Pernah tak korang perasan korang penulis blog terhebat? Perasan kengkonon entry korang tu best sangat seolah2 orang lain takkan mungkin boleh lah tulis benda sebegitu? (ke aku sorang je berperasaan begitu? hahaha) Ye lah, blog ni kan mencoretkan perjalanan hidup peribadi seseorang (ada gak blog yang coret kehidupan orang lain seperti bloggossiphiburan). Setiap orang melalui jalan hidup yang lain, yang tersendiri, walau pun duduk dalam satu rumah, tidur sekatil pun. Cumanya, teknik penulisan, skill pengembangan idea dan bakat bercerita mungkin membezakan tahap karya mereka. ... apa yang aku mengarut ni???
Aku rasa setiap penulis akan ada karya terhebat derang sendiri. Karya teragung la kununnya. Tak kiralah penulis blog ke, penulis novel ke, penulis sotkabo ke, penulis lagu ke. (tapi kalau blogger tu, penulis amatur je lah). Orang panggil masterpiece. Eh, penulis karangan bahasa melayu masa spm pun mesti pernah menulis satu karangan terbaik yang dapat markah 99% kan? Aku pernah (tiba2 nostalgia) sekali, cikgu suh karangan aku dijadikan contoh rujukan kawan2. Sekali je lah tapi hihihi (kira masterpiece ke tu? wek!). Eee bila ingat balik, mencik tau cikgu bm aku tu (tapi sekarang dia dah jadi guru bestari). Tetiap minggu dia suruh buat karangan. Kebanyakan topik isu semasa. Dan dia akan tampal artikel2 dari sotkabo dan majalah (dewan siswa la, dewa pelajar la dll) untuk kita mencari isi dan dia expect kita masukkan point tu dalam karangan kita. Susah kot nak faham bahasa dalam artikel tu. Macam kena baca between the line gitu. Pastu bila prep malam, budak kelas lain rilek2 study, kitorang kena memerah otak membuat karangan. Stress kot. Cuma yang syukurnya, salah satu topik yang pernah kitorang buat tu, keluar time spm sebenar. Feh! Perasaan masa tu macam orang bersalin, bila tengok muka baby terus hilang sakit hahaha (ni korang jugak yang cakap, kan?). Ok itu mengarut.
Ok, kalau entry blog pulak boleh merujuk kepada ruangan komen. Kalau ramai sangat yang komen (note: kalau sebelum ni tak ramai la. kalau memang sentiasa ramai tu dah bukan masterpiece dah), tu tanda2 entry tu best dan mengusik di hati (tak semestinya kelakar) pembaca lah. Tanda2 ok, bukan bermakna. Maksudnya tak semestinya. Selain tu kiter boleh monitor melalui nanang, feedjit, sitemeter dll. Kalau ramai masuk dengan keyword tu, tu tanda2 entry tu best jugak. Tapi tak semestinya ok. Sila sedar ruang. Kadang orang termasuk ke entry tu, tapi tak jumpa apa yang dicari. So, memang tak semestinya. Sesetengah blog tu pulak, masterpiece dia ialah kisah cinta dia. Atau pun travelog percutian. Yang sekali sekala.
Untuk blog ini, aku rasa dalam setahun, ada lah kot satu entry yang menangkap. Hehehe sendiri bagi pengiktirafan. Dah, takde saper nak iktiraf, perasan je lah sendiri. Bukan sebab ramai orang komen, tapi mungkin sebab isu tu tengah hangat dan aku pulak mengulas mengenainya. So, benda tu melekat di hati. Tak? Contohnya kalau tahun 2009, entry pasal H1N1. Ingat tak? Kiranya kalau kat twitter tu, kira trending lah (nak jugak bagitau aku dah pandai guna twitter sesikit, tu pun follow retis je hihihi). Kalau ko gugel jek, komfem akan appear blog aku hahaha perasan.
Tahun 2010 pulak, ada entry loteng. Fuh! Sampai sekarang, hari ni, setiap hari orang search pasal loteng ni. Femes jugak blog ni bab loteng eh?
Kalau tahun lepas pulak, pasal sbpa' yang tak jadik tu. Aku bukan lah nak tumpang glemer atau menangguk di air yang keruh ke haper. Dah masa tu memang tengah jadi isu dan aku pulak kebetulan ada idea dan berani pulak menganalyse, maka keluar lah entry2 tersebut (tapi buat2 salah ejaan sebab takut boss yang terbaca huhuhu).
Tahun ni antara yang hangat ialah isu f3lda,fgvh,durianruntuh dan yang seangkatan dengannya. Tapi entry terbaik tahun ni aku rasa ialah mengenai drama 2 babak di hari raya hihi. Walau pun ia bukan isu semasa, tak jugak ramai orang yang baca, tapi secara peribadi, entry tu aku rasa ala2 program realiti tv la. Apakah?
Tapi dalam banyak2 tu, tak boleh lawan satu entry yang trending sepanjang masa iaitu cara mengira aggregat spm. Huh!
Erm... kalau korang pulak, korang rasa entry aku yang mana yang paling best? (tddmka) Tak wajib jawab.
Eh, sebenarnya aku nak tulis pasal benda lain. Tetiba tertulis pasal benda ni pulak. Salu tau cenggini. Isy!
Next please...
p/s aku bukan sedang memilih entry untuk dibukukan. belum terfikir nak menerbitkan blook or whatsoever. sajer jer.
notakaki: wiki kata, Masterpiece (or chef d'Ĺ“uvre) in modern usage refers to a creation that has been given much critical praise, especially one that is considered the greatest work of a person's career or to a work of outstanding creativity, skill or workmanship
Saturday, 22 December 2012
Karya Teragung
Hasil karya AyunasiA pada 12:41 pm
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komen:
Post a Comment