BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, 10 December 2012

The Cup



Apa ko ingat aku pergi shah alam semata2 nak ambik gambar uitm ker? Memang tak lah kan. Aku pergi tu sebab encik suami bawak students beliau ke pertandingan di atas. Pagi tu derang start lambat, tu yang aku sempat berjalan2 tu. Pagi tu baru nak set up circuit. 


Ok, litar dah siap. Tapi masa peringkat saringan belah pagi ni aku tak tengok sebab aku adalah keluar berjalan2 di kompleks dan sekitarnya.

Dia tokleh buat litar ni awal2 sebab takut bocor. Tapi kalau ikut logik akal, kalau bocor pun apa kena mengena pulak? Errr sebenarnya aku yang tak suka menunggu. Sampai pukul 11 pun tak siap2 gak.  

So ini lah litarnya. Ekceli ini pertandingan lumba kereta pintar di mana kereta ni guna kemre sebagai sensor. Sensor tu akan detect line hitam tu. Saper paling cepat dan smooth perjalanannya di kira pemenang.

Masa penilaian rekabentuk. Ada hadiah kategori best design.

Ada 30+ penyertaan dari ipta dan ipts.

Ni yang menang best design. Dari UM. Masa tengah main tu pun aku dah perasan kereta ni macam  prius ke 'aerodinamik' an nya

Ni antara yang menang. Tak ingat no 1 ke no 2 sebab nombor 1 dan 2 milik swinburne uni ni (ipts dr sarawak). Giler laju kete dia. Padahal bahan2 semua peserta adalah sama, disupply oleh freescale.

Ini yang stdents encik suami buat. Tak lepas pun peringkat saringan. Awal2 dah terbabas (tapi aku tak tengok, encik suami yang cakap).

Ni lagi satu. Maknanya kalau bukan yang kat atas tu, ni lah yang menang. 2-2 laju lain dari orang lain. 

Lenkali aku cadangkan kalau rasa2 macam kete tu tak berapa nak pergi, tumpukan pada design. Untung2 dapat hadiah best design. Tak?

Hadiah yang ditawarkan.

Nombor 3 dari monash u. Haih... ipts je yang menang...

Tak nampak lak perbezaan no 1 ngan 2. Tapi yang dapat hadiah fastest time ialah yang dapat nombor 2. Maybe yang nombor 2 tu laju tapi kurang lancar kot. 





0 komen: