wayang. Tak sempat nak buat revision lotr sebenarnya. So, tengok tu dalam keadaan kurang bersedia. Ingat2 lupa.

Bila mula jer cite ni, terus aku rasa berpinar2. Sebab gambar dia berlapis, macam versi 3D punya. Tapi aku beli tiket harga biasa dan takde pun disediakan cermin mata 3D. Kompius i. Sempat tu terfikir, ke mata aku ada masalah? Sebab orang lain pun layan jek, tak komplen pun? Aiyokkk nanti kena buat cermin mata ker aku? Mula aku ingat, ye lah, kot dia belum laraskan lens kat projector tu ker kan. Tapi sampai ke sudah macam tu jugak. Akibatnya, aku adalah sangap ok. Menguap2 aku dalam tu. Macam nak tido je dah. Tapi bila mikirkan, dah bayo, takkan nak tido pulak? Maka ku sengkang mata ni.

Bila dah dekat sejam gitu, baru lah ada scene2 menarik, lawak gelak2 sikit, baru lah segar mata aku. Dan sampai lah habis, akhirnya aku keluar pawagam dengan kesimpulan, best lah! Tak sabar nak tengok sambungan dia. Walau pun ada yang aku tak paham, tapi masih boleh tangkap la. Dia berkisarkan cerita pakcik bilbo baggins. Dia nak ceritakan kat frodo, macamana dia jumpa lotr dulu. Kira dulu pakcik bilbo ni ni mengembara jugak lah macam frodo, cuma misi dia lain la. 60 tahun dulu. Cuma dalam perjalanan tu lah dia jumpa lotr.

Aku rasa part yang lawak ialah scene derang nak kena panggang ngan scene teka teki gollum/smeagol ngan bilbo hihihi. Yang aku perasan dalam cerita ni, satu2 scene tu digarap dengan baik sekali sehingga kita rasa puas dengan 'result' bagi setiap scene. Maksudnya scene tu macam lengkap sebelum dia berpindah ke scene seterusnya. Tak tau nak cakap macamana huhuhu.

Dan bila tengok smeagol, terus aku berazam nak kurus semula tahun depan hehehe. Boleh pulak ada unsur motivasi di situ hihihi.

Yang Ni Gemersik Namanya

Pernah dengar lagu ni sebagai sountrack citer apa tah, tak ingat. Masa tu ingat errafazira. Dia higlight tang 'meneteskan' tu. Sekarang selalu keluar kat sinar. Kalau suara suki ni aku panggil gemersik.




Sakit, perih, menusuk hatiku

Saat kamu ucap kata itu



Ku hanya bisa meneteskan air mata

Jatuh rasanya langit ini


Apa salahku?

Sampai kau tega tinggalkan ku
Padahal aku telah berikan segalanya
Belum cukupkah dirimu?
Rasakan cinta tulus ku
Selama ini hidupku hanya untuk kamu



Benarkah salahku?

Ku terlalu mencintaimu
Hingga kau buat aku terlarut ke dalam
Mungkin ku tak bisa hidup
Tanpa kamu di sisiku
Ku yakin bisa melewati
Tapi berat… Sayang…



Wednesday, 19 December 2012

Salam


Aritu aku tengok program bicarakifayah kat tivi. Tah tivi berapa tah. Dia cakap pasal salam.

Kisahnya, satu hari, seseorang ni jumpa Rasulullah. Dia bagi salam. Assalamu'alaika ya Rasulullah. Rasulullah jawab, 'alaikumussalam warahmatullah. 2 perkataan balas 4 perkataan.

Kemudian datang sorang lagi (ke orang yang sama tapi hari lain?). Dia bagi salam. Assalamu'alaikum warahmatullah ya Rasulullah. Rasulullah jawab, Wa'alaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh. 4 perkataan balas 6 perkataan.

Kendian datang sorang lagi. Dia bagi salam. Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh ya Rasulullah. Rasulullah jawab, Wa'alaikum. 6 perkataan balas 1 perkataan jer.

Maksudnya nak menyampaikan di sini, 2 perkara;

1. Jawab salam yang lebih baik dari pemberi salam
2. Tiada tambahan ta'ala dalam salam seperti yang selalu kita dengar. Macam kes ketiga tu, dia bagi salam yang terpanjang, tak pula Rasulullah jawab lebih panjang lagi.

Wallahua'lam.

Luahan Daripada Yang Tak Meluahkan


Tahukah anda, orang yang pendiam adalah tak suka orang yang banyak cakap? Mungkin orang menganggap peramah tu bagus. Merancakkan perbincangan, memeriahkan suasana. Kalau pendiam tu tak bagus. Senyap sunyi, hambar, beku (macam sajak pulak). Tapi bagi orang yang pendiam, dia bukan sahaja mulutnya berat, malah nak mendengar pun malas sebenarnya. Dia pakej mulut dengan telinga sekali. Kalau dengar orang menceceh jer, rasa rimasnya la hai.

Kenapa orang berat mulut? Ada banyak sebab. Satu, dia takde idea nak cakap. Tapi tak semestinya dia 'bodoh' atau tak berfikir. Kadang2 idea dia berlegar2 di dalam kepala hotak dia jer. Kenapa tak diluahkan? Sebab dia memikirkan banyak perkara. Betul ke benda yang dia nak cakap tu? Ke spekulasi semata? Ada ker orang yang akan terasa, kecik ati dengan stetmen tu kelak? Nanti apa orang kata pulak? Tak macam menunjuk2 ker? Atau nanti nampak bodoh pulak?

Pendek kata, dia tak bercakap sebab banyak sangat faktor2 yang difikirkan. Sampai akhirnya kalau pun dia dah decide nak cakap, benda tu dah tak relevan lagi, atau orang dah tukar tajuk hahaha.

Yang kedua (kenapa orang berat mulut), dia takmo share. Dia ada contoh atau benda nak diceritakan, tapi dia rasa cukup lah dia je yang tau. Mungkin belum masanya nak diceritakan. Atau takmo membuka aib sendiri atau orang lain. Seperti ketika topik perbincangan adalah mengenai pasangan masing2. Tak elok menceritakan hal rumahtangga, apatah lagi memburuk2kan pasangan. Bila dah takmo cakap tu, nak dengar pun tak suka tau. Boleh tukar topik tak? Atau perkara personal yang bukan lah mengaibkan, tapi adalah sangat peribadi. Diam2 sudah.

Ketiga, dia jenis pendiam tapi mulut laser. Kira tak banyak cakap, tapi sekali kuar stetmen, zasss sentap mak nak! terus orang yang mendengar. Terkedu. Sindiran padu. Karang tengah2 rancak bersembang, terus jadi sepi tiba2. Ini selalu sangat aku alami.

Keempat, dia kuat simpan rahsia. Susah kot nak simpan rahsia. Kadang2 mulut ni ringan jek nak pecahkan rahsia. Tapi orang sebegini akan cepat bertindak mengunci mulutnya. Tak kira lah rahsia orang atau rahsia sendiri.

Kelima, dia pemalu ya hamat. Sebab bila dalam persembangan, dia tak suka menjadi perhatian. Kan bila kita bercakap, mata orang akan bertumpu kat kita, kan. Tak boleh. Nanti merah padam muka.

Updated!

Aku ingin menambah sebab keenam. Sebab kenapa orang tu berat mulut, mungkin sebab dia memang tak nak tau pun. Orang yang peramah ni banyak bertanya. Orang tengah duduk tunggu giliran kat klinik, dia tanya, sakit apa? Paling kurang dia tanya, dah lama ker? Kalau dah jawab sekali, dia tanya lagi soalan2 lain. Kalau orang yang ditanya tu pun jenis ramah jugak, takpe lah. Tak kisah nak menjawab soalan. Tapi kalau dapat kat orang yang pendiam, haihhh menyibuk la banyak2 tanya ni. Jadi, kalau orang yang pendiam nak disuruh memulakan perbualan, memang tak lah kan. Kadang tu memang lah ada rasa nak tau, tapi adeh... beratnya mulut nak bertanya sebab malas nak memanjang2kan cerita. Biarlah tak tau pun asalkan tak payah banyak2 bercakap. Takde apa yang peliknya kalau jumpa orang begini sebab aku pun pelik gak tengok orang yang tak berenti bercakap ni. Jadi terima lah orang lain yang berbeza2 perwatakan. Kau nak peramah, peramah lah, tapi kalau orang lain tak peramah macam kau, takyah lah pandang rendah. 

Errr sebenarnya perkara di atas adalah berkaitan dengan aku. Ikhlas cakap. Memang itu lah hakikatnya. Aku pernah dengar kawan cerita. Dia kata husband dia jenis tak banyak cakap. Dia kata sebab banyak benda yang dia fikir sebelum nak bercakap, sampai tak jadi bercakap. Aku setuju! Kadang tu sempat aku berfikir, ni kira mengumpat tak? Kalau komfem tak, baru aku cakap. Aku pernah bagi public speaking pasal mengumpat. Semorang ala2 takde respon masa tu. Rasa bersalah pulak hahaha. Yang aku ingat, mengumpat ni maksudnya perkara yang kita cakap, kalau orang yang kita perkatakan itu dengar, dia tak suka. Dan kalau benda tu betul, kira mengumpat. Kalau benda tu tak betul, kira memfitnah. Takut tak? Susah kot nak buat pertimbangkan sesuatu tu mengumpat ke tidak. Tapi kita boleh sebenarnya. Prektis. Kalau tak suka dengar, benci di dalam hati.

Salah ker kalau aku pendamkan? Terutama kalau benda tu bukan ilmu yang bermanfaat pun. Mungkin orang nampak macam, pelik ar ko, orang dok sembang pung pang pung pang, ko boleh tercongok je kat situ. Kadang2 aku ada sebab kedua. Kadang2 sebab keempat. Tapi selalunya sebab pertama hahaha. Eh, kalau bukan aku tengah makan, dah lama aku blah ok. Gitu lah.

Jadi, jangan cepat sangat judge orang. Diam tak semestinya takde idea. Orang pendiam ni seorang yang observant tau. Dia perati jek, tapi dalam hati dia siapa yang tau? Nak tau apa ada dalam taman hati orang sebegini, baca lah blog dia hahaha (promosi ke haper nih?). Biarlah jari bicara.  

Allah kurniakan kita satu mulut dan dua telinga. Maka kurangkan bercakap (yang sia2) dan lebihkan mendengar.

Sekian.

Ezad Lazim aka Ezad Exist


Aritu kan aku ada beli cd kompilasi lagu2 kak melah dan uk's. Baru2 ni aku beli yang exist punya pulak. Cd ni ada 2 keping. Satu banyak lagu versi ezad, satu lagi versi mamat. Tapi ada campur jugak, cuma ada yang dominan untuk setiap cd. Seperti biasa, satu kat ah, satu kat kancil. Kat ah aku ambik yang versi ezad. Sebab ada lagu mamat yang aku tak pernah dengar pun.

Bila dengar cd tu, aku berbisik di dalam hati, ezad ni bersuara lunak. Tak perlukan effort pun nak kuarkan suara yang sedap. Memang dah sedia sedap pun. Nyanyi malas2 tak bukak mulut pun dengar lemak merdu jek. Kan?

Pagi ni dalam slot lagu merapu kat sinar, abang jem nyanyi lagu duet ngan ezad, mengintai dari tirai kamar. Dan jepp tu cakap, ezad ni bersuara lunak. Maknanya?


Matilah Kau!


First time dengar lagu ni, aku adalah mak oi! Giler brutal lagu ni suh orang mati. Belakang boleh pulak cakap,  semoga dapat bahagia... tapi last cakap, berharap lah... macam sindir jek hahaha.

Matilah Kau! by Once


Mawar merah yang ku cium
Ternyata menusuk dan beracun
Wanginya menyenangkan hatiku
Membuatku tak karuan



Sehari tak bertemu dengannya
Serasa hampa dalam hatiku
Ku mabuk cinta yang tak terbaca
Oleh naluriku


Dia sama sekali tak cintai diriku
Dia hanya memanfaatkan diriku


Reff:
Matilah kau di dalam hatiku
Bawa pergi saja dirimu
Sampai ke dasar lautan

Matilah kau bersama cintaku
Banyak berharaplah dirimu
Semoga dapat bahagia

Berharaplah

Ku berlutut di bawah kakinya
Ku berikan hatiku untuknya
Ku telan semua luka-luka
Ku tak punya perisai lagi


Sehari tak bertemu dengannya
Serasa hampa dalam hatiku
Ku mabuk cinta yang tak terbaca
Oleh naluriku

(matilah kau)
Repeat reff


Tuesday, 18 December 2012

Kopi, Coffee, Cafe


Aku jumpa ramai orang yang suka minum kopi. Ada yang suka kopi hitam. Yang dalam tin macam tin biskut tu. Bila nak beli baru dia kisar. Banyak kat pagihitghaja ni. Ada yang suka kopi set2 nescafe. Apa beza kopi dengan nescafe ek? Tak, maksud aku, adakah ia berasal dari biji kopi? Ke nescafe dari buah lain? Tapi kenapa kopi hitam, nescafe ceklat. Ada beza ke coffee ngan cafe? Yang pasti semua ada kaffein ek.

Masa kecik2 aku pernah mengutip biji kopi. Kat kebun cikmail. Pernah la, musim orang eto5 tanam pokok kopi. Musim tanam koko pon pernah. Tapi aku tak suka minum kopi. Masa kecik2. Aku hanya pandai minum teh. Kalau pergi rumah orang yang hidang kopi, siap request nak air teh. Tak tau lah kenapa. Abah pun tak berapa minum kopi kot. Tu yang takde kopi di rumah. Tapi kalau teh memang wajib ada. Sejak ada mak, kami dah disogokkan dengan chaiyak setiap kali sarapan. Tak main teh o teh o ni. Sekarang jek dah jarang minum chaiyak. Faktor usia kot. Tapi yang aku tak sukanya minum teh ni sebab angin. Bulan puasa yang lalu aku tak minum air teh sebab susah kalau banyak angin time terawih. Agak berkesan lah.

Berbalik kepada kopi. Tapi bila masuk asrama, aku mula mengenal kopi. Biasalah, kat dewan makan tu selalu sangat buat air kopi. Terpaksa gak belajar minum. Tapi tu lah. Aku kalau minum kopi jek, komfem tak boleh tido punya. Time2 nak stay up je baru aku minum. Masa duduk kolej seroja, ada kedai koop. Dia ada jual kopi instant. Aku paling suka jenama mr. cafe. Tah, tak pernah aku jumpa di mana2 sekarang ni.

Walau pun dah pandai minum kopi, tidak lah sampai aku ketagih. Ada minum, takde tak mintak. Sehinggalah aku mula bekerja di @tec ni. Masa tu kj aku suka bungkus nescafe ais. Aku pun curious. Sedap ke? Sebab tetiap ari kot dia beli. So, aku pun cuba. A'ah lah, memang sedap. Sejak itu, aku pun dah sama ngan kj aku tu. Tetiap ari bungkus nescafe ais. Sehingga lah pada suatu hari...

Takde cerita pun. Cuma pada suatu hari, aku diserang sakit kepala yang tahap bengap punya. Satu hari tak jadi kerja. Aku suspek nescafe itu. Dan sejak itu aku telah berazam untuk menjauhi nescafe. Ada minum, takde tak mintak semula. Cuma kali ni kalau ada pun aku cuba elak jugak. Serik.

Monday, 17 December 2012

Membaca Jambatan Ilmu : Dari Milan Ke Maran


Dah lama tak membaca tulisan norhayatiberahim, aku hampir terlupa kenapa aku suka membaca tulisan beliau. Begitu juga dengan ramleeawangmursyid. In fact bila aku mula membaca novel seperti tajuk di atas, aku masih belum bertemu jawapan kepada persoalan itu. Sehingga lah aku berada di pertengahan bacaan.

Kalau lah seseorang tu membaca kulit belakang novel itu, belum tentu orang tu akan membeli. Takde sinopsis, cuma petikan. Petikan yang tak menarik langsung kot. Aku beli pun sebab jenama norhayatiberahim itu. Rupanya sekarang beliau menerbitkan buku sendiri. Cuma tajuknya mungkin lah sedikit menarik. Milan. Apa yang aku bayangkan? Tak lain tak bukan, milan paris newyork. Kota fesyen. Eceh. Perasan fashion designer la tuh.

Rupa2nya, selama ni aku suka membaca tulisan beliau kerana beliau menulis cerita kehidupan. Ada unsur cinta, tapi bukan novel cinta. Remaja mungkin tak minat kot cerita begini. Kisah kehidupan macam ni belum masuk dalam jiwa remaja. Patut lah aku boleh masuk. Faktor usia. Tak sangka pula yang aku semakin matang. Wah!

Cerita ni ada unsur politik, sosial, cinta, agama dan keluarga. Aku suka. Nampak penulisnya sangat luas pengalaman dan membuat research. Ada juga unsur lucu di dalamnya. Seperti...

Kambing sharmin si kiki hilang. Sharmin tanya mak dia, mak nampak kiki tak? Mak dia cakap, pagi tadi masa mak lepaskan kambing2 tu, mak nampak kiki. Tapi mak tak lepaskan kiki pagi tu sebab aritu pernah kiki hilang, rupanya dia menyorok kat semak. So, mak denda dia. Hihihi.

Ok, tak best lah kalau tulis semua kan. Nak tau, kena lah baca. Tebal ok buku ni. 2 kali adamdanhawa tebalnya. Maknanya kalau buat drama boleh sampai 160 episod hehe.

Ok bai!



Saturday, 15 December 2012

Drama dan Telefilem Lagi



Aku suka jer cerita kawen tak rela ni. Akhir2 ni makin banyak novel didramakan dan difilemkan. Dah lama sebenarnya, tapi sekarang ni macam melacak2 pulak. Dan kebanyakan citer ni mesti kisah kawen tak rela. Selalunya pempuan ar yang tak rela. Dan pempuan tu pulak selalunya orang biasa2 atau orang kampung atau inesen, dan bertemu pulak dengan lelaki kaya, kacak, urban, sosial. Besok2 jadi baik dan jatuh cinta kat pompuan tu. Cliche sangat, kan? Tapi itu lah yang penonton nak tengok. Sebab penonton akan berangan, kalau lah aku pompuan itu,...

Terkini yang sedang aku tonton ialah drama bersiri dalam slot ratu tivi9, jam 8.30 malam setiap isnin dan selasa (sama ngan slot sirrun tu ari). Selepas habis sirrun, aku tak tengok cerita dendam pencinta tu. Sebab tengok pelakonnya ala2 tak best jek. Pelakon citer zaiton dunia ku tu. First time aku kenal muka pelakon tu dalam drama tivi9 jugak, cita dan cinta. Dia penyanyi kot. Pernah masuk mentor ke haper tah. Tak tau kenapa aku tak suka lakonan dia. Pengaruh citer cita dan cinta tu kot.

Ok, cerita yang aku tengok tu ialah terlanjur cinta. Aku pun tak perasan citer ni dah main dekat 3 minggu. Ada terperasan muka sitisaleha, tapi tak tau cerita apa. Bila dah download baru perasan yang aku pernah jugak tertengok citer ni sekali imbas. Sekali pandang citer ni macam citer kauyangterindah petang2 kat tivi3 tu ari sebab intro dia lebih kurang. Teknik yang sama. Dan pelakon2nya pulak, sekali pandang macam citer dejavudikinabalu (aku tau tajuk je, tapi tak tengok pun). Sebab penerbitnya sama. Eirmafatima.

Bila dah dikaji, barulah aku tau yang cerita ni pun mengambil jalan cerita sebuah novel. Alah, lupa lak tajuknya. (updated : andai itu takdirnya by Siti Rosmizah). Tapi skripnya ditulis oleh eirma. Cuma dia tak mention langsung pasal adaptasi dari novel tersebut. Tak tau lah apa konsepnya tu. Tiru dengan izin kot.

Aku tersuka nak tengok citer ni pun sebab ada sitisaleha. Suka tengok dia. Cantik. Dari segi lakonan, tak dapat pulak kualiti sebaik aku dia dan tong sampah. Lebih kepada noraelena jek. Maybe sebab genre cerita tu pun ala2 noraelena kan. Anyway, selepas rasa agak tawar hati dengan adam dan hawa, rasanya sesuai sangat lah kalau aku beralih arah kepada cerita ni pulak. Sama jugak, kawen tak rela sebab kena tangkap basah. Ironinya, pakcik yang tangkap derang dalam citer ni ialah pakcik yang sama tangkap ain dan am hihihi. Memang muka jais la pakcik tu. Sorang je lah, pakcik yang kurus tu. Pastu cerita ni ada penampilan khas raja ema. Masa mula2 tengok tu, aku sempat terfikir, siapa lah pelakon mak si aqasha ni? Ada ke pelakon tua yang baru? Tapi selepas membaca komen2 orang, baru lah aku perasan yang dia ialah raja ema. Lain sungguh mukanya. Suara je sama.




Pastu aku ada tertengok satu telemovie yang aku tak sangka adalah best. Memula aku baca forum pasal fahrinahmad sedang mencari calon isteri. Tup2 derang cerita pasal citer ni yang dilakonkan oleh fahrin. Cumanya dalam forum tu orang lebih memuji lakonan nur fathia yang sangat menjadi. Dah lama rasanya aku tak tengok fathia ni berlakon. Last rasanya dalam cerita yang dia sakit otak, baik, pastu sakit balik. Tah, cerita apa tah. Hani ke haper? Ada ke? Katanya dia ni pun budak law uitm. Maksudnya sama ngan fahrin.

Kalau nak diikutkan, aku memang tak suka cerita2 lawak dalam cerekarama. Asal tengok mula2 tu lawak jek, terus aku tukar channel. Tah, kadang tu meluat dengan cerita lawak sengal yang tah haper2 tah tu. So, aku expect cerita ni pun tah haper2 tah la juga. Cuma komen2 di forum tu yang menyebabkan aku teruja nak tengok, apa ke best sangat citer ni?


Sekali sekala muka dia ni mcm dianadanielle sket


Cerita ni kuar masa maal hijrah tu ari. Tajuknya cinta halal. Tapi minggu lepas kot ada tayang balik hari ahad. Tapi aku download jek. Dan terbukti, cerita ni sangat best! Lakonan fathia yang selamba dan gila2 serta jalan cerita yang agak realistik, menjadikan cerita ni best sangat! Tak sangka! Tambah pulak dah lama tak tengok fahrin kan. Pastu dalam cite ni jugak ada katun macam citer istanbul pulak. Eiii aku suka lah!

Download Terlanjur Cinta
Download Cinta Halal



Tuesday, 11 December 2012

Balik Kampung

*Kisah shah alam lum abis. Beri laluan untuk kisah balik kampung.

Asal balik je ke mersing, aku mesti rasa seperti kembali ke akar, eceh. Kira menjadi diri ku yang dulu. Budak kampung. Walau pun aku anak felda, tapi kampung ku di mersing adalah 'kampung' ku yang sebenar. Lagi pun seperti yang aku selalu katakan, kalau balik eto5, aku panggil balik kota. Kalau balik kampung aku betul2 maksudkan balik mersing. 

Seperti biasa, dengan majoriti adik beradik adalah cikgu, cuti sekolah ialah masa untuk berkumpul adik beradik. Masa gi shah alam tu ari FIL ada tanya, abang kakak aku tak balik ker? Aku ala2 sentap gitu sebab aku jawab, tak. Rasa macam, adik beradik tidak bersatu padu jek hahaha. Tetiba masa on the way balik bp, abang tp sms, bagitau derang nak balik kampung minggu depannya. Yeay! Tetiba rasa nak tukar jawapan kepada FIL hahaha. 

Plannya, kali ni aku tak balik eto5 sebab hari sabtu derang dah bergerak ke mersing. So, hari sabtu pukul 12 tengahari, kami pun bergerak ke mersing. Singgah makan kat kluang. Selalu ada ternampak kedai nasi beriani dekat satu traffic light. Rupanya kat traffic light yang ada petronas. Lepas sri lalang. Teringat masa mula2 keje kat mersing dulu, masa masih duduk kat bukitperdana, aku singgah petronas tu untuk solat subuh. Tapi lepas pindah ke PR, bertolak lepas subuh pun sempat je sampai sebelum kul 8. Bila difikirkan balik, berani gak aku masa tu ek? Lalu jalan jemaluang lagi. Berani tak berani lah. Sepanjang jalan pasang cd yasin misyari huhuhu. Tu yang jadi hapal cara bacaan beliau tu. 

Okeh, makan.

Ada telur pindang! Sker! Tapi takde rasa sangat pun. Kenapa susah sangat nak jumpa telur pindang yang betul2 rasa dia eh? Selalu dapat yang indah kabar dari rupa. Macam yang ni, rupa dah cukup haul dah tu. Tapi rasa,...

Kambing! Boleh la tahan. 

Sila singgah! 

Dah makan, kami singgah solat di masjid kampung melayu. Cantik kubah dia. Macam baru renovate.

Masjid ni atas bukit. Dari jauh dah nampak kubahnya yang kekuningan. Eh, macam sama ngan masjid abdullah faqeh paghit ghaja kot?

Lepas penjara, hujan turun sikit. Sampai mersing, singgah lagi. Aku nak minum cendol!

Sedap nya cendol ni. Tapi 'besar' sangat portion dia. Lenkali order 2 mangkuk sorang yea.

Encik suami order rojak. Nampak sedap jugak, tapi aku adalah kekenyangan lagi. Dekat je kluang-mersing ni. Tak turun lagi nasi beriani tadi.

Sampai di rumah mak kak ani, derang sumer takde. Abang tp dah pergi sripantai. Yayu dan eita gi bandar soping2 baju. Tak lama tu derang sumer balik dan terus kemas2 nak ke rumah mak long. Kami nak tido rumah maklong malam ni. Maka kami pun ikut sama.

Sampai rumah maklong, duduk sekejap, kami pun terus ke airpapan. Katanya ada pesta layang2.


Ramai juga orang. Tak sesuai mandi manda sekarang ni sebab musim tengkujuh kan. Ombak rindu kuat.

Ada la sesikit layang2 yang beso. Katanya kalo malam ada layang2 berlampu (led).

Layang2 abang tp hihihi

Yang ni layang2 berdengung. Boleh dikawal dengan 2 tangan. Boleh lumba2 pusing2.

Ikan dan sotong yang terbang rendah jek.

Encik suami beli layang2 ni. Go bakugan! (ke bagukan?)

Asik jatuh jek encik suami main. Meh bagi aku main pulak. Eh, rupanya aku ada skill main layang2 lah! Skill dah karat la tapi.

Aku dan layang2. Yang asik condong ke kanan. Berat sebelah kot ekor dia.

Seronok jugak main layang2 ni eh? Sayangnya dah nak maghrib. Kena lah balik...
Besok pagi, sesubuh lagi aku dah kuar mencari sarap. Beli nasi lemak, mee rebus, roti canai dan lempeng kelapa! Waaa sedapnya lempeng kelapa cicah sambal tumis. Nostalgia lagi. Yang bestnya sebab sambal tumis tu sedap. Very the kekampungan. Lepas sarap, kami semua bergerak ke sripantai nak mencari kepah. Semalam derang pergi tu air pasang. So, pergi pepagi ni air surut.

Ramainya orang... Lihat jauh nun di sana...

Pesta kepah! Sambil cari kepah, sambil mandi.

Memula aku duduk kat pantai jek. Konon takmo basah sebab tak bawak baju.

Tapi bila memikirkan pengalaman ni bukan dapat selalu. Tah2 ni lah pengalaman seumur hidup. Demi pengalaman, baju basah tidak mengapa! Tengok dari jauh, air paras lutut jek. Spender tak basah kot huhuhu. Tapi aku terlupa bahawa kaki derang lagi panjang dari kaki aku. Tapi, eh, dah terlanjur sampai ni, biarlah spender basah pun, kan?

Abang epet dan encik suami and the apparatus.

Anak2 kepah jek, tapi baaaaaaaaaaaaanyak sangat. Boleh rasa ada kat kaki kiter.

Antara tool yang sesuai ialah cover kipas. Ramai jugak yang guna benda alah ni. Eh, tapi, apa peranan aku di sini? Oleh kerana aku takmo spender basah, so, aku tak boleh la tunduk apatah lagu duduk dalam air ni ha. So, aku jadi tukang pengumpul kepah la. Semorang kasi kepah tu kat aku. Sakit ok tangan aku. Berat kot.

Budak2 ar yang paling seronok. Sambil menyelam, kutip kepah.

Rafiq yang ambik kepah abang dia, pastu buat2 macam dia yang jumpa.

Gigih makcik2 ni kutip kepah. Pasni seminggu lah lauk kepah.

Puratanya saiz kerang. Tapi isinya comel jek. Kalau guna cover kipas ni, kita boleh wat grading sekali. Yang kecik sangat kiter kasi lah dia besar sikit dulu.

Cuaca pun elok, redup jek. Sekali sekala gerimis. 

Amin with his kepah.

Raba2 boleh, nak sauk guna bakul pun boleh.


Semakin ramai.

Okeh, ambik giliran jaga barang. Kasi chance kat orang lain pulak menimba pengalaman.

Tengah tengok derang ni mengangkat seplastik beras kepah, tetiba, opsss. Terlepas. Tu derang tengah kutip balik la tu. Sibbaik dah sampai kawasan berpasir.

Pukul 12 tengahari, kami pun balik. Budak2 sila beratur. Bilas.

Balik tu, kami terus masak kepah ni. Banyak giler. Aku pun ada bawak balik sikit. Dah masak malam tadi. Lebih kurang pukul 4.30 petang, kami semua bertolak pulang. Abang tp hantar yayu ke kuantan. Aku singgah beli keropok lekor kat depan sekolah arab. Sampai kluang, singgah ekonsave. Eh, ada k4 nak bukak kat kluang lah! Boleh pulak dia bukak betul2 kat sebelah ekonsave.

Sampai rumah pukul 7.30 malam. Ingat bola start 8.45. Sekali bukak tv kul 8.30, dah nak habis first half pun. Tapi sempat la tengok matyo gol kan.

Dah.