BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, 28 December 2012

Jack Reacher vs Jack Bauer


Masa tengok istanbul kot, aku tengok trailer citer jack reacher. Sejak tu dah berazam nak tengok citer tu nanti bila keluar. Sebab heronya tom cruise. Antara hero hollywood yang henskem. Dan bila si alub tu cakap citer ni ala2 criminalmind versi filem, lagi lah aku teruja nak menengoknya sebab aku memang suka sangat criminalmind. Katanya citer ni adaptasi dari buku.

So, hari sabtu lepas kami sempat menontonnya. Dalam kepala dah set, citer ni macam criminalmind. Ok lah, ada la sikit2 ke'criminal'mind'annya, tapi tak sama. Satu, dia bukan satu team penyiasat. Dua jack reacher tu bukan ejen. Cuma yang criminalmind sikit mungkin lah sebab kes tu selesai melalui analisis terhadap minda si mamat kambing hitam (tah lupa lak nama watak dia) itu.


Dan bila melihat watak jack reacher tu, ada lah ciri2 macam jack bauer sket, tapi versi lemah lembut kot. Tapi jack bauer yang season berapa tah, yang dah berenti dari ctu. Kira dia dah jadi orang biasa la. Yang samanya tang dia bukan ejen dan dipanggil untuk selesaikan satu kes. Errr tapi jack reacher ni selesaikan kes pembunuhan. Kalau jack bauer dia selesaikan masalah negara. Pastu dalam scene last tu, jack reacher tembak pakcik zec bermata batu. Tu pun macam jack bauer sikit2. Hati kering. Tapi muka tom cruise tu nampak baik sangat. Tu yang aku kata dia versi lemah lembut. Kira penjahat tengok pun tak takut sangat la, compared to jack bauer yang brutal, ganas dan gagah. Ceh!

Cuma aku rasa babak2 dalam citer tu agak longgar la. Gasak2 sikit dah menang. Patut buat lah hero kalah dulu ker kan. Ni, terus menang dan tak cedera langsung. Patut kalau ada prop pisau kat situ, kasi lah hero tu kena tikam sikit ke, terguris ke, baru lah nampak ganas sikit. Betul lah, versi lemah lembut. Yang aku tak puas hatinya ialah penggunaan prop pisau yang hanya dijadikan bahan lawak. Bila pisau tu tercicir, tak pulak tom cruise tu cuba nak ambik balik. Rugi jek.

Pendek kata, boleh tahan je lah citer ni. Aku masih ternanti2 24 the movie yang entah bila nak kuar tah. Katanya lepas tamat siri dia nak buat penutupnya sebagai movie. Tapi dah 2-3 tahun ni masih tak nampak bayang movienya. Tapi mungkin jugak la, nak compress satu2 citer tu dalam movie memang susah, tapi bukan citer omputih biasa boleh sampai 3 jam ke? Boleh jer...

Sibbaik tom cruise henskem!

Stok cuci mata :)


0 komen: